Sesuatu yang mengagumkan tentang sotong ialah habitatnya pada kedalaman 300meter hingga 1,300 meter dalam paras laut dan berasal dari Lautan Pasifik Utara.
Kebanyakannya boleh ditemui pada kedalaman purata 300meter dan akan pergi lebih dalam apabila tiba waktu membiak.Ia juga gemar membenamkan tubuhnya dalam pasir jika sedang bersembunyi di dasar lautan.
Ads
Saiz dewasa badan haiwan ini hanya berukuran 5 hingga 6 sentimeter panjang, dan saiz sotong betina lebih besar daripada sotong jantan.
Hidupan yang aktif pada waktu malam ini juga suka berada di lantai laut dan bergerak menggunakan sirip sisinya atau menembakkan air dari rongga tubuhnya.
Apabila diganggu, ia akan mengelirukan musuh dengan memancutkan dakwat hitam lalu melarikan diri.
Ads
Jangka hayat haiwan ini hanya bertempoh dua tahun bermula dari waktu di dalam telur dan mati apabila pembiakan dilakukan.
Ads
Sotong betina akan bertelur di kawasan tersembunyi seperti di bawah batu dan akan mati selepas bertelur.
Telur-telur ini mempunyai bahagian luaran yang keras sebagai pelindung dan menetas selepas 5 hingga 9 bulan dan mereka akan memakan hidupan lautan dalam yang lebih kecil seperti udang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel berkenaan teknik pancingan dasar ketika bot berhanyut atau lebih popular dengan istilah menotok. Teknik menotok turut dipratikakan di kawasan lain namun ia cukup popular di perairan Pelabuhan Kelang.
Lantaran daripada itulah istilah menotok ini berasal dari perairan ini. Teknik pancingan jenis ini adalah kaedah paling selamat untuk memancing di perairan yang sibuk dengan laluan kapal dagang.
Untuk memancing dan kembali dengan hasil dan selamat, beberapa panduan dan tips ini haruslah diaplikasikan.
Tepati masa bertolak
Kebanyakan jeti bot di kawasan perairan Pelabuhan Kelang terletak di kuala dan selat sungai yang cetek. Oleh yang demikian faktor pasang surut air laut memainkan peranan sebelum anda menaiki bot.
Ini kerana jika air surut maka bot akan berhadapan untuk masuk atau keluar dari jeti. Justeru itu apabila tekong menetapkan waktu tertentu untuk bergerak, maka patuhilah waktu yang telah ditetapkan.
Ada masanya mungkin lebih awal dan ada ketikanya mungkin agak lewat dari waktu kebiasaan.
Peralatan Sesuai
Jangan segan untuk bertanya kepada tekong tentang peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan. Ia lebih baik kelihatan seperti tak tahu apa-apa daripada berlagak pandai. Dari jenis kekili, joran, kekuatan tali, jenis perambut, mata kail dan batu ladung, sebaiknya tanyalah pada tekong kerana tekong sudah pastinya lebih arif.
Jangan kedekut umpan
Sotong kurita dan udang lipan merupakan umpan yang paling efektif di perairan ini khususnya untuk memancing ikan merah, jenahak dan kerapu. Namun harga bagi seekor umpan terutamanya sotong kurita semakin hari semakin melambung harganya.
Tetapi, jika anda terlalu berkira-kira untuk membeli dan `sayang’ untuk menggunakannya, usahlah bermimpi untuk pulang dengan hasil penuh di dalam tong.
Putus dan rabut
Mana-mana tekong pasti akan meradang apabila kejadian rabut dan putus berlaku berulang kali terutamanya di lubuk ikan merah.
Atas sebab itulah anda sangat-sangat digalakkan mendapatkan nasihat tekong terlebih dahulu terutamanya pemilihan perambut dan jenis ikatan yang bersesuaian. Jika putus juga itu cerita lain. Sekurang-kurangnya tekong tiada modal untuk menyalahkan anda lagi.
Tinjau pergerakan kapal
Jangan menunggu sehingga kapal membunyikan hon amaran sebagai tanda untuk beredar dari laluannya. Anda pula jangan bergantung kepada tekong sahaja untuk memantau kedudukan kapal yang lalu lalang di kawasan anda berhanyut.
Ada kalanya tekong terlepas pandang juga. Bila mendapati ada kapal yang bergerak ke arah bot, cepat-cepatlah beritahu tekong walaupun ikan sedang galak membaham umpan di lubuk berkenaan.
Elak tidur serentak
Ada ketikanya tekong akan terlelap juga ketika berhanyut terutamanya jika menotol pada waktu malam. Kalau lihat tekong tertidur ataupun sememangnya tidur untuk seketika, jangan pula ikut sama tidur. Lagi parah kalau kesemua ahli trip ikut sama tidur.
Dan ia akan menjadi tragedi lebih parah jika kapten kapal dagang yang sedap bergerak laju ke arah anda juga tertidur.
Satu setem peranti, yang menggambarkan ikan kod (Gadus morhua) telah dikeluarkan seawal 1755 dalam tanah jajahan di Massachusetts, manakala setem pertama yang seperti
setem hari ini (bergam) menggambarkan satu lagi ikan kod dan telah dikeluarkan pada tahun 1865 di Newfoundland.
Jadi, negara pertama yang menggambarkan ikan pada setem mereka ialah Newfoundland pada tahun 1865, iaitu sejak lebih seratus tahun yang lalu.
Setem yang menunjukkan ikan kod ini telah mempengaruhi corak bagi negara lain untuk menggambarkan ikan kod dan salmon sebagai lambang.
Ikan kod Atlantik atau Gadus morhua, merupakan ikan demersal tergolong kepada famili Gadidae. Ia juga dikenali bagi tujuan komersial ikan kod atau haberdine.
Ikan cod dan ikan salmon juga telah muncul sebagai ikon setem lebih kerap daripada mana-mana spesies ikan lain.
Pada setem yang menggambarkan ikan yang pertama sekali di dunia ini sebenarnya terdapat kisah yang agak menarik.
Pada asalnya, ikan kod yang terdapat di setem bagi negara Newfoundland ini dilukis secara terus dari kepala hingga ke ekor.
Namun oleh kerana ianya terlalu memakan ruang bagi skema setem, pihak American Bank Note melukis semula ekornya agar melengkung ke dalam.
Negara-negara lain mempunyai pelbagai objektif dalam menggambarkan ikan pada setem mereka.
Kanada, Newfoundland, Borneo Utara, Seychelles, Chile, Iceland, St Pierre & Miquelon, Trieste dan Tunisia menggunakan setem untuk memberi publisiti kepada industri penangkapan ikan mereka.
Kanada telah menggambarkan ikan sebagai ikon bagi menunjukkan memancing sebagai sukan dalam siri empat setem sukan pada tahun 1957.
New Zealand dan Panama juga mempunyai idea yang sama di belakang setem ikan mereka.
Pada masa kini, terdapat begitu banyak setem ikan yang berwarna-warni bagi banyak negara untuk mempromosikan industri perikanan mereka.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...