Bagi kebanyakan para pemancing, masih ramai yang tidak tahu spesies lintah bulan ini kerana tiada info yang memaklumkan spesies ini boleh dijadikan umpan memancing yang mana ia digemari oleh sang sembilang.

 

Bagi mereka yang telah menggunakan umpan ini pasti berpuashati kerana hasil yang diperolehi amat berbaloi.

Lintah bulan ini merupakan diet makanan ikan-ikan dasar seperti ikan duri, belukang, mayung dan sembilang.

Ia juga digemari oleh pengacau umpan seperti sesirat. Harus diingat juga, di mana ada sesirat pasti ada sembilang kerana kedua-dua spesies ini mendominasi persekitaran yang sama.

 

Menggunakan tali berkekuatan 30lb sudah memadai. Mata kail bersaiz 6 atau tidak terlalu kecil kerana  sembilang bermulut besar, andai mata kail kecil khuatir mata kail akan rabut dari mulut sembilang.

Boleh menggunakan Teknik batu hidup dan batu mati. Jika memancing di atas bot atau rumah rakit, teknik batu mati amat sesuai kerana pemancing tidak perlu lontar, sekadar hulur umpan ke bawah.

IKLAN

 

Cangkuk mata kail di bawah badan lintah bulan yang lembut (badan atasnya yang kasap) kerana boleh memanjangkan hayatnya.

Ia juga membantu mata kail untuk mudah tercangkuk dalam mulut ikan.

 

Bagaimana mencari lintah bulan?

IKLAN

 

Kenali Lintah Bulan Laut – Umpan `Killer’ Sembilang!!
Antara lokasi mencari lintah bulan

 

Ia mudah dikesan melekap pada celahan batu atau lumpur pantai sewaktu air surut atau melekap pada pangkal-pangkal pokok bakau atau pelepah pokok nipah.

 

Pemancing boleh mencari di perairan pantai berlumpur seperti tebing sungai, melekap di pangkal pokok bakau, pelepah nipah, di bawah batu-batu atau di atas lumpur berpasir.

IKLAN

 

Waktu sesuai untuk mencarinya ialah ketika air surut. Ia juga boleh didapati semasa air gerak pasang kerana ia akan bergerak mencari tempat kering dari air laut walaupum habitatnya di tempat lembab.

 

Pastikan juga anda membawa bekas umpan hidup bagi memastikan umpan lintah bulan dibawa pulang dalam keadaan sentiasa hidup dan segar.

 

Dan waktu paling sesuai untuk mendapatkannya dengan banyak adalah pada waktu MALAM HARI… sesuai dengan namanya lintah bulan. Maka luangkanlah masa pada waktu malam untuk mencari lintah bulan ini.

(Rujukan bersama: Zulkiffleeh.blogspot.com)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI