Ladyfish tergolong dalan jenis ikan Elopidae (keluarga spesies ikan bersirip dengan filamen lembut) dan berada dalam genus Elops yang merupakan genus tunggal dalam keluarga Elopidae.
Mereka biasanya dikenali sebagai ladyfish, skipjacks, jack-rashes atau ten-pounders, banana fish (Louisiana), chiro dan bandang di negara kita.
Biarpun genus tunggal namun ia terbahagi kepada beberapa spesies seperti Elops affinis (Pacific ladyfish), Elops hawaiensis (Hawaiian ladyfish atau giant herring),
Elops lacerta (West African ladyfish atau Guinean ladyfish), Elops machnata (tenpounder), Elops saurus (ladyfish), Elops senegalensis (Senegalese ladyfish), Elops smithi (malacho),
dan dipercayai spesies yang terdapat di negara kita adalah dari spesies Elops saurus.
Ikan bandang atau ladyfish boleh ditemui di perairan di sepanjang pantai Atlantik Amerika Selatan, di selatan Cape Cod dan di seluruh Teluk Mexico dan Laut Caribbean, dan pantai
timur Amerika Selatan ke Brazil. Spesies serupa berlaku di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi sehinggalah ke perairan Malaysia.
Ladyfish hampir menyerupai saudara rapatnya tarpon dan bonefish (semua dalam order Elopiformes) dalam banyak aspek, tetapi mereka mudah dibezakan dari tarpon dengan
kekurangan filamen menjajar di belakang sirip dorsal. Ada yang mengatakan bahawa ladyfish mungkin dikelirukan dengan bonefish, tetapi konfigurasi dan saiz mulut jelas menjadi perbezaan ketara.
Ikan bandang memiliki warna perak di bahagian tepi dan keperakan hijau atau biru di bahagian belakang. Sirip dan ekor dorsal adalah gelap, sirip anal dan pelvis pucat dan mungkin kekuningan.
Ladyfish adalah ikan yang menjadikan kawasan pesisir yang terdapat di seluruh kawasan tropika dan subtropika sebagai habitat, namun ia turut boleh ditemui meneroka perairan
sederhana dan beberapa kilometer ke lautan terbuka hingga ke kedalaman kira-kira 50 meter.
Spesies ini turut berupaya bertolak ansur dengan tahap kemasinan air dan biasanya ditemui di lagun hingga ke sempadan air payau.
Ikan bandang juvenil bergerak ke estuari sehingga usia matang dan akhirnya bergerak ke luar pesisir pada usia satu hingga tiga tahun.
Bandang mampu membesar panjang sehingga satu meter dan berupaya mencapai berat sehingga 10 kilogram.
Ikan bandang dewasa adalah karnivor yang agresif dan menelan seluruh mangsa mereka. Makanan yang menjadi dietnya terdiri daripada ikan-ikan kecil, udang dan krustasea lain.
Walau bagaimana pun bandang turut menjadi mangsa kepada pemangsa seperti jerung, ikan-ikan bergigi tajam yang lebih besar, ikan lumba-lumba serta buaya.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan