Ikan terubuk atau nama umumnya toli shad, juga disebut sebagai hering Cina adalah ikan yang menguni  perairan estuarin yang ditangkap secara meluas kerana daging dan telurnya.

Ia adalah satu spesies ikan shad yang tersebar di barat Lautan Hindi dan Teluk Bengal ke Laut Jawa dan Laut China Selatan.

Ia dipercayai turut ditemui di Mautritius dan Mekong Kemboja berhampiran sempadan Vietnam.

 

Info spesies: Kenali Ikan Terubuk!!

 

Ads

Di Thailand, spesies  T. toli dipanggil Pla talumpuk atau Pla lumpuk, namanya berasal dari Laem Talumphuk (Cape Talumphuk) di Amphoe Pak Phanang, Nakhon Si Thammarat, kerana pada masa lalu, tempat ini terdapat begitu banyak spesies ini.

 

Di Bangladesh, di mana ia dikenali sebagai Ilisha Chandana, secara komersial kurang penting berbanding spesies T. Ilisha. Ia dikenali sebagai daungdana di Myanmar, trey palung di Kemboja, bhing di Maharashtra, palwa di Gujarat, dan seriya di Sri Lanka.

 

Di Malaysia, ikan terubuk bukanlah spesies yang popular di kalangan pemancing kerana ia sukar untuk dijerat dengan penggunaan kekili dan joran.

Ads

Sebaliknya ia dikagumi di kalangan rakyat Malaysia kerana isi dan telurnya. Siapa yang tidak terangkat selera apabila dihidangkan dengan terubuk bakar atau terubuk masin.

 

Penangkapan ikan yang berlebihan telah mengurangkan populasi ke tahap yang membimbangkan di Asia Tenggara, dengan pantai Sarawak yang tinggal menjadi habitat terakhir.

 

Ads

Ikan terubuk mendiami muara keruh berarus deras dan perairan bersebelahan pantai. Mereka akan memasuki sungai untuk membiak pada sepanjang tahun.

Spesies yang mempunyai jangka hayat sekitar dua tahun sahaja ini akan mencapai kematangan pada ukuran 29 cm.

Ia mampu membesar panjang sehingga 60 cm namun purata spesimen yang ditemui sekitar 40 cm sahaja.

 

Ikan yang mempunyai sifat hermafrodit proandri ini pada tahun pertama kehidupannya akan dilalui sebagai jantan pada tahun kedua akan berganti kelamin menjadi betina.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI