Ikan tembaring dengan nama Inggerisnya black bass adalah dari famili Lutjanidae dalam genus Lutjanus dengan membawa nama binomial Lutjanus goldiei.
Dalam erti kata lainnya, walaupun menggunakan nama keluarga ikan bass, black bass sebenarnya adalah dari keluarga ikan snapper.
Orang Malaysia lebih senang memanggil ikan yang terkenal sebagai predator sungai yang mempunyai gigi tajam dan ikan muara terhandal ini sebagai BB (black bass) sahaja.
Ramai pemancing yang tergoda untuk memancing ikan yang dilabel terkuat dalam keluarga snapper ini.
Berikutan berkongsi habitat yang sama di estuari, ia sering kali dikelirukan dengan spesies ikan mangrove jack atau kakap merah.
Black bass memiliki bentuk yang hampir sama dengan mangrove jack cuma yang membezakan hanya dari segi corak warna.
Black bass memilki corak warna yang dominan hitam dengan memiliki garis-garis putih. Malah memiliki pola warna yang berbeza-beza seperti keabu-abuan, kecoklatan, hitam serta kadang memiliki belang kekuning-kuningan.
Ikan black bass ini selalunya terlalu sukar untuk hidup di cuaca ekstrim sehingga walaupun suatu kawasan memiliki tumbuhan paya bakau yang banyak namun ikan ini belum tentu
ada kerana black bass sangat payah untuk menyesuaikan diri keadaan persekitaran yang cepat berubah baik dari cuaca dan perubahan air.
Ikan yang dikenali memburu secara solo ini mampu membesar panjang sehingga 100 sentimeter dan mencapai berat 20 kilogram. Namun spesimen dewasa yang sering ditemui sekitar 1 hingga 7 kilogram sahaja.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan