Ikan sikang atau nama saintifiknya Raiamas guttatus (suatu ketika dahulunya dikelaskan dalam genus Barilius) merupakan antara spesies ikan air tempatan atau ikan natif yang semakin sukar untuk ditemui.
Ia masih boleh ditemui di sungai-sungai pergunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin.
Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain.
Sekaligus ia menafikan dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ia sama atau tergolong dalam spesies yang sama dengan trout dan Salmonid (salmon).
Ikan sikang dilaporkan wujud di China, India, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia. Spesies ini turut dilaporkan di temui di utara dan
selatan Semenanjung namun setakat ini ia disahkan ditemui di sungai-sungai pergunungan Pahang, Terengganu, Kelantan dan di negeri-negeri lain.
Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain
Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan.
Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.
Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.
Ia jauh lebih baik daripada menjadikannya juadah kerana isinya juga tidak sebeberapa. Apatah lagi membiarkan ia mati kering di atas darat.
Walaupun sikang lebih dikenali sebagai Burmese trout atau Himalayan trout, ikan sikang sememangnya memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya.
Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.