Hampala ialah genus bagi 6 spesies ikan dalam keluarga besar Cyprinidae (kap). 3 Spesies utama daripada genus ini ditemui Asia Tenggara.
3 Daripada spesies ini boleh ditemui hanya di Kepulauan Borneo dan perairan Indonesia itu Hampala macrolepidota, Hampala bimaculata dan Hampala ampalong.
Sebagaimana yang ramai ketahui, H. macrolepidota yang dikenali sebagai jungle barb atau sebarau merupakan spesies yang boleh ditemui Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Namun bagi spesies H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Sebarau dua belang ini dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia.
Lantaran ia tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia maka ia menjadi ikan sukan sasaran para pengilat yang berkunjung ke kepulauan Borneo terutamanya di Sarawak.
Ikan sebarau dua belang adalah spesies endimik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan).
Selain ditangkap sebagai sumber protien, ikan sebarau dua belang juga amat popular dalam aktiviti sukan memancing.
Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pengunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Menurut pemancing yang pernah memancing sebarau biasa dan sebarau dua belang ini, dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang.
Badan yang lebih aerodinamik melawan arus dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan sebarau Borneo ini.
Dalam pada itu sesetengah pemancing mendakwa sebarau dua belang ini sebenarnya turut ditemui di Semenanjung Malaysia namun taburannya amat kecil.
“SEBARAU DUA TOMPOK DI SUNGAI TENGI, SELANGOR – Di semenanjung Malaysia, Ikan sebarau lazimnya memiliki satu tompok atau garisan hitam di tepi badannya, manakala di Sabah, Sarawak dan Borneo terdapat Ikan sebarau yang mempunyai dua tompok di badannya. Ikan Sebarau boleh membesar hingga menjangkau saiz 8kg. Ikan Sebarau juga turut di komersialkan sebagai ikan hiasan.
Ini fakta ringkas mengenai sebarau dua tompok. Tapi yang pasti baru-baru ini saya telah berjaya mendaratkan sebarau dua tompok ni di Semenanjung Malaysia. Bermakna ikan ini pun boleh di dapati di sini… cuma habitat dan populasinya tidak di ketahui umum.
Saya sendiri pun tidak yakin dengan spesis ini di Semenanjung. Memandangkan caster-caster dari sini akan keluar ke Sabah atau Sarawak untuk merasa tarikan spesis jenis ini.
Saya yakin sebarau yang saya dapat ini boleh membesar ke size mega seperti mana sebarau biasa memandangkan tangkapan saya agak besar dan sihat.
Saya yakin mesti ada size-size idaman… cuma perlu saya teroka lagi kawasan tersebut lebih jauh ke dalam lagi.. Insyallah satu masa saya akan menjejak habitat sebarau dua tompok ni.”
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Hampala (Kuhl & van Hasselt in van Hasselt, 1823)
Type species : Hampala bImaculata