Ikan puyu adalah nama sejenis ikan yang umumnya hidup liar di perairan tawar.
Ikan ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti betok atau bethik (bahasa Jawa), atau pepuyu (bahasa Banjar).
Nama umum puyu dikenali sebagai climbing gouramy atau climbing perch, merujuk kepada kemampuannya berjalan di daratan.
Dari segi bahasa, nama saintifiknya ialah Anabas testudineus, ia merujuk kepada perkataan Anabasis (Bahasa Greek) dan Anabas (bahasa Latin) yang memberi maksud
memanjat atau merangkak seterusnya membuatkan spesies ini digelar climbing gouramy atau climbing perch.
Sifat ikan ini juga bersesuaian dengan namanya di mana ikan ini mampu menggunakan sirip berdurinya dan insang untuk bergerak di atas permukaan tanah tanpa air.
Taburan spesies A. testiduneus ini banyak tertumpu di Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Myanmar Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore.
Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan asal spesies ini dan puyu menjadi spesies natif di lokasi yang disebutkan.
Di Malaysia, spesies ikan puyu boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.
Ikan ini juga mampu untuk terus hidup dalam keadaan air yang minima dan mempunyai kadar survival yang tinggi selagi insangnya dalam keadaan lembab.
Pada musim kemarau, ikan puyu mampu menyembunyikan dirinya di dalam tanah untuk kelangsungan hidup dan akan tinggal di dalam lumpur sehingga musim hujan datang.
Ikan puyu mendiami sebahagian besar sistem perparitan dalam rangkaian atau lokasi natifnya.
Menurut rekod, ikan puyu banyak ditemui dalam habitat pelbagai jenis termasuk paya, rawa, tasik, terusan, kolam, lubang-lubang kecil, sawah padi, anak sungai dan saluran sungai utama.
Walaupun habitatnya banyak tertumpu di kawasan tanah rendah, spesies ikan air tawar ini juga boleh hadir dalam sesetengah persekitaran payau di sesetengah kawasan.
Semasa musim hujan, spesies puyu sering memasuki habitat di mana ia boleh terperangkap apabila air surut.
Namun spesies ini mampu melakukan perjalanan di atas tanah untuk jarak beberapa ratus meter dengan syarat ia kekal lembap terutama di bahagian insang.
Situasi ini berlaku bukan berdasarkan sifat asasnya, namun lebih kepada naluri untuk terus meneruskan kelangsungan hidup atau survival.
Morfologi
Ikan puyu atau betok ini juga memiliki kemampuan untuk mengambil oksigen langsung dari udara.
Ikan ini memiliki organ labirin (labyrinth organ) di kepalanya, yang memungkinkan hal itu berlaku.
Alat ini sangat berguna khususnya ketika ikan mengalami kekeringan dan harus berpindah ke tempat lain yang masih berair.
Apabila bergerak di atas tanah pergerakannya sebenarnya agak perlahan dan kaku kerana ia menyokong dirinya dengan sirip dan opercles dada, kedua-duanya agak tebal, duri khas
disesuaikan, sementara momentum ke hadapan hasil pergerakan sisi sirip kaudal dan posterior bahagian badan.
Bagi spesies ikan puyu, kebanyakannya mampu membesar sehingga panjang maksimum sekitar 12-25 cm.
Jika dilihat, warna pada badannya mempunyai tona warna agak kehijauan dan belang vertikal dapat dilihat pada badannya walaupun tidak jelas ikan ini mempunyai sirip dorsal
yang tajam serta operkulum yang tajam dan mampu membuat bukaan yang agak luas lantas memberikannya kelebihan untuk merangkak di daratan menerusi bukaan operkulum ini.
Pada bahagian operkulum spesies ini, terdapat tompokan berwarna hitam berhampiran dengan sirip pektoral.
Sisik ikan puyu berbentuk ciliate scale. Spesies puyu ialah spesies maserba, iaitu makan apa sahaja termasuk daripada tumbuhan akuatik seperti alga.
Selain itu, ikan puyu mampu menjadi pemangsa kepada anak ikan atau ikan-ikan kecil selain menjadikan invertebrata akuatik dan molluska sebagai diet utamanya.
Taksonomi
Kerajaan: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Ordo: Perciformes
Famili: Anabantidae
Genus: Anabas
Spesies: A. testudineus
Nama binomial: Anabas testudineus