Info Spesies: Kenali ikan pisang-pisang

Share

 

Ikan pisang-pisang atau lebih lebih popular dengan nama global, rainbow runner adalah spesies ikan yang mudah dikenali.

Terdapat 2 jalur biru muda dan 2 jalur kekuningan di sepanjang badannya. Berbentuk selinder bulat memanjang.

Kesempurnaan ciptaan ikan ini pula dilengkapi berekor tirus bercabang untuk pecutan maksimum.

 

Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bahagian bawah badan. Ikan yang diambil sempena nama buah ini adalah spesies yang memiliki sirip lembut dan tidak mempunyai gigi. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis.

 

 

Ia mampu membesar sehingga 180cm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg! Di perairan negara kita kebanyakan spesimen yang diperoleh sekitar 2kg hingga 10kg sahaja.

 

Ikan pisang-pisang kecil pula amat popular untuk mengumpan pemangsa besar seperti marlin namun ia jarang diamalkan di negara kita. Tidak dapat dipastikan berat maksimum yang pernah dipancing di Malaysia kerana tiada maklumat terperinci.

 

 

Habitat dan tabiat

 

Ikan pisang-pisang boleh ditemui laut luas mahupun kawasan pesisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10meter dan berkeupayaan meronda hingga 150meter dari permukaan.

 

Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama.

Ia boleh dikatakan terkenal di seantero dunia dengan panggil rainbow runner yang membawa maksud sejenis ikan laju berwarna warni pada badannya.

 

 

Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang.

Cuma pisang-pisang tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.

 

Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak mahupun di Sipadan, Sabah.

Tidak pernah dilihat ia meronda di pinggir pantai kurang dari 15 batu nautika. Paling hampir dilihat ialah di Pulau Tenggol, Terengganu, semasa memancing di bangkai kapal karam.

 

 

Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schooling). Disifatkan spesies tidak merbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan ia mempunyai racun Ciguatera.

Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksid.

 

Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan pisang-pisang ini amat popular sebagai game fish mahupun food fish di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia.

Manakala di Jepun dihidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya di peroleh di lokasi jauh dari pesisiran pantai.

 

baca juga GT paling cantik!

 

 

Profil ringkas

 

Nama Saintifik: Elagatis bipinnulata

Keluarga: Carangidae (jacks and pompanos)

Pengenalan: Terdapat 2 jalur biru muda dan 2 jalur kekuningan di sepanjang badannya. Bentuk memanjang dan berekor tirus bercabang

Diet: Anak ikan kecil dan Invertebrates

Habitat: Ikan pelagik dan marin pada kedalaman 10 hingga 150 meter

Taburan: Seluruh kawasan perairan sub-tropika serata dunia. Hampir keseluruhan Semananjung, Sabah dan Sarawak kecuali di Selat Melaka berdekatan Melaka dan barat Johor.

 

 

Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Family: Carangidaee

Genus: Elagatis

Species: E. bipinnulata

Binomial name: Elagatis bipinnulata (Quoy & Gaimard, 1825)

 

baca juga Mengenali anatomi ikan

 

Apa pendapat anda? Tinggalkan komen dan kongsi artikel ini. Terima kasih!

Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan

Published by
Amang