Ikan common carp atau European carp adalah ikan air tawar dari keluarga Cyprinidae (kap) yang meluas taburannya di perairan eutropik di dalam tasik dan sungai-sungai besar di Eropah dan Asia.
Walau bagaimana pun, populasi ikan liar dianggap terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Spesies ini juga telah dipelihara dan diperkenalkan dalam sektor akuakultur ke persekitaran seluruh dunia.
Dalam masa yang sama, ia sering dianggap sebagai spesies invasif yang merosakkan dan tersenarai dalam 100 spesies invasif terburuk di dunia.
Dan ia merupakan spesies ketiga yang paling banyak diperkenalkan ke seluruh dunia.
Di Malaysia, ikan pendatang yang dianggap perosak ini dikenali sebagai ikan lee koh atau likoh.
Spesies Cyprinus carpio ini dikatakan diperkenalkan sebagai ikan ternakan untuk pemakanan sejak dari zaman kerajaan Rom lagi.
Bermakna sudah sekian lama ia menjadi spesies penceroboh yang berjaya kerana kemampuannya bersaing merebut makanan spesies tempatan di samping merosakkan ekosistem perairan.
Seperti kebanyakan ikan kap yang lain, ikan lee koh ialah haiwan omnivorous.
Mereka boleh memakan tumbuh-tumbuhan akuatik, tetapi juha menjadikan serangga, krustasea (termasuk zooplankton), udang, dan cacing benthik sebagai diet utamanya.
Ikan leekoh liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk ikan yang dipelihara.
Dengan panjang badan kira-kira empat kali ketinggian badan dan mulut yang menonjol.
Sekiranya diberi ruang dan nutrien yang mencukupi, ia mampu membesar dengan saiz yang besar.
Dikatakan ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter dan berat maksimum melebihi 40 kilogram. Usia lee koh tertua yang pernah dicatatkan berusia 38 tahun.
Menurut satu catatan dunia memancing, antara spesies gergasi yang pernah didaratkan oleh seorang pemancing pada bulan Januari 2010 di Lac de curtons (Rainbow Lake) berhampiran Bordeaux, Perancis. Beratnya 42.6 kilogram.
Sementara spesies terberat yang ditangkap oleh pemancing Inggeris, Colin Smith, pada tahun 2013 di Etang La Saussaie Fishery, Perancis, beratnya 45.59 kilogram.
Saiz purata kap biasa ini adalah sekitar 40-80 cm dan 2-14 kg. Namun di Malaysia, jarang ditemui spesimen melebihi 5 kilogram.
Walaupun toleran terhadap kebanyakan keadaan, ikan lee koh lebih menyukai badan air meluas yang berarus perlahan.
Sebagaimana ikan yang gemar hidup secara berkumpulan, lazmnya mereka lebih mudah ditemui dalam kumpulan lima atau lebih.
Mereka secara semula jadi hidup di dalam iklim sederhana di dalam air segar atau sedikit payau dengan pH 6.5-9.0 dan kemasinan sehingga kira-kira 0.5% dan suhu 3 hingga 35 °
C. Mereka mudah bertahan di musim dan dapat menyesuaikan diri dengan kadar oksigen yang sangat rendah, dengan mencakup udara di permukaan air.
Taksonomi
Alam : Haiwan
Filum : Khordata
Kelas : Actinopterygii
Order : Cypriniformes
Keluarga : Cyprinidae
Genus : Cyprinus
Spesies : Cyprinus carpio