Ikan lampam sungai atau nama saintifiknya Barbonymus schwanenfeldii memang merupakan spesies yang dikenali ramai di Malaysia.

Juga dikenali sebagai tinfoil barb, spesies lampam merupakan ikan airtawar tropika yang berasal dari Asia Tenggara dan merupakan spesies ikan daripada keluarga Cyprinidae.

Spesies ini pada asalnya dijelaskan oleh Pieter Bleeker dalam genera Barbus schwanenfeldii.

 

TABURAN SPESIES

 

Bagi spesies lampam, spesies ini merupakan antara spesies ikan yang penting di Asia.

Pola taburan ikan lampam tertumpu di Lembah Mekong dan Chao Phraya, perairan air tawar di Semenanjung Malaysia, Sumatera serta boleh ditemui di kawasan Borneo.

 

Di kalangan pemancing di Malaysia, ikan lampam merupakan spesies ikan yang tidak sukar untuk diperolehi.

Spot utama untuk memancing ikan lampam ialah kawasan sungai-sungai, lombong serta kebanyakan tasik di Malaysia termasuk tasik utama seperti Royal Belum dan Tasik Kenyir.

 

Biar pun dianggap sebagai spesies ikan pancingan yang biasa-biasa, memancing ikan lampam mampu memberikan keseronokan dan menimbulkan keriuhan terutama apabila memancing di kawasan yang lebih pedalaman dengan aliran sungai yang bersih.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Lampam Sungai

 

MORFOLOGI

Ads

 

Bagi ikan lampam, tidaklah terlalu sukar untuk membuat pengenalan berdasarkan morfologi luaran.

Seperti yang kita tahu, spesies ini mempunyai bentuk badan yang menipis dan mengambil bentuk daripada kumpulan order Cypriniformes, yakni dengan kata lain daripada kumpulan dengan bentuk badan seperti ikan Cyprinid.

 

Bagi spesies ini, duri pada sirip dorsal hadir dengan jumlah 3 manakala sirip lembut pada sirip dorsalnya pula berjumlah 8.

Pada bahagian bawah, sirip anal lembut berjumlah 5 dan jumlah duri pada sirip anal ialah 3.

Spesies lampam sungai mempunyai morfologi yang lebih kurang sama dengan satu lagi ikan lampam yang agak terkenal di Malaysia iaitu lampam jawa.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Lampam Sungai

 

Kebiasaannya, ikan lampam mempunyai warna badan keperakan (silvery) atau agak kuning keemasannya bergantung kepada persekitaran habitatnya.

Ads

Spesies lampam sungai dapat dibezakan dengan spesies lain daripada genus yang sama melalui warna pada siripnya.

Bagi seekor lampam sungai, sirip dorsalnya berwarna merah namun terdapat kehadiran warna hitam pada hujung sirip tersebut.

Sirip pektoral, pelvik, kaudal dan sirip analnya pula berwarna merah namun terdapat kehadiran garisan margin hitam pada sirip kaudalnya.

Pada bahagian antara sirip dorsal dan garisan lateral pula, terdapat sejumlah 8 baris susunan sisik antara kedua-dua tempat tersebut.

 

Spesies lampam sungai mampu membesar sehingga panjang 35 cm menurut rekod.

Namun bagi kaki pancing, saiz yang biasa didaratkan ialah sekitar 15 cm hingga 20 cm panjang.

Lampam yang bersaiz 20 cm panjang sudah memadai bagi seorang kaki pancing untuk mendapatkan kepuasan memancing tinfoil barb ini.

 

HABITAT DAN EKOLOGI

 

Ads

Secara biologi, spesies lampam merupakan spesies ikan benthopelagik dan hidup dalam persekitaran yang mempunyai pH antara 6.5 hingga 7.

Spesies ini biasanya gemar bergerak secara berkumpulan di kawasan pertengahan sungai hingga ke kawasan dasar.

Lampam juga boleh ditemui di habitat sungai mengalir yang bersaiz sederhana hingga ke sungai yang besar.

 

Kadangkala terdapat lampam boleh ditemui di kawasan limpahan sungai terutama selepas musim banjir.

Selain itu, kajian yang mengambil spesimen di Timur Kalimantan menunjukkan spesies lampam hidup dalam persekitaran yang mempunyai suhu lingkungan 20.4°C hingga 33.7°C.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Lampam Sungai

DIET

 

Jika menghakimi daripada bentuk luaran, pastinya tidak dijangka bahawa spesies lampam merupakan spesies ikan yang pelahap.

Sekumpulan lampam akan memakan makanan yang berada di depan mata sehingga habis.

Bergerak secara berkumpulan, biasanya spesies ini dikategorikan sebagai herbivor dengan diet utamanya tertumpu kepada makrofit akuatik dan juga tumbuhan separa tenggelam termasuk alga.

 

Begitu pun, kerakusan diet pemakanan spesies ini terbukti apabila turut sama menjadikan serangga kecil di permukaan air sebagai makanannya.

Malahan, dalam pancingan juga terbukti ikan ini bukan herbivor semata-mata kerana umpan cacing dan cengkerik juga mampu menaikkan spesies lampam.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI