Di Malaysia, spesies ini dinamakan ikan ketuka, pari ketuka atau tuka. Ketuka merupakan spesies terkecil dalam keluarga pari dan berikutan saiznya itu ia seringkali disalah anggap sebagai pari kecil atau pari juvana.
Taburan ketuka boleh ditemui di Lautan Hindi dan Pasifik, dari India ke Kepulauan Melayu barat dan selatan Jepun.
Spesies ini paling biasa dijumpai di kawasan berpasir lebih kurang dari 100meter serta di muara sungai.
Saiz maksimum (lebar dari sirip ke sirip) sehingga 29cm sahaja di mana sirip pektoralnya berbentuk seperti berlian atau cakera. Mempunyai bahagian kepala yang menirus panjang, mata kecil, dan ekor seperti cambuk dengan lipatan dorsal dan sirip ventral.
Ads
Badannya berwarna kecoklatan pada bahagian atas dan putih di bahagian bawah.
Diet pemakanan utama ikan ketuka terdiri terutamanya daripada krustasea kecil dan ikan. Ia juga merupakan spesies demersal atau mencari makanan di lantai laut.
Ia membiak secara viviparous aplacental dengan spesies betinanya melahirkan 1-3 ekor anak.
Ads
Perkara ini dapat dilihat apabila pemancing mendaratkan ketuka betina yang sedang sarat mengandung dan bertindak melahirkan anak dalam usaha terakhir menyelamatkan anak-anaknya.
Sebagai pemancing yang beretika, sebaiknya kita melepaskan kembali ketuka dan anak-anaknya ke habitat asalnya.
Dari aspek pancingan sukan, ikan ketuka tidak disenaraikan sebagai ikan sasaran utama dan sering didaratkan tanpa disengajakan.
Walaubagaimana pun ikan ketuka jarang dilepaskan kembali, tidak sebagaimana ikan duri atau belukang kerana faktor kelazatan isinya.
Ads
Sebagaimana ikan pari yang lain, pengendalian ikan ketuka perlulah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia memiliki sengat berduri yang bukan saja lebih halus dan tajam, bahkan bisa sengatnya juga dikatakan lebih kuat berbanding keluarga pari yang lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan kap (carp) merupakan antara keluarga ikan yang agak besar dan meluas taburannya di serata dunia. Di Malaysia sendiri terdapat begitu banyak spesies ikan kap dan ini merupakan sebahagian daripada ikan kap yang popular.
Catla
Di Malaysia, ikan kap India ini turut dikenali dengan nama karak oleh warga tempatan.Ikan kap India atau catla, yang turut dikenali dengan nama umum major carp atau major Indian carp (nama saintifiknya Catla catla) adalah ikan air tawar Asia Selatan yang penting dari segi ekonomi.
Kap India adalah ikan dengan kepala yang besar, rahang bawah yang menonjol besar, dan mulut terbalik. Ia mempunyai skala yang besar, berwarna kekelabuan di bahagian belakang badan dan keputihan pada perutnya.
Catla mencari makanan di permukaan dan pertengahan air. Catla dewasa memakan zooplankton, manakala catla muda atau juvenil memakan zooplankton dan fitoplankton.
Ia mencapai kematangan seksual pada usia purata dua tahun dan purata berat dua kilogram dan mampu membesar sehingga 38 kilogram.
Siamese Carp
Kap Siam atau nama umumnya Siamese giant carp, Siamese carp atau giant barb adalah spesies ikan air tawar dan merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia! Ikan kap gergasi terbesar di dunia ini tergolong dalam genus Catlocarpio dan keluarga besar Cyprinidae dengan membawa nama saintifik Catlocarpio siamensis.
Menurut Nationalgeographic.com, terdapat bukti bahawa Siamese giant carp ini pernah mencapai saiz 3 meter panjang dan 300 kilogram berat, tetapi hari ini spesimen walaupun separuh saiz sangat jarang berlaku.
Common Carp
Ikan likoh dengan nama umumnya common carp atau european carp (Cyprinus carpio) adalah ikan air tawar yang meluas di perairan eutropik di tasik dan sungai-sungai besar di Eropah dan Asia.
Populasi liar asli dianggap terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) tetapi spesies ini juga telah dipelihara dan diperkenalkan ke dalam persekitaran di seluruh dunia, dan sering dianggap spesies invasif yang merosakkan, termasuk dalam senarai 100 spesies invasif terburuk di dunia.
Ikan liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk yang dipelihara. Jika diberi ruang dan nutrien yang mencukupi ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter, berat maksimum melebihi 40 kilogram.
Grass Carp
Ikan kap rumput atau tongsan sisik kasar dengan nama umumnya grass carp (Ctenopharyngodon idella) adalah spesies ikan dengan pengeluaran terbesar yang dilaporkan dalam akuakultur secara global, lebih daripada lima juta tan setahun.
Ia adalah spesies ikan air tawar herbivora yang besar dari keluarga Cyprinidae yang berasal dari Asia Timur, dengan rantau asli dari Vietnam utara ke Sungai Amur di sempadan Siberia-China.
Ia diternak China untuk makanan, tetapi diperkenalkan di Eropah, Amerika Syarikat serta di Malaysia untuk mengawal rumpai akuatik.
Walaupun memakan rumpai, kap rumput turut memakan bijiran dan buah-buahan seperti jagung dan tomato ceri dan meskipun bersifat herbivora, kadang-kadang juga akan makan haiwan lain.
Ia juga boleh dipancing dengan menggunakan umpan roti dengan teknik apung. Rekod dunia IGFA untuk karp rumput yang ditangkap dengan kaedah pancing ialah seberat 39.75 kg, yang ditangkap di Bulgaria pada tahun 2009.
Bighead Carp
Ikan tongsan sisik halus atau kap kepala besar dengan yang dikenali dengan nama umum bighead carp (Hypophthalmichthys nobilis) adalah spesies ikan air tawar, salah satu daripada beberapa spesies kap Asia.
Ia adalah salah satu ikan yang paling dieksploitasi dalam akuakultur, dengan pengeluaran tahunan di seluruh dunia sebanyak tiga juta tan pada tahun 2013, terutamanya dari China.
Ikan tongsan sisik halus mempunyai kepala besar, tanpa skalar, mulut besar, dan mata terletak sangat rendah di kepala. Ikan dewasa biasanya mempunyai warna keperangan dan berbintik-bintik.
Ia adalah ikan besar dengan panjang biasa ialah 60 cm, dan saiz maksimum dicatatkan ialah 146 cm dan seberat 40 kg.
Bighead carp berasal dari sungai-sungai besar dan tasik banjir yang berkaitan dengan Asia Timur. Ia telah diperkenalkan secara meluas di luar julat asli mereka, termasuk Amerika Syarikat, dan mereka sering dianggap sebagai invasif.
Ikan pari air tawar atau giant freshwater stingray yang ditemui semula di perairan Amphawa, kira-kira satu jam dari Bangkok, diisyhtiharkan sebagai spesies pari terbesar di dunia.
Malah menurut para saintis di sana, pari tersebut mampu membesar sehingga menggugat kedudukan spesies marin terbesar di dunia.
Nantarika Chansue, seorang doktor haiwan dan professor dari Universiti Chulalongkorn di Bangkok, membantu menangkap dan mengukur haiwan yang mendapat jolokan `The Big One’.
Ikan pari dengan nama binomialnya Himantura polylepis atau H. chaophraya ini mempunyai lebar 7.9 kaki (2.4 meter) dan mempunyai panjang 14 kaki (4.3 meter) serta berat kira-kira 700-800 pounds (318 hingga 363 kilogram).
Kumpulan penyelidik ini belum dapat memastikan berapa berat badan daripada ikan pari ini kerana sangat sukar untuk menimbang haiwan ini tanpa menyakitinya, kerana mereka sangat besar!
Menurut Zeb Hogans, seorang profesor dan penyelidik geografi kebangsaan dari University of Nevada, Reno.
“Sudah tentu (haiwan itu) adalah ikan yang sangat besar walaupun dibandingkan dengan ikan pari lain, dan sudah tentu mendahului antara ikan terbesar di dunia!”
Zeb Hogan turut mengulas bahawa haiwan yang serupa ditemui dan dilabelkan 7 tahun sebelumnya dalam penyelidikannya bersama Nantarika.
Pada tahun 2009, ikan pari ini mempunyai lebar 6.5 kaki (2 meter) dan panjang 15 kaki (4.58 meter).
Lazimnya ikan dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa. Panas mungkin juga mewakili lada atau cili yang diketahui pedas. Rata-rata ikan dengkis berbentuk lebar separa bulat.
Saiz ikan dengkis bintik oren lebih besar dari ikan dengkis biasa yang kita temui dan secara keseluruhannya sifat dan ciri-ciri utama dengkis bintik oren adalah sama sahaja dengan ikan dengkis.
Dengkis bintik oren disenaraikan dalam famili Siganidae. Terdapat 12 subspesies dengkis ditemui. Hampir keseluruhan warna asas badannya kelabu manakala warna sirip dorsal atas dan bawah berwarna kekuningan.
Sedikit warna kekuningan dikesan pada bahagian mulut hingga sekitar bahagian mata. Corak badannya berbintik di sebelah atas dan jalur pula di bahagian bawah.
Hampir semua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan spesies ini. Juvenil atau dengkis bintik oren bersaiz kecil lebih popular dijadikan ikan hiasan. Nama saintifiknya ialah Siganus javus (Java rabbitfish).
Ekornya tirus melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus, bersengat di setiap hujung sirip dorsal dan mulut kecil adalah ciri-ciri utama ikan ini.
Ikan dengkis bintik oren hanya ditemui di kawasan berpulau karang seperti Tukun Perak, Pulau Jarak, Pulau Aur. Paling banyak yang meragut mata pancing ialah di Tukun Perak dan Pulau Jarak kedua-duanya di sebelah pantai barat semenanjung.
Kawasan karang di tengah laut dalam saya jarang melihat ia makan umpan pemancing. Kawasan muara sungai berbatu serta persisiran pantai berkarang juga berpotensi menjinakkan ikan ini. Saya biasa juga memperolehi anak kitang tetapi paling banyak ialah dengkis di muara sungai pantai timur tapi hanya untuk muara berbatu sahaja.
Dengkis bintik oren adalah ikan karang. Gemar mendiami kawasan berstruktur karang kerana sumber makanan utama diperoleh di kawasan batu karang terdiri dari anak ikan, krutesia kecil dan moluska.
Ikan dengkis bintik oren juvenil kecil bergerak dalam kumpulan besar di persisiran pantai berkarang dan jumlah semakin mengecil kumpulannya apabila membesar. Mampu membesar sehingga 30cm. Saiz ini memang dianggap besar bagi ikan dengkis bintik oren.
Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis termasuk dengkis bintik oren ialah saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300 gram seekor kecuali yang melebihi 20cm. Bermusim aktif dari bulan May hingga Ogos.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...