Ads
Home Hobi & Minat Info spesies: Kenali ikan kelah

Info spesies: Kenali ikan kelah

Ads
foto endy kubis

 

Ikan kelah atau nama Inggerisnya mahseer merupakan spesies ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar.

Dalam pengelasan taksonomi, perincian spesies kelah agak sukar dibezakan kerana spesies ini mempunyai sifat luaran yang hampir sama.

 

Secara amnya, kelah dikelaskan dalam tiga genus iaitu Tor, Neolissochilus dan Naziritor.

baca ikon ikan kelah

 

Info spesies: Kenali ikan kelah
Semah mahseer (Tor douronensis) at Zoo Negara.

 

Menurut penyelidikan, terdapat pula tiga spesies dalam genus Tor iaitu Tor tambroides, Tor douronensis dan Tor tambra di negara kita.

Gelaran mahseer lazimnya merujuk kepada spesies dalam genus Tor. Atau lebih mudah lagi spesies kelah dan bukannya tengas atau kejor.

 

Dan di negara kita, sekian lama spesies kelah merah telah dikenal pasti sebagai Tor tambroides atau Malayan mahseer.

Dipercayai, kelah merah yang terdapat di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan dirujuk sebagai Tor tamroides.

 

Info spesies: Kenali ikan kelah

 

Begitu juga dengan empurau di Sarawak. Manakala spesies semah di Sarawak dan pelian di Sabah dirujuk sebagai Tor duoronensis (perlu kajian semula).

Sementara itu tengas dan kejor juga merupakan spesies daripada keluarga yang sama namun spesies tersebut datang daripada genus Neolissochilus.

Ads

 

Taburan spesies ikan kelah boleh dijumpai di kawasan sungai yang berarus deras dan berjeram.

Kawasan sebegini merangkumi Malaysia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Sumatera di Asia.

 

Info spesies: Kenali ikan kelah

baca kelah sungai kiulu

 

Ikan kelah juga merentasi Asia Tenggara sehingga ke beberapa bahagian di India. Ikan kelah secara tipikalnya mendiami dan berlegar di kawasan dasar yang berbatu dan berkayu sebagai tempat berlindung di kawasan hilir sungai.

Terdapat juga yang memilih untuk berlindung di kawasan yang lebih luas dan dalam.

 

Ketika musim mengawan, ikan kelah akan bermigrasi dan berenang melawan arus ke hulu sungai.

Ads

Di hulu sungai ikan kelah akan memilih kawasan sungai-sungai yang lebih kecil untuk melepaskan telurnya.

 

Info spesies: Kenali ikan kelah

Info spesies: Kenali ikan kelah

Dari aspek morfologi, badan ikan kelah mempunyai bentuk yang agak tirus di mana ia memberi kelebihan ketika berenang melawan arus dan menongkah jeram.

Warna badannya pula bervariasi daripada kuning keemasan sehingga ke warna kemerahan. Sisik di badannya mempunyai warna berkilau dan cantik.

 

Sementara sirip dorsal ikan kelah lazimnya agak besar. Pada bahagian mulutnya, ikan kelah atau mahseer dari genus Tor mempunyai bibir median bawah yang lebih tebal.

Bibir ini membezakannya daripada spesies tengas atau copper mahseer dari genus Neolissochilus.

 

Info spesies: Kenali ikan kelah

Ads

 

Kelah jantan yang matang pula biasanya lebih kecil berbanding kelah betina yang matang.

Sebagaimana spesies ikan kap yang lain, ikan kelah merupakan haiwan omnivor yang tidak hanya makan alga, krustasea, serangga, katak dan ikan-ikan mangsa yang lain, tetapi juga buah dan bunga yang berguguran dari pohon-pohon yang tumbuh di tepi-tepi sungai.

 

Ikan kelah bukan sahaja terkenal dengan keenakan rasa isinya yang bertekstur halus itu, malah daya juangnya juga adalah sangat  mencabar bagi pemancing untuk mendaratkannya.

Justeru, kombinasi daya juang yang hebat serta isinya yang sedap maka ia menjadi buruan peminat sukan memancing ikan air tawar.

 

 

Info spesies: Kenali ikan kelah
foto endy kubis

 

Taksonomi

 

Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Cypriniformes
Family:
Cyprinidae
Subfamily:
Cyprininae
Genus:
Tor
Gray, 1834
Neolissochilus
Rainboth, 1985
Naziritor
Mirza & Javed, 1985

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI