Di Malaysia, Golden Trevally lebih dikenali dengan nama ikan gerong atau gerong belang.

Dengan nama binomial Gnathanodon speciosus, spesies ini memang merupakan antara spesies yang menjadi target utama kaki pancing.

Tidak kiralah kaki bottom, surf casting atau teknik mengilat di mana lebih gemar menggunakan umpan tiruan.

 

Dalam konteks pancingan, gerong belang ini tidak cerewet sebaliknya sering memberikan respon atau melakukan strike terhadap banyak jenis umpan atau gewang tiruan.

Faktor ini menjadikan spesies ini dianggap antara spesies ikan pancingan sukan yang terbaik.

Malah, spesies ini memberikan pemancing lebih banyak pilihan dan alternatif umpan untuk menggoda sang belang tarung ini.

 

Kemampuan utama spesies gerong belang atau sang golden ini terletak pada daya kekuatan yang dipadankan dengan sifat agresifnya, menjadikan gerong belang lawan yang tidak akan sesekali mengalah awal ketika dalam pertarungan.

 

Ikan ini juga bukanlah pelawan permukaan. Walaupun gerong gemar menghentam gewang atau umpan di permukaan, spesies ini serta merta akan memecut ke dasar air sebagai padang pertarungan dan akan bertahan sehingga ke tenaga akhirnya.

 

Walaupun saiz biasa bagi gerong belang sekitar 5-8 kg, abiliti kekuatan aggresif dan sifat melawan yang tidak akan mengalah mampu membuatkan pertarungan dengan mana-mana pemancing akan berlarutan lebih lama.

Ini tentunya memberikan kepuasan pertarungan sebenar kepada kaki pancing.

 

Ads

MORFOLOGI

 

Secara relatifnya, gerong merupakan ikan yang agak besar dan secara tipikalnya seperti kebanyakan ikan jenis jack dan trevally.

Walaupun kebiasaan saiz spesimen sekitar 5-8 kg, namun terdapat juga spesimen yang mampu membesar sehingga saiz 15 kg.

Bagi spesies G. speciosus, bentuk badannya juga seperti kebiasaan ikan trevally, iaitu bentuk rata namun solid dengan isi padat yang pejal.

Bahagian bibirnya pula jelas lebih tebal namun tidak mempunyai gigi menggigit.

 

Profil warna spesies ini agak unik dan boleh dibuat identifikasi spesies ini kerana berbeza dengan spesies trevally yang lain.

Juvenil gerong mempunyai warna kuning keemasan (golden) pada sisi badannya. Warna badan ikan ini disulam dengan garisan atau bar melintang berwarna hitam yang jelas kelihatan seolah-olah belang tarung.

 

 

Ads

 

Garisan atau bar melintang hitam ini cenderung untuk beransur pudar ketika ikan ini membesar selari dengan usianya dan selalunya akan menjadi tompok atau blotches kehitaman pada badannya.

Selalunya kecenderungan perubahan belang tarung ini berlaku pada spesimen dewasa yang mencapai saiz kematangan, selalunya sekitar 20 inci panjang badan, dari mulut hingga ke hujung sirip kaudal.

 

Selain itu, sirip ikan ini juga mempunyai warna yang agak kekuningan dan jika dilihat pada hujung cuping sirip kaudal gerong pula jelas kehadiran warna hitam.

 

TABURAN SPESIES

 

Gerong belang mempunyai taburan spesies yang meluas merangkumi perairan tropika dan subtropika dari Lautan Hindi dan Pasifik.

Spesies marin ini boleh ditemui bertebaran merata di sepanjang perairan termasuk Laut Merah dan Teluk Parsi di Lautan Hindi.

Ads

 

Spesies ini turut direkodkan gemar berenang di kawasan berkepulauan. Paten ini jelas ditunjukkan di Lautan Pasifik di mana spesies ini banyak direkodkan di kawasan Asia Tenggara dari Indonesia, Malaysia dan Borneo sehingga ke timur New Zealand dan Australia.

 

HABITAT

 

Spesies gerong belang gemar habitat yang agak cetek berpasir dan mempunyai terumbu karang tetapi masih mempunyai akses untuk ke kawasan yang lebih dalam.

Habitat sebegini digemari oleh spesies gerong kerana kawasan ini kaya dengan organisma lain yang menjadi sumber makanannya.

Begitu pun, spesies ini juga boleh ditemui di kawasan air yang lebih dalam sekitar 30 meter dan biasanya untuk tujuan persenyawaan.

 

Gerong belang merupakan spesies yang gemar air yang lebih jernih. Oleh sebab itu, agak sukar untuk melihat spesies ini jika persekitaran badan air mempunyai kadar turbiditi yang tinggi.

Jika tiada kehadiran gerong belang di sesuatu kawasan kebiasaannya, maka kemungkinan lokasi tersebut mempunyai kadar turbiditi yang tinggi.

 

TAKNOSOMI

 

  • Kingdom: Animalia
  • Phylum: Chordata
  • Class: Actinopterygii
  • Order: Perciformes
  • Suborder: Percoidei
  • Superfamily: Percoidea
  • Family: Carangidae
  • Genus: Gnathanodon
  • Species: Gnathanodon speciosus (Forsskal, 1775)
  • Nama lain: Gerong, Gerong belang, Golden trevally, Goldie, Yellow ulua, Goldens, Banded trevally

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI