Selaku ikan dalam keluarga flathead, ikan baji memiliki kepala yang leper mendatar. Mulut di bahagian bawah panjang sedikit dari rahang atas dan terdapat sekelompok gigi tajam
yang meruncing ke dalam. Bentuk gigi sebegini bertujuan untuk mengelakkan mangsa terlepas apabila dicengkam.
Matanya kecil terletak di bahagian atas kepala yang lebar dari badannya sendiri. Bentuk badannya menirus ke belakang dan agak lebar saiznya.
Berwarna coklat dan berbelang hitam di badan dan boleh menyamai warna lumpur yang menjadi habitatnya.
Selain itu ia juga untuk tujuan penyamaran ketika menanamkan sebahagian badan pada lumpur dasar.
Ekornya berjalur hitam putih dan separuh bulat. Bahagian bawah perut keseluruhannya cerah.
Pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu diawas pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala.
Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau.
Gunakan playar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.
Ads
Ikan baji boleh menjangkau panjang sehingga 1 meter kaki tetapi spesimen sebegini jarang ditemui di pengairan negara kita.
Setakat tiada kajian dilakukan untuk memastikan secara saintifik kenapa ikan baji yang terdapat di negara kita jauh lebih kecil berbanding di Australia.
Spesimen yang biasa diperolehi di perairan tempatan sekitar 20 cm hingga 30 cm sahaja.
Habitat & Tabiat
Ads
Taburan ikan baji agak meluas dari India hingga Australia, terutama Queensland dan Selatan Jepun hingga di perairan negara kita.
Ikan berkepala leper mendatar ini mudah ditemui di kawasan perairan cetek yang mempunyai dasar berlumpur dan berselut.
Kadang kala ia turut mendiami kawasan pantai berpasir tetapi spesies yang suka membenamkan diri ini lebih tertumpu di kawasan pasir halus serta lembut.
Paling banyak ia dipancing ialah di sekitar kawasan berlumpur di persisran pantai Barat semenanjung terutama berdekatan dengan Jambatan Pulau Indah, Sekitar pelabuhan Kelang dan persisiran pantai Segari, Perak.
Taksonomi
Ads
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Scorpaeniformes
Family : Platycephalidae
Genus : Platycephalus
Species : P. indicus
Binomial name : Platycephalus indicus
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu. Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938. Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia. Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki. Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba. Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut. Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg.
Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun. Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Ikan belitong/belitung atau dorado merupakan satu spesies yang kuat, laju, akrobatik dan mempunyai warna yang sangat menarik. Padanan ciri-ciri ini cukup menjadikan ia spesies yang menjadi buruan dan hiburan kaki pancing. Lompatan akrobatik saat pancaran tegak cahaya matahari pada warna badannya cukup mempesonakan.
Spesies ikan belitong merupakan spesies ikan yang sering berlegar di permukaan air hampir di kebanyakan perairan di seluruh dunia. Juga sering dikenali dengan nama mahi-mahi atau dorado, ikan ini boleh ditemui di luar kawasan pantai beriklim tropika, subtropika dan sederhana.
Dalam pengelasan saintifik, belitong merupakan salah satu daripada dua spesies yang datang daripada keluarga coryphaenidae dan dikenali sebagai common dolphinfish. Satu spesies lagi ialah pompano dolphinfish iaitu bawal emas.
Terminologi
Dari segi bahasa, terma mahi-mahi datang daripada bahasa hawaii dan membawa maksud ‘sangat kuat’. Dalam bahasa inggeris, ikan ini sering dikenali sebagai dolphinfish. Terma ini sering disalah anggap dan kadang-kadang mendatangkan kekeliruan dengan spesies ikan lumba-lumba. Perlu diingat ikan lumba-lumba merupakan mamalia yang bernafas melalui udara sedangkan kebanyakan ikan lain merupakan ikan yang bernafas melalui air menggunakan insang.
Selain itu, jika di sekitar pasifik sehingga ke afrika selatan, kebanyakan komuniti di sana memanggil ikan ini dengan nama dorado. Terma dorado merupakan terma yang datang daripada bahasa sepanyol yang membawa maksud keemasan. Bagi kebanyakan pemancing malaysia pula, terma yang popular ialah ikan belitong. Pun begitu, nama mahi-mahi dan dorado juga antara terma yang mudah difahami untuk merujuk kepada spesies ini.
Genus ikan belitong pula ialah coryphaena. Linnaeus menamakan genus ikan ini berdasarkan perkataan greek iaitu koryphe, yang memberi maksud teratas atau puncak (top, apex).
Taburan spesies
Belitong boleh dijumpai di kebanyakan perairan seluruh dunia beriklim tropika dan subtropika. Taburan spesies ini merangkumi sekitar amerika utara, jurang california, costa rica dan lautan atlantik sekitar new jersey sehingga ke florida. Ikan ini juga sering berlegar di Lautan Hindi.
Selain itu, perairan asia turut menjadi antara lokasi kemunculan ikan ini. Antaranya termasuklah rantau asia tenggara di kawasan laut china selatan. Ikan belitong merupakan spesies yang bermigrasi dan tidak hairanlah spesies ini boleh ditemui dihampir kebanyakan perairan seluruh dunia.
Biologi
Pada asasnya, ikan belitong merupakan ikan yang sering ditemui di lautan lepas di luar pesisir pantai. Ikan ini merupakan antara spesies yang bermigrasi merentasi lautan dan sering kali bergerak dalam kawanan atau berkumpulan. Ikan ini boleh ditemui dalam kawasan laut sedalam 85 meter, namun lebih gemar berenang dalam kedalaman 37 meter.
Ikan belitong gemar memburu ikan kecil sebagai diet makanannya. Selain ikan kecil, sotong, zooplankton dan krustasia juga menjadi pilihan kepada spesies perenang pantas ini. Dalam kebanyakan situasi, belitong dilihat gemar memburu dan berenang mengejar ikan terbang (flying fish).
Dalam kelangsungan hidup pula, belitong membiak sepanjang tahun terutama di kawasan laut yang agak panas. Kebanyakan juvenil ikan belitong boleh ditemui di sebalik rumpai laut di mana kawasan sebegini mudah bagi ikan ini mencari makanan.
Secara relatifnya, ikan ini mempunyai jangka masa hidup yang agak pendek dalam anggaran 4-5 tahun sahaja. Pun begitu, belitong merupakan antara spesies yang paling cepat membiak. Populasi ikan ini mampu mencapai dua kali ganda dalam masa 15 bulan. Tangkapan belitong pula sering merekodkan berat sekitar 4 – 13 kilogram.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran spesies ini, belitong mempunyai bentuk badan yang nipis. Belitong mempunyai sirip dorsal yang panjang sehingga ke kaudal pedunkelnya. Sirip kaudal ikan ini pula mempunyai bentuk yang cengkung dan agak tirus di hujungnya.
Tarikan utama belitong pastinya tertumpu pada warna pada badannya. Ia mempunyai warna badan yang sangat terang dan mempesonakan. Gabungan warna terang seperti emas, biru dan hijau terang cukup mempesonakan bagi tatapan lensa kamera.
Bagi ikan belitong jantan biasanya mempunyai kepala yang lebih menonjol keluar menjadikannya kelihatan mempunyai kepala yang lebih besar. Bagi belitong betina pula, kepalanya lebih membulat dan kurang tertonjol selain mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding belitong jantan.
Pengkelasan Saintifik
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Coryphaenidae
Genus : Coryphaena
Spesies : C. hippurus (Linnaeus, 1758)
Nama Lain : Belitong, Mahi-mahi, Dorado, Dolphinfish
Sebelum keluar memancing korang harus ambil tahu sifat dan tabiat ikan yang ingfin dipancing. Ia sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk memancing di spot dan waktu yang tepat.
Memang ikan boleh berenang. Tetapi tahukah korang bahawa corak renangan ikan juga terbahagi kepada beberapa kumpulan.
Ada spesies ikan yang sentiasa berenang laju meredah laut dan ada yang berenang dengan minima dan lebih banyak menghabiskan masa dengan kekal pada satu tempat di dasar lautan.
Kenali ikan dan perlakuannya agar anda tidak pulang dengan tangan kosong.
➡ Kawanan (Schooling)
Kebanyakan ikan bertulang yang kecil akan berenang bersama-sama dalam koordinasi tertentu dan dipanggil berkumpulan atau kawanan (schooling).
Sebab utama berenang dalam kumpulan ialah adaptasi untuk mengelakkan daripada pemangsa selain dapat menakutkan mangsa.
Kalau anda nak tahu, berenang dalam kawanan akan memberikan lebih daya hidrodinamik dan meningkatkan peratus persenyawaan.
➡ Kewilayahan ( Territorial)
Pelbagai jenis ikan mempunyai sifat kewilayahan. Namun kadangkala sifat kewilayahan mereka ini berbeza dan unik.
Ikan damselfish yang kecil amat berani dan menakutkan dalam mempertahankan wilayahnya sendiri manakala kebanyakan kerapu atau grouper yang lebih besar akan berundur dari wilayahnya apabila didatangi oleh haiwan lain.
➡ Hubungan simbiosis
Sesetengah spesis ikan kecil akan melekat pada badan ikan yang besar dan membersihkan badan ikan besar dengan memakan parasit pada tubuh ikan tersebut.
Simbiosis dapat dilihat pada ikan jerung, paus atau penyu. Ada juga ikan yang bersimbiosis dengan spesies yang bukan ikan seperti clownfish dan timun laut yang mana timun laut akan menjaga ikan tersebut daripada serangan pemangsa.
➡ Penghasilan bunyi
Eh, macam pelik pula? Ikan mengeluarkan bunyi ke? Yang sebenarnya banyak spesis ikan menghasilkan bunyi sama ada dalam situasi ketika pembiakan, sosial, kewilayahan atau sifat agresif.
Bergantung kepada spesies, ikan bertulang mampu menghasilkan bunyi dengan melagakan giginya, getaran daripada udara atau dengan meregang dan mengecutkan ototnya. Kebanyakkan bunyi yang terhasil di bawah 10.000Hz.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...