Ikan begahak dengan nama umum giant shealfish, Malaysian toothead catfish atau nama binomialnya Belodontichy dinema (sebelum ini menggunakan nama saintifik Wallago dinema) turut dipanggil gerahak, gahak dan gohok menurut sebutan tempatan.
Taburan ikan behagak ini tidak meluas dan hanya boleh ditemui Indochina, Sumatera Timur, Borneo dan Semenanjung Malaysia. Lebih unik lagi di Semenanjung Malaysia, ikan ini hanya boleh ditemui di Sungai Pahang. Ia dikatakan pernah wujud di Sungai Perak namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan di sungai tersebut.
Ads
Begahak mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan fizikal yang hampir sama seperti tapah. Satu perbezaan yang paling ketara adalah bentuk muncung mulutnya yang lebih melengkung ke atas. Begitu juga dengan misai atau sesungutnya agak lebih pendek berbanding tapah.
Ads
Namun begahak memiliki tabiat sama menyambar binatang atau serangga yang jatuh ke permukaan air. Ekoran dietnya lebih kepada anak-anak ikan maka ia boleh dipancing dengan kaedah mengilat menggunakan umpan tiruan.
Ads
Selain pemangsa, begahak turut menjadi mangsa spesies lain. lihat perutnya yang koyak dibaham ikan lain.
Ikan begahak dikatakan mampu membesar sehingga 100 cm panjang dan berat tidak rasmi 10 kg. Tangkapan tersebut dikatakan berlaku di Sungai Tembeling, Pahang namun tiada sebarang data direkodkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Cichla temensis yang dikenali dengan beberapa nama umumnya speckled pavon, speckled peacock bass, painted pavon atau three-barred peacock bass adalah ikan natif Amerika Selatan yang tergolong dalam genus Cichla atau peacock bass (ikan merak).
Uniknya di Malaysia, ikan pendatang yang agresif dan rakus ini lebih dikenali dengan nama binomialnya iaitu Cichla temensis, amat bernilai bernilai di hati pengilat (caster) sehingga ia diberi nama panggilan TEMMY.
Spesies Chicla temensis ini berasal dari lembangan Orinoco dan Rio Negro, serta beberapa sungai kecil di pusat Amazon, di Brazil, Venezuela dan Guyana. Dalam julat asalnya, ia pada dasarnya terhad kepada sungai hitam dan cabang anak sungainya. Namun percubaan pengenalan telah dibuat dari julat asalnya, tetapi ia tidak dapat ditubuhkan di Florida atau Texas. Sebaliknya, ia telah berkembang di Singapura.
C. Temensis adalah spesies Cichlid Amerika Selatan yang sangat besar. Ia merupakan sumber makanan bernilai dan ikan sukan yang berharga. Ia mampu membesar panjang sehingga 1 meter (3.3 kaki) dan berat sehingga 13 kg (29lb). Dengan memiliki saiz sedemikian ia bukan sahaja cichlid terbesar di Amerika Selatan, dan mungkin cichlid terbesar di dunia!
C. temensis menyerupai spesies ikan merak atau peacock bass lain, tetapi umumnya lebih panjang dan langsing. Spesies dewasa sangat berubah-ubah dalam corak warna, yang mana ia menyebabkan kekeliruan dalam penentuan jantina dan pembiakan. Hanya pada tahun 2012 pengesahan telah dilakukan corak dan paten spesies yang mampu membiak dan sebaliknya.
Seperkara yang unik tentang spesies c. temensis ini kerana mempunyai 2 fasa warna iaitu ‘ASSU’ seperti warna peacock bass yang sering kita lihat di negara kita dan fasa warna ‘PACA’ di mana warna badannya menjadi lebih gelap. Fasa warna paca sering berlaku apabila ikan ini berada pada musim membiak.
Manakala paten warna ikan ini agak kompleks kerana variasi morfologinya. Selalunya mempunyai bintik hitam (assu) atau bintik putih/kuning (paca) pada garisan melintang pada badannya.
Selain itu, C. temensis mempunyai 3 garisan bar pada badannya dalam kedua-dua fasa. Terdapat juga corak pada bahagian mata hingga ke hujung bahagian operkulum yang menjadi antara paten warna kepada ikan ini.
Nemaphoerus maculosus Kuhl & van Hasselt, 1879 (ambiguous)
Osphremenus insulatus Seale, 1910
Saya percaya semua orang apatah lagi pemancing mengenali apa itu ikan sepat. Bohong Namanya kalau tidak pernah mendengarnya. Ikan sepat merupakan sejenis ikan air tawar dari keluarga Osphronemidae yang terdapat di beberapa negara tropika termasuk negara kita.
Ikan sepat mempunyai beberapa spesies yang popular iaitu sepat Siam (Trichopodus pectoralis), sepat rawa (Trichopodus trichopterus), sepat mutiara (Trichopodus leerii) dan sepat kecil (Trichopodus microlepis).
Nama-nama tempatan lain sepat adalah seperti sepat sawah, sepat ronggeng, sepat biru, sepat sapek, sepat benua dan macam-macam lagi. Ikan ini telah digunakan sebagai sumber makanan yang dimakan dan juga merupakan spesies ikan yang sesuai untuk dijadikan ikan hiasan atau ornamental fish.
Ikan sepat merupakan sejenis ikan air tawar yang mudah didapati di kawasan sungai, anak sungai, tasik, kolam, lubuk dan sebagainya sama ada di kawasan air mengalir atau air statik.
Ikan yang berbentuk pipih ini mempunyai mulut yang kecil di hadapannya. Ikan ini mempunyai sepasang sesungut panjang dan beberapa sirip di bahagian sisi, di atas serta bawahnya. Ikan ini mempunyai sisik nipis yang bersusun senget dengan warna gelap dan agak keras.
Terdapat dua titik hitam atau black dot sama ada pada bahagian tengah badan atau bahagian belakang badan di kedua-dua belah. Titik ini merupakan tanda paling mudah untuk mengenali ikan sepat dalam air.
Struktur dalaman organ ikan sepat seperti juga jenis-jenis ikan gourami dan ikan haruan dan ikan puyu mempunyai labyrinth di ruang insangnya yang membolehkan ikan ini hidup walaupun di kawasan air yang kurang oksigen.
Ikan ini banyak terdapat di kawasan sawah padi dan juga dalam tali air sawah walaupun kerja pembajakan tanah, penggunaan racun dan air sawah dikeringkan pada setiap musim.
Dalam habitat semulajadi selalunya ikan sepat akan makan lumut, tumbuhan air dan anak-anak ikan kecil yang boleh dimasukkan ke dalam mulutnya yang kecil.
Ikan betina akan bertelur di bawah buih-buih putih di permukaan air yang tenang di mana ikan sepat jantan akan menjaga telur-telur tersebut sambil mempersenyawakannya. Setelah menetas lazimnya anak ikan sepat akan diasuh oleh sepat jantan sehingga anak ikan tersebut mampu mencari makan sendiri.
Ikan ini hidup secara berkumpulan dan akan timbul dipermukaan air untuk menyedut udara dan jika lokasi ikan sepat sangat padat maka akan banyak kelihatan ikan dari permukaan air. Walau pun ikan sepat tahan di lubuk yang kurang oksigen akan tetapi ikan ini mudah mabuk serta cepat mati apabila di luar dari air selepas ditangkap.
Ketika ini terdapat 15 spesies yang datangnya daripada genus Cicla. Spesies ini merupakan spesies ikan natif bagi kebanyakan sungai di Amerika Selatan. Kawasan asal spesies ini termasuklah Sungai Amazon, Lembah Sungai Orinaco dan Guyana.
Spesies peacock bass ini juga pernah diperkenalkan di beberapa kawasan lain di dunia. Oleh kerana ikan ini cepat membiak dan agresif, spesies ini mempunyai kadar survival yang sangat tinggi malah mampu mengancam spesies ikan asal lantas menyebabkan ekosistem asal di sesetengah tempat terganggu.
Secara fizikal, morfologi luaran bagi bagi peacock bass bergantung kepada spesies dan peringkat tumbesarannya. Sesetengah peacock bass jantan mempunyai bonggol yang besar di bahagian kepalanya apabila mencapai peringkat matang. Bagi semua spesies peacock bass, dapat diperhatikan corak yang berlainan pada badannya.
Namun pada bahagian kaudal pedunkel iaitu sambungan badan dan ekornya, dapat dilihat kehadiran tompokan hitam bulat di situ. Ini merupakan tanda yang hadir pada kesemua spesies ikan ini. Bagi spesies Cichla acellaris, dapat diperhatikan morfologi luaran utama dari segi corak badannya iaitu terdapat dua corak vertikal memanjang.
Seterusnya di bahagian bawah berhampiran abdomen di bawah sirip pektoral, terdapat satu lagi corak barisan hitam. Kebanyakan spesies peacock bass boleh ditemui di kawasan air berarus dan air tenang dengan struktur seperti batu atau tumbuhan akuatik.
Selalunya ikan ini bergerak secara berkumpulan. Ikan ini merupakan pemangsa dan sangat agresif. Ia menjadikan ikan kecil malah sesetengah tidak segan untuk menyerang ikan yang bersaiz besar sebagai diet utamanya. Oleh kerana tabiat agresifnya, ikan ini tidak sesuai diternak kerana sifat pelahapnya.
Di Malaysia, ikan peacock bass telah dilabelkan sebagai ikan pendatang atau ikan alien. Dalam kontek sains, ikan ini dikira sebagai perosak yang berisiko tinggi kerana kehadiran ikan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekosistem asal.
Antara implikasi kehadiran ikan ini tanpa kawalan ialah kepupusan spesies asal ikan tempatan kerana persaingan untuk mendapatkan makanan dan habitat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, sifat ikan ini yang begitu agresif menjadikan ikan ini pemangsa kepadaq spesies ikan tempatan.
Walaupun spesies peacock bass merupakan spesies pendatang, nilainya dari sudut pancingan sukan memang tidak dapat dinafikan. Pemancing Malaysia sekarang ini rata-riti bersetuju bahawa perlawanan di hujung pancing dengan peacock bass sangat mengujakan. Sekali gus menimbulkan persoalan yang tidak terjawab apakah amalan tangkap dan lepas turut wajar dilakukan terhadap spesies peacock bass ini.
Di luar negara, spesies ini diangkat sebagai ikan trofi bagi pancingan ikan air tawar. Spesies C. temensis merupakan spesies yang mampu membesar sehingga panjang 99cm! Di Malaysia, selalunya kita dapat menjumpai spesies C. ocellaris yang juga berkualiti sebagai ikan sukan selain mampu membesar sehingga 74cm panjang.
Namun, dipercayai bukan spesies C.ocellaris saja menceroboh masuk berikutan spesies terbesar Cichla iaitu C.temensis sudah pun menjarah perairan kita.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...