Bluefin trevally atau bluefin kingfish merupakan satu spesies yang amat jarang diperoleh lewat masa kini.

Malah, menyebut nama tempatannya iaitu gerepoh sirip biru kedengaran janggal lantaran lebih dikenali dengan nama globalnya, bluefin trevally.

Sebaliknya ramai yang lebih lembut lidah untuk memanggilnya GT sirip biru.

 

Bentuk badannya agak berbeza dengan gerepoh biasa terutama warnanya. Ia memiliki asas warna biru berkilau pada semua sirip dorsal, badannya kebiruan dipenuhi bintik-bintik hitam kecil serata badan terutama pada bahagian atas.

 

Warna kebiruan akan pudar sedikit demi sedikit apabila mati mengikut tempoh ia mula mati.

Bahagian ekor seperti keluarga trevally lain, keras dan tajam seperti pisau. Muncung ikan ini lebih memanjang berbanding gerepoh mulut ke bawah.

Badannya lebih slim memanjang dari gerepoh tapi lebih dempak dari ikan cupak.

 

 

Ads

Gerepoh sirip biru ini gemar kepada kawasan yang berkarang, berterumbu dan lagun yang cetek.

Lokasi utama ialah terumbu karang dan kepulauan cincin yang kaya dengan flora dan fauna di dasar laut.

 

Kini lokasi ini terletak jauh dari penempatan manusia kerana itulah ancaman utama spesies ini jika berkongsi habitat di kawasan yang hampir dengan manusia.

Di Malaysia, boleh dikatakan ia masih banyak di sebelah Sabah terutama terumbu karang dari Lucornia hingga Pulau Layang-Layang.

Pulau Mabul lokasi berdekatan dengan Sipadan kini teruk menerima ancaman tangkapan berlebihan kerana ia berkeliaran di lokasi terlalu hampir dengan manusia.

 

 

Ads

Di semenanjung hanya Pulau Jarak dan Pulau Batu Putih masih di huni spesies ini. Tapi jumlah yang ditangkap oleh pemancing moden di kedua lokasi ini hanya boleh dihitung dengan jari.

Kawasan yang disebutkan adalah lingkungan utama ia memburu mangsa yang terdiri dari pelbagai jenis ikan sama ada sisik dan tidak bersisik, anak ikan dan krustesia.

 

Seperti mana ikan gerepoh aka GT ia akan menerkam mangsa dari kawasan dalam ke permukaan cetek.

Waktu lapang ia hanya berlegar di pertengahan air bermain sesama sendiri sebelum memburu mangsa secara berkelompok.

 

 

Ads

Bluefin trevally ini biasa ditemui secara berkumpulan gerepoh ini menyerang mangsa dari kawasan air dalam dan mampu mengharungi air secetek 2 kaki semata-mata menghambat anak ikan.

 

Tanpa segan silu kumpulan predator ini berpesta seperti yang lazimnya dilakukan semasa ketiadaan manusia berhampiran.

Bergerak dalam kelompok cukup banyak sehingga air sekitar seperti gelap, menampakan susuk badan jelas di air jernih sehingga terpukau memandangnya.

 

Taksonomi

 

Kingdom:Animalia
Phylum:Chordata
Class:Actinopterygii
Order:Perciformes
Family:Carangidae
Genus:Caranx
Species:
C. melampygus
Binomial name
Caranx melampygus

G. Cuvier, 1833

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI