Ikan tengas dengan nama umumnya copper mahseer adalah dari genus Neolissochilus (bukan dari spesies kelah dalam genus Tor) dengan nama ganus saintifik Neolissochilus,
juga dikenali sebagai Ikan kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae).
Taksonomi ikan tengas ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.
Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi.
Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies Neolissochilus soroides lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak di kawasan jeram yang tinggi di Semenanjung Malaysia.
Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di Perak, Pulau Pinang, Langkawi dan Kedah.
Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan ikan kelah (Tor tambra), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia.
Namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.
Ikan tengas mampu membesar sehingga 120 cm dan berat sehingga 11 kg. Ikan tengas dewasa mengawan di sungai dan sungai yang mengalir dengan sungai berbatu tengah-tengah sungai.
Mereka berhijrah ke hulu semasa musim pembiakan di mana pemijahan berlaku pada batu dan kerikil.
Pemijahan berlaku dari April hingga Oktober dengan puncak pada bulan Ogos hingga September.
Tengas jantan dikatakan mencapai kematangan pada saiz 9 cm. Daging dianggap lazat dan permintaan pasaran sangat bagus.
Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional
menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan.
Spesies-spesies dalam genus Neolissochilus
Year | Scientific Name | English Name | Distribution | Max. Length (cm) |
1999 | Neolissochilus baoshanensis | Asia | 17.4 SL | |
1936 | Neolissochilus benasi | Asia. | 17.4 SL | |
1940 | Neolissochilus blanci | Asia | ||
1870 | Neolissochilus blythii | Asia | 5 TL | |
1877 | Neolissochilus bovanicus | Bowany barb | Asia | 36 TL |
1870 | Neolissochilus compressus | Asia | ||
1878 | Neolissochilus dukai | Asia | ||
1940 | Neolissochilus hendersoni | Asia | ||
1999 | Neolissochilus heterostomus | Asia | 23.2 SL | |
1839 | Neolissochilus hexagonolepis | Copper mahseer | Asia | 120 TL |
1839 | Neolissochilus hexastichus | Asia | ||
1916 | Neolissochilus longipinnis | Asia | 47.5 TL | |
1969 | Neolissochilus namlenensis | Asia | ||
1893 | Neolissochilus nigrovittatus | Asia | 13 TL | |
1945 | Neolissochilus paucisquamatus | Asia | ||
1904 | Neolissochilus soroides | Asia | 45 TL | |
1845 | Neolissochilus spinulosus | Asia | ||
1870 | Neolissochilus stevensonii | Asia | ||
1871 | Neolissochilus stracheyi | Asia | 60 SL | |
2003 | Neolissochilus subterraneus | Asia | 22.5 SL | |
1916 | Neolissochilus sumatranus | Asia | 14.8 TL | |
1933 | Neolissochilus thienemanni | Asia | 21.1 TL | |
1937 | Neolissochilus tweediei | Asia | ||
1945 | Neolissochilus vittatus | Asia |
Taksonomi:
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Genus: Neolissochilus