Tachypleus gigas, juga dikenali dengan nama umum Indo-Pacific horseshoe crab, Indonesian horseshoe crab, Indian horseshoe crab, atau southern horseshoe crab, merupakan salah satu daripada spesies hidup dalam keluarga ketam.

 

Ia boleh ditemui di pesisir pantai di Asia Tenggara dan selatan pada kedalaman sehingga 40 meter.

Ia mampu membesar panjang termasuk ekor sehingga 50 cm dan dengan kelebaran cengkerang sehingga 26 cm.

 

Di Malaysia, ia dikenali sebagai belangkas. Apabila menyebut nama belangkas, mungkin ramai yang pernah pernah mendengarnya tetapi tidak ramai di antara kita yang mengenalinya.

Malah mungkin ada juga yang tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan makhluk laut ini. Belangkas atau nama saintifiknya Tachypleus gigas, merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan air payau.

Bentuk badannya yang bercengkerang dan dilihat seakan-akan kereta kebal mini yang berwarna kehijauan.

 

 

 

PENANGKAPAN BELANGKAS

 

Kebiasaannya, bagi nelayan di Malaysia, belangkas amat mudah ditangkap menggunakan jaring atau pukat yang dipasang memanjang di pesisiran pantai berpasir.

Apabila air mulai bergerak pasang, belangkas akan bergerak ke pesisir pantai dan dari situlah ia akan terperangkap di jaring yang dipasang merentasi pantai.

 

Ads

Tahukah anda, belangkas juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Caranya dengan memerhatikan kelompok buih di atas air (sepanjang gigi air).

Dengan cara ini, Ia memerlukan daya penglihatan yang tajam untuk menangkap spesies ini.

 

Kebiasaannya, belangkas akan diperolehi sepasang, iaitu jantan dan betina. Kebanyakan penangkap belangkas, hanya akan mengambil belangkas betina manakala jantan akan dilepaskan.

Ia disebabkan betina bersaiz lebih besar, lebih banyak isi dan mengandungi telur.

 

MAKANAN

 

 

 

Untuk menyiang belangkas ia memerlukan ketelitian kerana anda perlu membuang saluran najis hingga ke kantung perutnya yang berada di tengah-tengah anggota kakinya hingga ke dubur iaitu pangkal ekor tajamnya.

Ads

 

Ini kerana, bahagian tersebut mengandungi sejenis toksin yang boleh membuat pemakannya berasa mabuk dan pening kepala.

Untuk resipi, belangkas boleh dimasak asam pedas kering atau masak lemak cili api (salai terlebih dahulu).

Rasa isinya memang manis seperti isi ketam dan telurnya yang banyak dan rasanya seakan kuning telur asin yang menyelerakan.

 

UMPAN MEMANCING

 

 

 

Selain dijadikan masakan, belangkas juga amat popular di kalangan kaki pancing laut mahupun kolam kerana keupayaannya dijadikan umpan yang berkesan untuk memikat ikan.

Untuk pancingan laut, biasanya, pemancing akan menggunakan telur belangkas dan dikepal bersama mata kail untuk menjerat pelbagai jenis ikan.

Ads

 

Ia memang terbukti mampu menjinakkan spesies bersengat seperti sembilang, belukang dan duri.

Manakala untuk air tawar, belangkas dijadikan minyak belangkas yang dicampur bersama dedak atau pallet untuk menjerat rohu, patin, jelawat dan lampam.

 

 

 

TAKSONOMI

 

Kingdom : ANIMALIA

Phylum : ARTHROPODA

Class : MEROSTOMATA

Order : XIPHOSURA

Family : LIMULIDAE

Genus : TACHYPLEUS

Species : Tachypleus gigas (Müller, 1785)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI