Info Spesies: Kenali 15 Spesies Peacock Bass

Share

 

Tidak dapat dipastikan sudah berapa spesies ikan peacock bass terlepas ke sistem sungai dan perairan negara kita.

Sehingga kini kesan daripada penjarahan ikan pendatang ini belum dirasakan namun jika kesemua 15 spesies peacok bass ini dibebaskan, besar kemungkinan kita akan kehilangan spesies natif atau ikan tempatan.

 

Cichla nigromaculata

 

 

Spesies C. nigromaculata ini pula mempunya 5 garis menegak yang agak rapat di bahagian sisi badan di mana 3 garis lebih gelap dan 2 garis cerah diantara 3 garis gelap tersebut.

Selain itu ia tidak mempunyai tanda htam di bahagian operculum. Keseluruhan badan bewarna gelap, lapisan hijau keemasan dibawah dorsal hitam.

Sirip bahagian atas bewarna gelap manakala sirip di bahagian bawah agak kebiruan. Ia mampu membesar panjang sehingga 26.3cm sahaja.

 

Cichla jariina

 

Spesies C. jariina ini hampir sama dengan spesies C. temensis, pinima, thyrorus dan vazzoleri.

Spesimen yang dipelihara menunjukancorak pada operculum menyerupai Chicla temensis. Garis hitam mendatar yang bermula dari mata sehingga ke bahagian ekor.

3 garis gelap yang diwakili oleh barisan tompok hitam dengan garisan kuning keemasan di sekililing tompok tersebut. Ia mampu membesar sehingga 34cm.

 

Cichla melaniae

 

Spesies C. melaniae ini adalah spesies yang dikenal pasti oleh para pengkaji sekitar tahun 2006.

Spesies ini seakan serupa dengan C. mirianae kecuali tiada bintik kecil di bahagian kepala dan tompok hitam di bahagian tengah lateral.

Ia memaparkan 3 garis menegak yang agak menonjol warnanya dan terdapat kesan garis medial di antara ketiga tiga garis utama.

Juga terdapat banyak bintik bintik hitam dengan warna muda di tepi bertaburan di sisi badan. Ia mampu membesar panjang sehingga 36cm.

 

Cichla vazzoleri

 

Spesies ini hampir menyamai atau similar dengan spesies C. jariina, C. pinima, C. temensis, dan C. thyrorus dengan mempunyai 4 baris mendatar bintik-bintik cahaya sepanjang sisi badan pada spesiemen subdewasa dan betina dewasa.

Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 41cm.

 

Cichla pleiozona

 

Spesies C. pleiozona ini mempunyai garis keempat yang agak tipikal di bahagian caudal peduncle (bahagian antara badan dan ekor).

Ia juga tidak mempunyai bintik halus di bahagian sirip bawah. Mempunyai warna badan hijau zaitun, emas kekuningan dan bahagian perut bewarna putih. Spesies ini mampu membesar sehingga 44.2cm dan berat maksima 2.4kg.

 

Cichla thyrorus

 

Spesies C. thyrorus ini hampir menyamai spesies C. jariina, pinima, temensis dan vazzoleri.

Nama spesies ini berasal dari bahasa Greek ‘thyroros’ yang membawa makna penjaga pintu atau porter, merujuk kepada pengedaran geografi di Cachoeira Porteira, perkataan Portuguese porteira yang bermaksud pintu masuk atau pintu masuk.

Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 43cm.

 

Cichla piquiti

 

 

Spesies C. piquiti ini agak unik daripada kebanyakan spesies yang lain. Ia mempunyai 5 garis gelap menegak yang besar pada bahagian badan apabila dewasa.

Warna badan juga berbeza beza dari kelabu pucat kepada warna kekuningan. Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 48cm dan berat maksima 1.8kg.

 

Cichla kelberi

 

Spesies C. kelberi ini juga serupa menyerupai spesies C. monoculus dan C. pleizona di mana terdapat 3 garis gelap menegak yang jelas pada sisi badan dan tidak mempunyai tanda hitam di bahagian operculum.

Juga terdapat bintik kecil pada sirip pelvik yang membezakan ia dengan spesis yang lain. Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 51cm dan berat maksima 2kg.

 

Cichla pinima

 

 

Spesies C. pinima ini mempunyai 3 garis tegak gelap yang menonjol atau tompok hitam bagi spesimen dewasa. Juga terdapat tanda tanda hitam di bahagian operculum.

Ketika juvenil, ia mempunyai 4 atau lebih garis garis halus. Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 52cm.

 

Cichla mirianae

 

Spesies C. mirianae ini dapat dibezakan dengan spsies lain melalui 3 tompok hitam yang dikenali sebagai ccellated di sepanjang sisi badan dan tompok halus di sepanjang badan bermula dari pipi sehingga bahagian ekor.

Sama seperti Cichla melaniae cuma ia tiada garis hitam menegak. Namun spesies ini mampu membesar panjang sehingga 52cm.

 

Cichla intermerdia

 

 

Taburan spesies ini meluas di Amerika Selatan menerusi lembangan sungai Orinoco dan cabang-cabangnya, sungai Casiquire di Venezuela dan dipercayai sudah menjarah di Colombia.

Bagi corak, terdapat 8 garis hitam menegak di sepanjang sisi badan dan mempunyai jalur melintang di bahagian tengah badan.

Mempunyai warna hijau zaitun dan keemasan di bahagian sisi badan, manakala sirip pelvik berwarna kemerahan dan sirip dorsal pula berwarna kebiruan.

Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 55cm dan berat sehingga 3kg.

 

Cichla orinocencis

 

Spesies C. orinocencis ini mempunyai 3 bintik (ocelli) berbeza pada sisi badan. Terdapat warna yang seragam pada badan iaitu warna kuning terang keemasan dan warna hijau zaitun.

Spesis ini juga tidak mempunyai tanda gelap di bahagian operculum. Ia mampu membesar sehingga 61.7cm

dan berat maksima 6.2kg.

 

Cichla monoculus

 

 

Spesies C. monoculus memiliki garis menegak yang tidak panjang dan tidak melepasi garis panjang melintang yang bermula dari sirip Pectoral.

Pada bahagian operculum juga tidak terdapat tanda berwarna hitam. Warna kemerahan di bahagian bawah rahang muncul apabila musim bertelur dan untuk spesimen yang besar akan terdapat garis occipital (kepala).

Ia mampu membesar sehingga 70cm dan berat maksima 9kg.

 

Cichla ocellaris

 

Spesies C. ocellaris ini sedikit berbeza berbanding kebanyakan spesies Cichla lain. C. ocellaris ini mempunyai garis menegak pendek dan kadang-kadang mempunyai satu bintik ocellum yang berbeza di bawah sirip dorsal kedua.

Spesis ini juga tidak mempunyai tanda hitam di bahagian operculum. Ia mampu membesar panjang sehingga 74cm dan berat maksima 6.8kg.

 

Cichla temensis

 

 

Temensis merupakan spesis terbesar dalam keluarga peacock bass. Ia turut dikenali dengan nama umum speckled pavon dan merupakan spesies utama dalam keluarga ikan merak yang menjadi buruan pemancing.

Ia mampu membiak dengan baik dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Spesimen terbesar yang pernah dicatatkan ialah 99cm dan seberat 12.2kg!

 

Published by
Amang