Taburannya amat ketara dan boleh dijumpai hampir kesemua kawasan perairan negara terutama persisiran pantai yang berpulau. Ikan ini lebih popular dipanggil ketarap di Johor.
Kedua-dua spesies ini adalah dari jenis hidupan marin laut yang gemar tertumpu pada kawasan terumbu karang sama ada perairan cetek hinggalahyang lebih dalam.
Bayan jarang ditemui berlegar di kawasan terbuka yang berpasir jauh dari kawasan batu karang. Bayan adalah spesies yang tidak ganas dan tidak merbahaya kepada manusia.
Bayan bechok (wrasse)
Spesies bayan ini menjadikan seorang rakyat Malaysia telah berjaya mencipta rekod International Game Fishing Associasion (IGFA) pada April 1997.
Vincent Yeo berjaya memancing spesies maori wrasse atau lebih dikenali dengan panggilan napoleon berbadan hijau seberat 19.8 kg di kepulauan Seychelles.
Bayan wrasse ini mempunyai warna badan yang cantik dengan pelbagai bentuk dan saiz. Badan lebih memanjang dan tidak begitu gempal berbanding bayan parrotfish.
Mulut adalah sederhana besar dengan bibir yang tebal dan agak keras. Bergigi kapak dan besar di barisan hadapan serta gigi-gigi kecil di bahagian dalam yang berlapis.
Gigi kapak kebanyakannya menonjol keluar sedikit.
baca juga kenali ikan bertoksin
Sirip dorsal ikan bayan jenis ini agak memanjang manakala sirip ekor pelbagai bentuk dan corak warna. Sejumlah 20 jenis spesies bayan ini ditemui.
Warna juga berubah mengikut pembesaran dan perubahan pada jantina. Ikan bayan yang paling popular di kalangannya ialah bumphead atau napoleon yang mempunyai bonggol di atas bahagian kepala yang boleh membesar sehingga hampir 100kg.
Ia dipercayai adalah yang terbesar di kalangan keluarga bayan. Jenis kepala benjol ini mempunyai gigi kapak yang tajam dan mampu memutuskan tali pemancing dengan mudah.
Ia mengunakan kelebihan benjol di kepala untuk memecahkan cengkerang dan karang sebelum mengunakan gigi yang kuat untuk proses seterusnya.
Dikatakan banyak terdapat di Pulau Terumbu Layang-layang dan Sipadan di Sabah dan tidak merbahaya kepada penyelam. Malah penyelam biasanya senang dikelilingi oleh spesies ini.
Profil ringkas
Nama umum: Wrasse dan parrotfish
Nama Lain: Bechok, nuri-nuri, batu, ilahan, ketarap, kakak tua, tabok, tagih untung, nila-nila, perencong, kalat
Ciri Fizikal: Kedua-dua jenis keluarga bayan mempunyai kombinasi warna yang cantik dan gigi hadapan yang lebih besar dan menonjol keluar. Badan, corak warna saiz adalah pelbagai.
Diet: Hidupan sekitar batu karang seperti ketam,cengkerang, karang, sotong,udang dan anak ikan.
Habitat: Kawasan batu karang dan berpasir persisir pantai yang berbatu.
Taburan: Hampir seluruh Asia Pasifik, Laut Merah, Utara Afrika dan Australia hingga French Polynesia
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan