Ikan puyu atau nama saintifiknya Anabas testudineus, merupakan spesies ikan air tawar yang cukup terkenal di kalangan pemancing tempatan. Dari segi bahasa, Anabasis (Greek) dan Anabas (Latin) memberi maksud memanjat atau merangkak seterusnya membuatkan spesies ini digelar climbing gourami atau climbing perch. Sifat ikan ini juga bersesuaian dengan namanya di mana ikan ini mampu menggunakan sirip berdurinya dan insang untuk bergerak di atas permukaan tanah tanpa air.

Taburan speies A. testiduneus ini banyak tertumpu di Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Myanmar Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan asal spesies ini dan puyu menjadi spesies natif di lokasi yang disebutkan.

Di Malaysia, spesies ikan puyu boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Ikan puyu boleh ditemui di kawasan tali air dan juga sawah padi. Ikan ini juga mampu untuk terus hidup dalam keadaan air yang minima dan mempunyai kadar survival yang tinggi selagi insangnya dalam keadaan lembab. Pada musim kemarau, ikan puyu mampu menyembunyikan dirinya di dalam tanah untuk kelangsungan hidup dan akan tinggal di dalam lumpur sehingga musim hujan datang.

Info Spesies – Ikan Puyu 101

Ads

Ikan puyu mendiami sebahagian besar sistem perparitan dalam rangkaian atau lokasi natifnya. Menurut rekod, ikan puyu banyak ditemui dalam habitat pelbagai jenis termasuk paya, tasik, terusan, kolam, lubang-lubang kecil, sawah padi, anak sungai dan saluran sungai utama. Walaupun habitatnya banyak tertumpu di kawasan tanah rendah, spesies ikan air tawar ini juga boleh hadir dalam sesetengah persekitaran payau di sesetengah kawasan.

Semasa musim hujan, spesies puyu sering memasuki habitat di mana ia boleh terperangkap apabila air surut. Namun spesies ini mampu melakukan perjalanan di atas tanah untuk jarak beberapa ratus meter dengan syarat ia kekal lembap terutama di bahagian insang. Situasi ini berlaku bukan berdasarkan sifat asasnya, namun lebih kepada naluri untuk terus meneruskan kelangsungan hidup atau survival.

Info Spesies – Ikan Puyu 101
ikan puyu perlu dikendalikan dengan betul agar tidak terluka

Apabila bergerak di atas tanah pergerakannya sebenarnya agak perlahan dan kaku kerana ia menyokong dirinya dengan sirip dan opercles dada, kedua-duanya agak tebal, duri khas disesuaikan, sementara momentum ke hadapan hasil pergerakan sisi sirip kaudal dan posterior bahagian badan.

Ads

Bagi spesies ikan puyu, kebanyakannya mampu membesar sehingga panjang maksimum sekitar 12-14 cm. Jika dilihat, warna pada badannya mempunyai tona warna agak kehijauan dan belang vertikal dapat dilihat pada badannya walaupun tidak jelas ikan ini mempunyai sirip dorsal yang tajam serta operkulum yang tajam dan mampu membuat bukaan yang agak luas lantas memberikannya kelebihan untuk merangkak di daratan menerusi bukaan operkulum ini. Pada bahagian operkulum spesies ini, terdapat tompokan berwarna hitam berhampiran dengan sirip pektoral.

Info Spesies – Ikan Puyu 101
hasil pancingan ikan puyu

Sisik ikan puyu berbentuk ciliate scale. Spesies puyu ialah spesies maserba, iaitu makan apa sahaja termasuk daripada tumbuhan akuatik seperti alga. Selain itu, ikan puyu mampu menjadi pemangsa kepada anak ikan atau ikan-ikan kecil selain menjadikan invertebrata akuatik dan molluska sebagai diet utamanya.

Ads

 

Scientific classification
Kingdom:Animalia
Phylum:Chordata
Class:Actinopterygii
Order:Perciformes
Suborder:Anabantoidei
Family:Anabantidae

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI