Ikan blobfish atau nama saintifinya Psychrolutes marcidus adalah ikan laut dalam yang tergolong dalam keluarga Psychrolutidae.

Ia mendiami perairan laut di pantai Australia dan Tasmania, serta perairan New Zealand.

 

Ikan blobfish biasanya tidak mampu mencapai panjang melebihi 30 cm (12 inci). Mereka hidup di kedalaman antara 600 hingga 1,200 meterdi mana tekanannya adalah 60 hingga

120 kali ganda di paras laut, yang mungkin akan menjadikan pundi renangnya tidak berfungsi untuk mengekalkan keapungan.

 

Bentuk fizikal daging ikan ini amat berbeza dengan ikan lain kerana ia terdiri jisim gelatin di mana ketumpatannya sedikit kurang daripada air.

Perkara ini membolehkan ikan ini terapung di atas dasar laut tanpa mengeluarkan tenaga pada berenang.

 

Kekurangan relatifnya otot tidak merugikan kerana ia menelan bahan yang boleh dimakan yang mengapung di depannya seperti krustasia laut dalam.

 

 

 

Ads

Ikan yang pernah dinamakan sebagai ikan paling hodoh dan berwajah sedih di dunia, sememangnya memiliki reputasi sebagai haiwan yang sentiasa kelihatan sedih.

 

Kini, ekspresinya selari dengan nasib dirinya kerana saintis memberi amaran tindakan nelayan menggunakan pukat tunda di habitatnya di tenggara Australia bakal menyebabkan spesies ikan ini pupus.

 

Lebih menyedihkan, ikan ini tidak boleh dimakan tapi malang baginya kerana menetap di kawasan sama dalam dengan spesies idaman manusia, seperti ketam dan udang kara.

Pakar laut dalam, Profesor Callum Roberts dari Universiti York menyatakan, ikan ini berdepan pelbagai sekatan untuk hidup di sebarang kedalaman.

Roberts, penulis buku The Unnatural History of the Sea menerangkan, ikan itu mudah terperangkap di dalam pukat nelayan dan habitatnya hanya terhad di kawasan terbabit.

 

 

Ads

“Nelayan laut dalam Australia dan New Zealand antara paling aktif di dunia dan bagi ikan blobfish, kedalaman habitat semulajadinya amat berbahaya buat dirinya.

 

“Hakikatnya, pukat tunda bukan saja memusnahkan habitat blobfish tapi semua jenis habitat semulajadi lautan.

“Meskipun ada juga kawasan menjadi kawasan perlindungan di Laut Selatan, ia wujud bagi melindungi karangan laut, bukan blobfish.

“Sebelum ini, perikanan dilaksana secara keterlaluan pada kedalaman 200 meter dan kini ia beralih pula pada kedalaman ribuan meter.

“Pada 2006, pencinta alam semulajadi hampir-hampir berjaya memperoleh persetujuan terhadap penggunaan pukat tunda di laut dalam.

“Namun, Iceland menolaknya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa bertanggungjawab melindungi spesies laut dalam.

“Jika dikaji luas kawasan laut dalam yang sudah dikaji, ia hanya sebesar Paris. Kawasan lain masih belum dikaji tapi ia mungkin sudah musnah,” katanya. — (Sumber : Harian Metro)

 

Ads

 

 

Taksonomi

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinoptergyii

Order : Scorpaeniformes

Family : Psychrolutidae

Genus : Psychrolutes

Species : P. marcidus

Binomial name : Psychrolutes marcidus (McCulloch, 1926)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI