Haiwan unik ini mempunyai insang luaran, tiada kelopak mata seperti ikan serta bentuk seakan salamander.
Jarang sekali membesar lebih daripada 30 cm panjang, Axolotl merupakan salah satu haiwan unik namun diancam risiko kepupusan akibat pencemaran air dan menjadi mangsa spesies pendatang di Mexico.
Axolotl atau nama saintifiknya Ambystoma mexicanum sebenarnya merupakan amfibia dan merupakan salah satu spesies salamander yang tidak bermetamorfosis.
Oleh sebab itu haiwan ini mempunyai insang kekal dan hidup di kawasan akuatik seperti berudu namun tidak bermetamorfosis ke peringkat seterusnya.
Ads
Walaupun tidak membesar dan Axolotl merupakan haiwan neotonik, di mana mereka mampu mencapai peringkat kematangan dari seksual.
Pengkaji percaya ini merupakan mekanisma bagi Axolotl untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Ads
Hingga kini, risiko kepupusan Axolotl amat tinggi. Beberapa pihak mengambil langkah untuk mengelakkan Axolotl daripada pupus.
Contohnya Aquaria Fun Park di Austria telah membuat akuarium khas untuk Axolotl yang diambil dari Mexico untuk tatapan dan kesedaran pengunjung.
Ads
Insang luaran, bentuk seakan salamander, hidup di dalam air dan abiliti untuk tumbuh semula organ badannya.
Semuanya pasti cukup unik untuk menarik pengunjung melihat Axolotl ini, apatah lagi dengan rupanya yang seakan tersenyum!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Malaysia memang agak terkenal dengan banyak port memancing terbaik. Tetapi dalam asyik bercerita tentang port memancing Malaysia, apa kata kita ketahui juga port memancing terbaik luar negara.
Kali ini berminat untuk berkongsi kepada anda antara 7 port memancing yang unik di Amerika Syarikat:
Gates of the Arctic, Alaska
Merupakan kawasan yang terpencil di Amerika Utara. Boleh dikatakan tiada jalan yang boleh ditembusi untuk ke sini. Hanya dengan kapal terbang sahaja yang membolehkan anda menjejakkan kaki ke Gates of the Arctic ini.
Jadi, tidak hairanlah memancing di sini boleh dikatakan syurga buat kaki pancing kerana perairannya jarang disentuh. Tetapi harus diingat, kaki pancing yang berjiwa kental dan tahan lasak sahaja digalakkan memancing di sini kerana faham-faham sahajalah haiwan apa yang ada bila anda berada di kawasan terpencil sebegini.
Dry Tortugas, Florida
Ia terletak 70 batu jauhnya dari bahagian Barat Key West, Florida. Dry Tortugas National Park pada asalnya dibina untuk dijadikan pengkalan tentera laut bagi mengawal 7 pulau Taman Negara, namun ianya tergendala dan terus menjadi kawasan memancing terbaik yang didiami pelbagai spesis seperti kerapu, keluarga “snapper”, aji-aji, dan pelbagai lagi spesies ikan.
Crater Lake, Oregon
Merupakan salah satu tasik terjernih dan paling dalam di dunia iaitu dengan kedalaman hampir 2,000 kaki. Tasik ini terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi 7,700 tahun dahulu yang membentuk sebuah kawah besar. Jadi ianya memang satu pengalaman yang hebat jika anda dapat memancing di kawasan “mouth of volcano” ini.
Kenai Fjords, Alaska
Ia merupakan kawasan Taman Negara yang paling mudah di akses di Alaska. Apa yang menariknya Kenai Fjords ini merupakan kawasan yang menggabungkan ikan air tawar dan air masin di dalam satu tempat! Menarik bukan? Antara ikan yang mendiami kawasan ini termasuk dolly varden trout, halibut, rockfish, lingcod dan salmon.
Lassen Volcano, California
Taman Negara Lassen Volcanic ini terletak di bahagian California Utara dan ianya digelar `home to the largest plug dome volcano in the world’ yang mempunyai 6 kawasan memancing yang sangat popular.
Kaki pancing boleh memilih sama ada untuk memancing spesis trout di salah sebuah tasik iaitu Tasik Butte, Snag, Horseshoe atau Manzanita, ataupun, pemancing boleh menghabiskan masa seharian memancing di aliran terpencil di Kings Creek atau Grassy Swale Creek.
The Everglades, Florida
Meskipun kawasan ini mudah didekati kaki pancing, namun, ada sesuatu yang yang menjadikan ianya begitu istimewa. Ini kerana, biarpun mudah untuk datang ke sini, namun, ianya memerlukan bot bagi kaki pancing meneroka lubuk rahsia di sini.
Dengan menaiki bot, anda boleh menerokai banyak kawasan sungai-sungai kecil dan paya bakau di seluruh Everglades yang sudah semestinya didiami pelbagai spesis ikan popular. Namun, kawasan ini juga sangat terkenal dengan buaya!
Glacier National Park, Montana
Anda boleh memancing di sini sepanjang tahun dan tiada lesen diperlukan untuk memancing di sini, namun beberapa peraturan harus diikuti untuk memancing di sesetengah kawasan di sini.
Waktu terbaik memancing di Glacier National Park ialah pada hujung May hingga hujung November setiap tahun. Antara spesies ikan yang boleh dijadikan target termasuk cutthroat trout, northern pike, mountain whitefish, kokanee salmon, grayling, rainbow trout dan brook trout.
Masalah kemerosotan stok ikan di malaysia bahkan di dunia bukan lagi perkara baru untuk dengari.
Andai dapat dihitung keluhan kaki pancing mengenai isu kejatuhan stok ikan di malaysia pasti ramai yang akan sedar mengenai betapa seriusnya perkara ini.
Cubalah ditanya kepada otai-otai yang sudah lama menceburkan diri di dalam hobi memancing ini, pasti perkara sama juga akan diungkapkan oleh mereka.
Inilah antara perkara yang semakin dirisaukan oleh semua kaki pancing. Pergi memancing, tapi selalu kumpau, sebabnya ikan dah takde dan kurang.
Dengan ancaman lain di kalangan nelayan rakus, kaki bom, dan kaki tuba, semuanya lebih mendatangkan kesan.
Dan yang paling menarik sekali, ancaman daripada sejenis umat kaki pancing yang sama ada sedar atau tidak menggelarkan diri mereka kaki tapau.
Kaki tapau yang dimaksudkan ini ialah mereka yang sering mengaut atau bawa pulang semua hasil tangkapan yang mereka perolehi termasuklah dari saiz kecil hinggalah bersaiz kecil-kecil anak, malah yang bersaiz sebesar ibu jari juga mahu mereka bawa pulang.
Acap kali dilihat di laman sosial mengenai kewujudan golongan-golongan ini. Mereka seakan-akan tidak segan silu memuat naik gambar mereka bersama semua hasil
tangkapan yang boleh dikatakan tidaklah sebesar mana, namun seakan menunjuk-nunjuk lambakan ikan bersaiz curut yang mereka perolehi.
Bila diajukan soalan, “Kenapa tidak dilepaskan je ikan tu, kecil lagi tu?”
Lantas, dengan bangga pemancing itu menjawab, “Rezeki Tuhan nak bagi, kenapa nak tolak? Kalau tak ambil, itu tolak rezeki namanya. Lagipun kalau aku tak ambil ikan tu mesti ada orang lain yang kaut jugak!”
Memang benar rezeki jangan ditolak, tetapi tidak kah kita sedar bahawa, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang kaki pancing untuk bersama-sama menjaga kelestarian alam.
Antara jalan penyelesaian yang dapat kita pertimbangkan bersama, kenapa tidak mulai sekarang kita sebagai pemancing mula menetapkan had jumlah ikan yang perlu dibawa pulang.
Seelok-eloknya ikan yang bersaiz kecil serta ikan induk yang bertelur haruslah kita lepaskan kembali ke habitatnya.
Ikan air tawar, contohnya sebarau yang masih kecil, lepaskanlah semula. Jika ia ikan betina dan nampak sedang bertelur, apa salahnya lepaskan semula dan biarlah ia menetaskan dahulu benih-benihnya. Begitu jugalah dengan udang galah dan ikan-ikan lain.
Setidak-tidaknya amalkanlah konsep bag limit, iaitu ambil jika benar-benar hendak makan sahaja bukan bawa pulang semua hasil tangkapan.
Walaupun ada di antara kita yang kurang pasti sama ada ikan yang dilepaskan itu mampu survive atau tidak, tetapi ketahuilah, ia pasti akan mati jika anda tidak melepaskannya kembali ke habitat asal.
Diharapkan, dengan cara ini, ada juga sesuatu yang dapat anda sumbangkan kepada generasi akan datang.
Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dilakukan oleh kaki pancing yang ada pada hari ini akan selamatlah stok ikan-ikan kita daripada diambang kepupusan selain untuk kesinambungan generasi di masa akan datang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...