Persoalan ini sering bermain di benak fikiran kita. Sama seperti manusia, adakah ikan juga boleh tidur? Jawapannya, YA!
Tetapi tidak seperti manusia dan mamalia lain, cara ikan tidur dan merehatkan diri adalah berbeza sama sekali.
Ini kerana ikan tidak mempunyai kelopak mata (kecuali jerung) sama seperti manusia dan mamalia lain.
Dikatakan, sewaktu ikan tidur, ia tidaklah benar-benar terlelap, tetapi sebaliknya ia tidur dalam keadaan separa sedar.
Ads
Ini kerana ia harus sentiasa berwaspada dengan pemangsa yang mungkin akan menyerang hendap secara tiba-tiba.
Dalam soal ikan tidur ini, ada pelbagai cara yang menunjukkan ikan sedang tidur atau merehatkan diri.
Ads
Ada yang tidur sambil berenang perlahan-lahan, ada yang berada dalam keadaan diam dan kaku, ada yang berada dalam posisi seperti mati, dan ada juga yang bersembunyi di batu, dalam pasir dan di karang.
Namun, bagi ikan bayan (parrotfish) cara tidurnya amat menarik sekali. Ini kerana ia boleh menghasilkan sejenis ‘mukus’ untuk dijadikan sebagai tempat tidur.
Ads
Mukus tersebut akan membaluti tubuh ikan bayan ini dan secara tidak langsung ia membantu untuk mengelak daripada serangan pemangsa lain.
Ikan bayan diliputi mukus ketika tidur
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terdapat 4 ciri air laut yang melibatkan pergerakan arus yang mempengaruhi sesi pemancing yang perlu diketahui oleh pemancing.
Air Besar
Air besar bermaksud keadaan di laut yang mana air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh. Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula.
Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing muara. Ketika air mula tinggi spesies ikan tetanda dan gelama adalah spesies yang biasa menghuninya.
Kebanyakannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies seperti ikan sembilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai.
Kebanyakan ikan pari kecil di bawah 2kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.
Air Mati
Air mati (tidak berarus) bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan dijatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut.
Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Ketika ini ikan buntal dan sesirat adalah yang paling banyak mengganggu.
Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan alu lebih ke tengah laut. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting.
Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tetanda dan siakap yang bergerak ke dalam anak sungai.
Air Menyorong Kecil
Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan akan mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing.
Kebiasaannya pada waktu ini sesuai untuk memburu spesies kurau, senangin dan jenahak di kawasan dermaga dan kawasan dalam yang lain.
Air Menyorong Besar
Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus.
Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga. Nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesies Ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang.
Dalam erti kata lain, ketika ini jugalah pemancing perlu keluar untuk memancing senangin.
Nota tambahan:
Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil kerana ia juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran.
Pada suatu ketika, ikan bandang lazimnya dipancing atau diperoleh secara tidak sengaja ketika sedang memancing spesies lain seperti siakap atau spesies di estuari atau pesisir pantai.
Justeru ketika itu ia dianggap sebagai spesies pengacau namun disebabkan kekuatan luar biasa, kelajuan dan tindakan akrobatik yang mengagumkan, ia mula menjadi spesies sasaran khususnya dalam aktiviti sukan memancing. Sekali gus menjadikan ikan bandang sebagai ikan sukan atau game fish.
Apa yang menjadi satu keterujaan bagi pemancing ialah tindak balas ikan bandang apabila terkena mata kail. Ikan bandang akan menjadi begitu agresif dengan melakukan lompatan ke udara atau aksi akrobatik.
Larian atau pecutannya begitu bertenaga dan akan mendatangkan masalah kepada pemancing untuk mengekalkan mata kail yang tertancap pada mulutnya. Kegagalan meregangkan tali pancing akan berakhir dengan kemenangan kepada spesies ini.
Ikan bandang amat aktif memburu makanan dan akan menyambar apa saja umpan yang menyerupai diet makanan dan boleh dipancing tanpa mengira status kepakaran seseorang memancing. Malah kanak-kanak juga boleh memancing bandang tanpa sebarang masalah.
Lazimnya ikan ini akan mencari secara kawanan atau berkumpulan. Aktiviti pemburuan ini dapat disaksikan di permukaan air sama ada menerusi impak serangannya atau kehadiran burung-burung pemakan ikan. Justeru, apabila bertemu dengan situasi maka peluang untuk memancing dan peratusan mendaratkan ikan bandang agak tinggi.
Apabila bertemu dengan situasi tersebut maka penggunaan umpan tiruan atau gewang amat praktikal. Gewang yang disarankan adalah gewang permukaan. Ketepatan balingan gewang permukaan di radius ikan bandang mendidih atau boiling itu adalah penting.
Begitu juga dengan saiz gewang permukaan yang digunakan. Paling efektif ialah gewang permukaan bersaiz kecil hampir menyamai skala mangsa yang dikerjakan oleh bandang.
Penggunaan gewang selaman turut efektif berikutan bandang lazimnya bergerak pada aras sub permukaan air. Manakala warna gewang yang disyorkan adalah kombinasi warna perak dan putih yang berkilau (berkilat). Karauan pantas dengan kepelbagaian aksi renangan bakal mencetuskan hasil yang menakjubkan.
Ikan bandang sering kali sukar tertancap kukuh pada mata kail berikutan rahangnya yang agak keras. Apabila terkena mata kail pula lazimnya bandang akan berhempas pulas dengan tindakan agresif di udara untuk cuba memuntahkan mata atau memutuskan perambut.
Justeru perambut harus dipantau pada setiap kali sambaran yang berlaku. Walaupun sukar untuk mengena atau hook up tetapi ikan bandang tidak serik untuk menyerang lagi berkali-kali.
Apa yang terlintas di fikiran anda sekiranya terlihat seseorang itu dengan penampilan berambut panjang, berseluar jean ketat, t-shirt bergrafikkan kumpulan muzik dan berjaket denim?
Saya percaya ramai yang akan melabelnya seorang ahli kumpulan rock atau sekurang-kurangnya ialah peminat rock.
Begitu juga dengan pemancing atau angler. Mereka ada identiti atau penampilan tersendiri yang melambangkan mereka adalah seorang pemancing. Dan mereka berbangga dengan imej tersendiri itu.
➡ Tengok kenderaan yang digunakan.
Jika ada sticker jenama atau produk peralatan memancing tertampal pada cermin atau badan kenderaan, sahlah beliau seorang kaki pancing.
➡ Tengok keychain
Kalau kenderaannya tak bersticker, tengok pula keychain yang digunakannya. Lazimnya pemancing tegar khususnya peminat casting akan menggantung gewang pada keychainnya.
➡ Berpakaian outdoor
Peminat sukan memancing (yang berduit) lazimnya akan mengenakan pakaian outdoor berjenama yang terkenal dengan aktiviti memancing.
➡ Picture profile
Jika di media sosial contohnya di facebook pula cukup mudah untuk mengetahui seseorang itu adalah kaki pancing kerana lazimnya mereka akan letakkan posing bersama ikan sebagai picture profile mereka.
➡ T-shirt event
Jika tidak berpakaian outdoor, tshirt atau topi berjenama produk alatan memancing juga sering dipakai pemancing. Begitu juga dengan t-shirt kejohanan memancing yang disertainya.
➡ Ngeteh
Pemancing ni gemar ngeteh di kedai-kedai mamak. Kalau terlihat sekumpulan lelaki lepak-lepak di kedai mamak dan kedengaran bercerita pasal aktiviti memancing, memang sah la mereka adalah kaki pancing.
➡ Kulit terbakar
Berkulit hitam atau rentung… Walaupun bukanlah satu fakta yang tepat, lazimnya tidak ada pemancing tegar yang berkulit halus dan putih gebu.
Kebanyakannya macam hangus kerana banyak berjemur di tengah panas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...