Info Profil Ikan Belitong

Share

 

Sekarang ini ramai yang dah kenal ikan belitong atau nama Inggeris ialah dorado.  Di Indonesia ia dikenali sebagai lemadang, mahi-mahi di Hawaii, dolphin di Florida, yang diberi liputan meluas dan sering terpampang di dada majalah dan akhbar.

 

Ikan belitong mekiliki badan leper memanjang, lebar di bahagian kepala dan menirus hingga ke ekor. Sirip dorsal memanjang hampir ke sirip kaudal.

Manakala sirip pelvik bersambung dengan sirip anal. Ekor tirus memanjang dan bercabang. Dietnya terdiri dari ikan-ikan pelagic, sotong serta udang.

baca juga profil ikan patin terbesar

 

 

Spesies jantan dan betina berlainan serta kombinasi warna badan mengikut usia spesies ini.

Belitong jantan mempunyai kepala yang agak membonjol sedikit jika dibandingkan dengan spesies betina. Sirip Dorsal belitong jantan agak rapat di bahagian kepala spesies betina.

 

Spesies ini adalah salah satu spesies yang mempunyai kombinasi warna badan yang cantik terutama apabila dilihat dibawah air.

Warnanya akan pudar dengan cepat apabila berada di lantai bot. Semakin besar spesies semakin cantik kombinasi warna.

 

 

Sekalipun badan kelihatan leper, belitong berkeupayaan membuka luas mulutnya kira-kira 3/4 dari lebar bahagian kepala.

Barisan gigi tajam dan halus mampu mencengkam mangsa dengan mudah ddan tidak boleh terlepas lagi.

 

Ia dilaporkan mampu membesar sehingga 126cm untuk si jantan dan 112cm untuk betina dengan lingkungan berat sehingga 40kg.

Di negara kita saiz purata belitong yang dipancing sekitar 50cm hingga 100 cm dengan purata berat di antara 2 kg hingga 18 kg.

baca juga info profil ikan alu-alu

 

 

Sesuai dengan sifat yang suka memburu kawanan ikan pelagik, ia mudah ditemui di kawasan unjam di mana ada kawanan anak ikan bermain.

Jika kawasan perairan negara dipenuhi dengan unjam buatan, nescaya jumlah spesies yang cantik ini akan bertambah.

 

Ikan ini aktif pada waktu dinihari dan jarang dipancing pada masa gelap. Di pantai timur terutama gugusan pulau Terengganu, Pahang dan Johor, musim yang paling banyak belitong ialah diantara Mac hingga Julai.

Paling baik sebaik saja musim tengkujuh berakhir di mana kawanan ikan ini akan lebih rapat ke pantai.

 

 

Belitong mempunyai struktur daging yang agak liat berbanding pemburu ikan pelagik yang lain. Rasanya agak tawar sedikit.

Oleh kerana lapisan kulit luar yang tebal dan liat, kebanyakan pengemar belitong mengambil isinya sebagai hidangan.

 

 

Di Hawaii spesies ini menjadi pilihan pengusaha hotel sebagai hidangan istimewa. Ia dimasak secara grill atau goreng dengan mentega, lada hitam dan sedikit garam.

Masyarakat Cina suka stim dan goreng isi yang di potong nipis-nipis dan dicelup dengan telur.

Di negara kita ia dijual sebagai ikan basah dengan permintaan yang kurang berbanding lain-lain tempat. Paling diminati oleh kebanyakan pengemar spesies ini ialah dikeringkan dan ‘dikeraskan’ sebagai bahan hiasan pada ruang tamu atau kedai pancing.

 

baca juga profil ikan merah suman

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang