Info Padang Pancing – Sejarah & Mitos Kg. Beng!!

Share

 

Kampung Beng yang terletak di Mukim Durian Pipit adalah sebuah perkampungan tradisional terletak di pinggir Tasik Chenderoh.

Perkampungan ini berada di pinggir Hutan Simpan Piah dan pergunungan Piah serta di pertengahan Banjaran Titiwangsa yang terdapat Hutan Simpan Bintang Hijau.

 

 

Kampung Beng terdiri dari 6 buah perkampungan kecil iaitu Kampung Durian Lubuk, Kampung Beng Dalam, Kampung Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau dan Kampung Batu Ring.

Rata-rata penghuni Kampung Beng terdiri dari kalangan warga emas dan kebanyakannya adalah saudara mara.

Uniknya, kehidupan damai penduduk di kedua-dua perkampungan ini dan kuat berpegang amalan tradisional termasuk berulang-alik dengan menggunakan sampan atau rakit sebelum ini amat sinonim.

 

Jarak kampung ini dari Ipoh adalah kira-kira 60 kilometer, manakala dari Kuala Kangsar 35kilometer serta mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke sini.

Keindahan dan keunikan Homestay (rumah inap) Kampung Beng menjadikan penginapan desa ini popular di kalangan penerbit filem untuk dijadikan lokasi penggambaran filem dan iklan.

Antara filem popular antarabangsa yang pernah menjalani penggambaran di sini adalah seperti “Anna And The King”.

 

Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini penduduknya sudah menggunakan bot bagi mempercepatkan perjalanan bukan saja untuk berulang-alik antara kedua kampung

berkenaan tetapi juga bagi pelbagai aktiviti harian mereka seperti ke kebun untuk menoreh getah, menjadi nelayan tasik, berkebun sayur, ke ladang ternakan lembu dan rusa serta ada yang menternak ikan dalam sangkar.

 

 

Bagi yang gemar memancing, sudah tentu pelbagai spesies ikan terutama bernilai tinggi seperti tengalan, kerai, kelah, sebarau, baung, lampan jawa dan patin selain spesies ikan kecil lain yang sering dijadikan pekasam oleh penduduk kampung mudah ditangkap.

 

Tasik Beng yang bersambung dengan Sungai Perak sering dikunjungi pelancong termasuk dari luar negara yang menginap secara ‘homestay’ disediakan penduduk sekitar Tasik Beng dan Tasik Raban berhampiran.

 

Menghirup udara segar di pengkalan Tasik Beng di depan Sekolah Kebangsaan Beng (SK Beng) sambil menyaksikan panorama keindahan bukit-bukau dan Tasik Beng semula jadi sudah cukup menenangkan fikiran.

Jika mahu meronda di tasik yang tenang air khususnya antara Kampung Beng dan Kampung Batu Ring, terdapat banyak bot sewa disediakan penduduk. Ia pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Published by
Amang