“Lebahhhhhh!”

Bila salah seorang dari ahli trip treking atau meranduk di sungai hutan pergunungan menjerit sedemikian, bermakna ia sudah terlewat.

Kalau bertembung dengan beberapa ekor saja lebah, sudah tentu tidak menimbulkan sebarang masalah.

Tapi bagaimana sekiranya terserempak dengan gerombolan ribuan lebah dan tiada tempat sesuai untuk menyelamatkan diri?

 

Oleh yang demikian, sebelum sertai mana trip trekking mencari kelah atau sebarau di hutan sungai pergunungan, serba sedikit ilmu tentang lebah perlu korang pelajari supaya tidak bertembung atau menjadi punca tarikan lebah-lebah tersebut.

 

Elak Serangan Lebah 

Ads

 

  • Elakkan dari memakai wangi-wangian, seperti bedak talkum, minyak wangi, sabun mandi, shampu rambut dan minyak rambut wangi, ini kerana bau-bauan ini akan menarik minat lebah kerana ia akan menganggap bauan yang anda pakai adalah bauan bunga.

 

  • Elakkan daripada menjalani aktiviti perkhemahan anda sekitar bulan Mei hingga Julai, ini kerana pada bulan itu berlaku musim bunga di beberapa kawasan hutan di Malaysia. Lebah amat aktif pada musim bunga, dan mereka boleh bertindak dengan agresif.

 

  • Jangan berkhemah dekat dengan sarang lebah. Ini kerana semasa berkhemah, sudah pasti kita akan membuat unggun api dan bimbang lebah akan menganggap kita sebagai ancaman sekiranya kita kerap kali melalui bahagian sarangnya atau mungkin juga kita dianggap beruang madu yang merupakan musuh utama lebah.

 

  • Elak membunuh lebah-lebah yang hinggap di kawasan perkhemahan anda, kerana lebah yang dibunuh akan mengeluarkan sejenis sebatian berbau yang akan dijadikan penjejak kepada kawanan lebah. Jika ini berlaku, anda mungkin akan diserang.

 

Cara Mengesan Kediaman Lebah

Ads

 

  • Terdapat banyak tumbuhan berbunga. Cara paling selamat, jangan masuk hutan time ni.
  • Bunyi-bunyi dengungan lebah terbang.
  • Berbau wangi, bau madu. Kalau ada bau macam ni jangan takut nak menegur supaya rakan lain juga menyedarinya.
  • Pokok-pokok tinggi yang mempunyai dahan yang besar dan keras. Contoh pokok tualang.
  • Terdapat kawanan kecil lebah berterbangan.
  • Kehadiran sarang yang aktif.
  • Lereng-lereng bukit yang curam dan tinggi.
  • Puncak bukit.

 

Apa nak buat jika diserang lebah?

 

  • Terjun ke dalam air dan cuba selam seberapa lama yang boleh.

 

Ads
  • Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan bertambah lebih teruk.

 

  • Jangan membatukan diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri

 

  • Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.

 

  • Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit,kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.

 

  • Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.

 

  • Rebahkan diri ke atas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda.

 

  • Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI