Ilmu Mengail Di Kelong & Rakit Yang Wajib Dipelajari!!

Share

 

Bagi memastikan tangkapan yang berpanjangan, ada pemancing membawa pelbagai jenis umpan seperti pumpun (pumpun sarung, pumpun pasir atau ruat bakau), udang segar, ikan kembung atau selayang, roti untuk pancingan spesies tamok dan sebagainya.

 

Bagi pemancing yang hardcore, mereka sanggup berabis modal utk membawa umpan hidup, seperti udang hidup, ikan mas, cengkerik dan sebagainya bagi mendapatkan spesies-spesies tertentu (kebiasaannya umpan begini mendatangkan hasil yang lumayan).

 

 

Sebaiknya pilih waktu arus bergerak kerana jika air tak berarus, pemancing tak rasai getaran getuan ikan, tiba-tiba umpan abis. Carilah keadaan air yg berarus, kerana arus pasang surut air bergantung kepada aktif ikan lalu lalang atau juga yang menjadi penghuni tetap unjam dan tukun buatan di persekitaran kelong atau rakit.

 

 

Jangan menggunakan mata kail terlalu besar kerana target ikan yang besar-besar. Jika mendapat ikan mega boleh dikatakan sebagai bonus kepada pemancing. Cukuplah sekadar menggunakan matakail kecil jenis carbon saiz 4 hingga 8, kerana jenis carbon matanya tajam mudah lekat ke mulut ikan serta kuat tidak meluruskan mata kail jika ikan besar ragut.

 

Penggunaan perambut 2 mata kail atas bawah lebih efektif digunakan. Tak perlu perambut panjang panjang seperti memancing di laut dalam. Cukup sekadar sejengkal lebih sahaja. Perambut ni sesuai untuk semua keadaan arus. Perambut 2 mata kail ni, pemancing boleh buat sendiri dan lebih efektif kekuatannya dan menjimatkan.

 

 

Perambut 2 mata kail disepadankan dengan batu ladung mati, ikut kesesuaian keadaan air. Sementara batu ladung hidup pula sesuai utk keadaan air berarus sederhana iaitu utk umpan hidup,atau air pasang besar.

 

Penggunaan tali utama cukup sekadar 15lb hingga 30lb atau tali sulam mengikut kekuatan yg dikehendaki. Kerana jika spesies spt tamok, di mana ia begitu sensitif dengan ketebalan tali, semakin halus tali tu semakin cerah untuk mendaratkan spesies tersebut.

 

 

Pelajarilah teknik ikatan yang betul kerana ikatan memainkan peranan bagi pendaratan ikan. Jangan pula nanti joran melengkung, loceng berbunyi dan drag menjerit,..baru pertengahan pertarungan sudah tewas! Disebabkan terlucut simpulan, ikatan yang tak kemas. Pasti berputih mata, tepuk dahi dan tak tidur malam dibuatnya akibat kekesalan.

 

Kebiasaannya jika air besar spesies tamban, selar, talang dan gelama banyak di sekitar rakit atau kelong. Penggunaan Apollo bersaiz 9-11 harus sentiasa tersimpan dalam tool box. Satu joran pasang apollo letak umpan udang kopek yang dipotong kecil. InsyaAllah penuhlah tong ais tu nanti.

 

 

Published by
Amang