Sama ada pengusaha kolam pancing air tawar atau kaki kolam, sedikit sebanyak ilmu kolam ini korang perlu ambil tahu.
Jika pemancing lemas di kolam itu perkara lumrah. Tetapi, tau ke korang bahawa ikan pun boleh lemas di dalam kolam!
Apabila ikan lemas maka peluang ia untuk hidup apatah lagi untuk memakan umpan yang digunakan oleh pemancing amat tipis sekali.
➡ Kurang oksigen
Saiz kolam yang kecil dan tiada kincir udara antara menjadi penyumbang kepada masalah kekurangan oksigen.
➡ Air terlalu kotor dan berbau
Antara sebab kenapa umpan berasaskan minyak dan umpan organik seperti usus haiwan dilarang penggunaannya di kebanyakan kolam pancing.
Terutamanya kolam yang tiada saliran air keluar masuk yang baik.
➡ Lebihan makanan dan bahan perkumuhan
Timbunan umpan seperti dedak dan pelet serta najis yang dilepaskan oleh ikan juga boleh menyebabkan ikan menjadi lemas.
➡ Kandungan ammonia yang tinggi
Bekas lombong tinggal atau lombong yang pernah menjadi pusat pembuangan sampah merupakan tapak yang tidak sesuai dijadikan kolam memancing.
Kandungan toksik itu umpama racun yang akan membunuh ikan secara perlahan-lahan.
➡ Ikan terlalu padat
Stok ikan yang berkurangan akan membuatkan kolam menjadi krik-krik… stok ikan yang berlebihan pula akan membuatkan ikan pula yang menjadi krik-krik.
➡ Persaingan dapatkan oksigen
Apabila jumlah ikan yang agak padat dan sistem pengudaraan yang kurang bagus maka akan menyebabkan ikan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan oksigen.
➡ Pengurusan tidak sistematik
Pokok pangkalnya terletak kepada pihak pengurusan kolam untuk menjamin kualiti dan kesihatan ikan yang mereka tawarkan untuk pemancing.
Sekiranya pandai menguruskan survival ikan maka akan kekal sihat untuk dipancing oleh pemancing.