Ilmu Casting Siakap Kolam Oleh Otai Kolam Air Masin

Share

 

Cara Casting Siakap Udang Kopek

 

Teknik ini yang selalu aku amalkan ketika mula-mula belajar cara memancing ikan siakap kolam. Masa mula-mula belajar memancing ikan siakap kolam ni aku asyik terlepas je ikan siakap sebab tak tau masa mana nak bagi tali pada ikan bawa lari umpan, bila masa nak sentap dan bagaimana nak cari ikan siakap kat kolam.

 

Jadi aku kawan la dengan otai-otai kolam ikan siakap, belanja minum, belanja rokok lama-lama dapat la panduan berguna cara memancing ikan siakap kolam.

 

 

Yang paling best teknik casting ikan siakap kolam ni masa ikan siakap ambil umpan, terasa meremang bulu roma. Jangan terus sentap, bagi tali biar ikan siakap bawa lari umpan dan telan udang kopek dulu dalam 20-30saat. Lepas tu pastikan tali utama joran anda tegang baru sentap.

 

Ini kerana Ikan siakap tidak terus menelan umpan cuma kepit di mulut sahaja selang beberapa saat barulah ikan siakap menelan umpan udang kopek tersebut. Panjang perambut cara casting ikan siakap kolam yang selalu saya guna pakai ialah antara sejengkal sehingga sehasta dan diletak batu ladung kecil dan juga manik kecil berwarna.

 

 

Saya jarang guna teknik casting guna udang hidup kerana malas nak membeli atau mencari udang hidup. Guna udang kopek ni senang nak beli, ada kat pasar, pasaraya dan kat tepi jalan pun ada jual. Harganya lebih murah berbanding menggunakan udang hidup.

 

Di samping itu udang hidup ni mahal sikit, lebih kurang RM1 seekor. Lagipun nikmat cara memancing ikan siakap kolam ini lebih kepada teknik casting. Kalau cara casting ikan siakap kolam menggunakan gewang atau lures pulak, jarang kolam berbayar ikan siakap air masin membenarkan pemancing menggunakan gewang atau lures. Biasanya kolam air masin jenis pancing dan lepas saja yang membenarkan cara memancing ikan siakap menggunakan gewang atau lures.

 

 

Menggunakan udang hidup dalam cara memancing ikan siakap kolam saya selalu guna pelampung dan juga teknik casting secara perlahan. Mula-mula saya gunakan dahulu teknik casting slow menggunakan umpan udang hidup dah lama sikit baru gunakan pelampong pula. Bukan apa, teknik casting ikan siakap ni meletihkan bahu , kaki dan tangan juga.

 

Mungkin sesetengah pemancing menggunakan umpan anak ikan belanak, pisang ataupun anak ikan lampam dan juga hirisan ikan selayan ataupun ikan tamban. Terpulanglah pada kesukaan dan juga cara memancing ikan siakap kolam yang anda amalkan atau praktikkan.

 

 

Kecerdasan ikan siakap di kolam juga memainkan peranan dalam cara memancing ikan siakap kolam. Memancing ikan siakap kolam juga anda perlu mencari port terbaik ikan siakap berkumpul. Port-port ikan siakap kolam juga juga sentiasa berubah setiap hari bergantung kepada tahap kualiti air kolam, cuaca dan kecergasan siakap itu sendiri.

 

Published by
Amang