Nama : Syaharul Izuandi B Jamil

Nama sosmed : DDnology Izuandi

Status : Tekong

 

UMPAN : Sejak bila anda menjadi tekong dan apa pekerjaan sebelum?

TEKONG DD : Sebelum menjadi tekong, banyak jenis pekerjaan yang saya lakukan. Pekerjaan terakhir sebelum menjadi tekong sepenuh masa ialah di airport cargo company Kline sebagai operation dan account.

Minat untuk menjadi tekong mungkin dipengaruhi oleh genetik. Ayah saya, Jamil bin Ismail juga seorang tekong yang membawa pemancing pada setiap hujung minggu.

 

IKON : Tekong – Tekong Turun Temurun!!

 

Pada awalnya saya tak ikut ayah ke laut. Apabila mula kerap mengikut ayah menjadi awak-awak, minat itu perlahan-lahan timbul dalam diri.

Dari menjadi awak-awak inilah saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang tekong dari ayah saya.

 

Kemudian secara perlahan-lahan saya mula menjadi tekong. Pada awalnya saya sekadar menjadi tekong kepada rakan-rakan.

Kemudian saya belajar ambil trip untuk hujung minggu saja kerana pada hari biasa saya bekerja. Lama-kelamaan banyak pula permintaan dari customer untuk booking pada hari biasa.

Pada 2010 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi tekong sepenuh masa.

 

Ads

IKON : Tekong – Tekong Turun Temurun!!

 

UMPAN : Apa kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang tekong.

TEKONG DD : Bila melibatkan servis maka banyak perkara yang perlu ada pada seseorang tekong. Paling utama tentulah kesabaran.

Kalau kurang sabar memang tidak boleh menjadi tekong. Selain itu perlulah ada budi bicara, tepat pada janji dan masa.

Pengalaman sebagai nelayan juga penting kerana dari sinilah dapat belajar soal pasang surut air dan tahu arah angin.

 

IKON : Tekong – Tekong Turun Temurun!!

 

UMPAN : Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

Cabaran dan rintangan setiap tekong tentu saja berkaitan dengan cuaca dalam alam semula jadi.

Ads

Selain itu cabaran yang paling sukar adalah untuk mencari port untuk memancing bagi memuaskan hati customer.

Ikan ni memang susah nak diduga. Kelmarin bukan main banyak lagi kat port, esok pergi seekor pun dah tak ada.

 

IKON : Tekong – Tekong Turun Temurun!!

 

Harapan saya kalau setiap hari biarlah cuaca baik dan pemancing pun dapat memancing dengan selesa dan banyak dapat ikan.

Saya berharap juga para customer menjaga keselamatan diri. Jangan bergantung kepada tekong saja untuk menjaga keselamatan diri.

 

IKON : Tekong – Tekong Turun Temurun!!

 

UMPAN : Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit manis menjadi tekong?

Ads

TEKONG DD : Macam-macam pengalaman pahit manis ada. Ada rod customer terjun dalam air… ikan strike kot badan… customer semua mabuk.

Tekong terjun selamatkan ikan… bot enjin rosak dan hanyut sampai 2 jam. Dah sampai port memancing, umpan pulak tertinggal. Kena jackpot bila ikan sangkar pecah dan macam-macam lagi.

 

IKON : Tekong – Tekong Turun Temurun!!

 

 ➡ Pakej servis :

 

Jeti : Jeti nelayan Sungai Changkat, Nibong Tebal.

Saiz bot : Bot 1 (27 x 7.8 kaki) / Bot 2 (25 x 7.4 kaki)

Harga sewa bot : Rm350

Masa memancing : 8.00 pagi – 6.00 petang

Lokasi memancing : Sekitar sangkar Sungai Udang, Pulau Pinang.

Kapasiti bot : 6 pemancing

 

IKON : Tekong – Tekong Turun Temurun!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI