Nama penuh: Baharun bin Omar

Nama FB: Siam Kenyir

Usia: 50 tahun

Produk: Boathouse TKP 27

 

UMPAN: Sejak bila anda terlibat dengan hobi memancing?

BAHARUN: Sejak dari zaman remaja remaja lagi. Kalau tak silap mula aktif pada tahun 1987. Ketika itu Tasik Kenyir belum lagi siap dibina.

Namun saya sudah pun memancing di sungai-sungai yang ada di Tasik Kenyir ini.

 

IKON: Tekong Lejen Tasik Kenyir

 

UMPAN: Bagaimana dan kenapa anda memilih kerjaya sebagai pengusaha boathouse ini?

BAHARUN: Tentu saja kerana minat yang amat sangat dengan memancing. Sebelum memiliki boathouse sendiri, saya pernah bertugas dengan pembalakan di dalam air di Tasik Kenyir.

Ads

Selepas itu saya menjadi kru dan pemandu pancing dengan pengusaha boathouse. Dari situ saya banyak belajar mengemudi boathouse.

Kemudian saya menjadi tekong atau pengemudi boathouse. Selepas itu barulah saya mampu memiliki boathouse sendiri.

 

IKON: Tekong Lejen Tasik Kenyir

 

UMPAN: Apa rintangan utama yang perlu dihadapi dalam meneruskan kerjaya ini?

BAHARUN: Selain dengan masalah cuaca dan kerosakan boathouse, rintangan yang paling utama datangnya dari pelancong (pelanggan).

Pelancong ni macam-macam. Ada macam-macam kepala dan kerenah. Bukan senang nak memuaskan hati semua pelancong.

Kalau memancing tak dapat ikan, kami juga yang akan disalahkan. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada kami.

Ads

Bawa ke spot yang tak ada ikan la… tak pandai cari spot la… macam-macam lagilah.

 

IKON: Tekong Lejen Tasik Kenyir

 

UMPAN: Apa kenangan pahit dan manis sepanjang melakukan kerjaya ini?

BAHARUN: Detik-detik yang manis memancing di Tasik Kenyir ini pada awal 1998-2002. Ketika itu lubuk-lubuk masih banyak ikan.

Ketika itu hampir setiap lubuk ada ikan. Memancing di boathouse pun masih boleh naikkan ikan Lelah.

Tak perlu trekking jauh ke hulu sungai. Sekarang ini, kalau pemancing dapat menaikkan ikan sudah boleh dianggap kenangan manis.

Ads

 

IKON: Tekong Lejen Tasik Kenyir

 

Pakej boathouse:

 

Nama bot: TKP 27 (Siam Kenyir)

Jumlah penumpang: Maksimum 18 orang

Sewa: 2H1M – RM1,300 / 3H2M – RM2,500.

Pakej: Selain membawa pemancing ke lubuk pilihan, kami turut menyediakan pakej bersantai di tempat menarik di Taman Negara seperti Gua Bewah, air terjun Lasir, air terjun Saok, Pulau Herba, Taman Rama-Rama dan macam-macam lagi.

Teknik pancingan: Boleh casting dan memancing di boathouse sepanjang hari dan malam. Namun kami tidak menyediakan peralatan memancing.

Jeti: Pengkalan Gawi

 

IKON: Tekong Lejen Tasik Kenyir

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI