IKON: Lure Maker – SpinnerbaitBEQ Handmade Zubeq

Share

 

Nama : Mohd Zubir Zulkepli

Nama sosmed: Mohd Zuber

Nama produk : SPINERBAITBEQ (handmade)

 

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman memancing anda?

ZUBER: Saya mula minat memancing sejak dari zaman remaja lagi. Sebagai anak kampung, dunia memancing saya pun tidaklah seluas mana.

Memancing pun biasa-biasa saja. Setelah lama memancing barulah saya upgrade konsep memancing dan mula mempelajari teknik casting.

Ternyata teknik casting ini lebih menyeronokkan dan ia menjadi teknik kesukaan saya sehingga ke hari ini.

 

 

UMPAN: Sejak bila anda menceburi bidang ini dan kenapa?

ZUBER: Sejak 2016 lagi saya sudah mula buat spinnerbait sendiri. Dari dulu lagi saya minat casting terutamanya haruan dan toman.

Spinnerbait dan buzzbait antara gewang kegemaran saya. Tetapi bila spinnerbait saya sering kali kena cukai dek toman, saya mula berfikir untuk membuatnya sendiri.

Maklum sajalah harga spinnerbait waktu itu agak awal.

 

Dari situlah saya mempelajari profile spinnerbait. Saya dapati pembuatannya tidaklah sesukar mana.

Jadi saya dapatkan barang-barang keperluan yang boleh dibeli kedai hardware dan kedai pancing. Saya buat pun untuk suka-suka dan kegunaan sendiri saja.

Setelah saya berjaya menghasilkannya sendiri dan berjaya dapat ikan, tak sangka pula ia mendapat permintaan dari rakan-rakan.

Semakin lama tempahan semakin bertambah dan kini saya sudah masuk fasa membekalnya ke kedai-kedai pancing.

 

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit apa kelebihan produk anda ini?

ZUBER: Saya hasilkan SPINNERBAITBEQ ini dari barang-barang yang berkualiti tinggi. Dawai yang digunakan cukup keras untuk mengekalkan aksinya dengan sempurna.

Mata kail yang digunakan pula amat keras dan tajam bagi menembusi mulut dan rahang spesies snakehead yang sememangnya terkenal keras.

 

 

 

UMPAN: Boleh tambah sedikit cara-cara menggunakan produk anda ini?

ZUBEQ: Spinnerbait toman dan haruan ini boleh digunakan bagi aksi permukaan dan selaman dalam. Ia perlu digayakan sama ada dengan karauan sederhana atau laju.

Manakala buzzbait dan slashbait pula adalah gewang aksi permukaan saja. Jadi ia perlu dikarau laju.

Saya menyarankan kekili yang digunakan haruslah memiliki gear ratio yang tinggi sehingga 7:3 atau ke atas.

 

 

UMPAN: Akhir sekali apa harapan anda terhadap produk ini?

ZUBEQ: Tentu saja saya berharap produk saya ini terus memberikan kepuasan kepada pengguna.

Apabila pelanggan guna dan berjaya dapat ikan ia sudah cukup menggembirakan saya.

Saya juga berharap produk saya ini bukan saja digunakan di seluruh Malaysia tetapi juga mampu menembusi pasaran di luar negara.

 

Published by
Amang