Nama: Wan Johned Wan Mohamed
Nama sosmed: Johned Wan
Nama produk: JohnedLures Handmade
UMPAN: Sejak bilakah anda mula menghasilkan gewang handmade ini?
JOHNED: Saya bermula dengan main-main saja. Untuk suka-suka kegunaan sendiri. Namun secara rasminya saya menjadikannya (pembuatan gewang buatan tangan material plastik) satu usaha yang serius pada tahun 2010.
baca juga ikon gewang dari utara
UMPAN: Kenapa anda memilih untuk menghasilkan gewang handmade ini?
JOHNED: Pertamanya adalah kerana minat yang mendalam pada pembuatan gewang atau umpan tiruan ini.
Keduanya adalah untuk menambah pendapatan pada masa itu dan juga sampailah sekarang.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
JOHNED: Di antara rintangan pada masa itu ialah untuk mengetengahkan produk dan sukar untuk mendapat kepercayaan pada pengguna bahawa gewang buatan tangan anak tempatan mampu menghasilkan strike.
Apatah lagi pada masa itu penggunaan umpan dan umpan hidup berluasa dan pelbagai cemuhan atau pandangan yang negatif dilemparkan.
Bukannya satu perkara yang mudah untuk mendapatkan kepercayaan pada pengguna tanpa dibuktikan apatah lagi pada masa itu penggunaan gewang jarang-jarang kita lihat
untuk mendaratkan ikan dan jarang-jarang orang yang cuba membuat gewang buatan tangan.
Kalau ada pun sekadar untuk kegunaan sendiri itu pun bukan gewang material plastik tapi kayu.
Buat masa ini tiada lagi seseorang yang berjaya mengetengahkan gewang buatan tangan dari material plastik.
Di Malaysia mungkin di Asia apatah lagi untuk pasaran yang luas seperti hari ini yang mana ada segalanya tidak seperti dulu yang tiada kemudahan internet dan media sosial.
Alhamdulillah… kita cuba membawanya dengan lebih jauh lagi… Insyaallah.
baca juga tekong padu borneo
UMPAN: Apa kelebihan produk buatan tangan anda ini?
JOHNED: Sedikit ketahanan dari gewang material kayu dan penampilan yang agak menarik. Dan anda boleh menilainya sendiri bila menggunakannya… tak kenal maka tak cinta.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman memancing anda?
JOHNED: Dalam segi pengalaman memancing taklah hebat sangat mungkin nasib menyebelahi bersertakan rezeki yg diberi terutama spesies muara seperti siakap.
Kalau nak kira pengalaman tu susah la nak cakap satu malam tak habis lagi cerita apa tidaknya dari muda sampai sekarang masih lagi aktif memancing.
Cuma saya nak tambah sedikit… sebagai pesanan pada pembuat gewang di luar sana, cubalah jangan meniru 100%.
Buatlah dengan idea yang tersendiri. Cuba ubah dari segi bentuk dan jugak colour yang penting ianya berkesan. Sikit-sikit tu ok laa… biar nampak ada kelainan sikit dari gewang-gewang yang lain.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan