IKON : Lady Angler – Usia Bukan Penghalang

Share

 

Nama : Fadilah Yusof

Nama sosmed : Ladys Angler

 

UMPAN : Boleh ceritakan sejak bila anda mula memancing?

LADYS : Kalau tak silap dah salah saya mula memegang pancing ni ketika berusia 15 tahun. Tapi tak fokus sangat. Cuma suka-suka bila cuti sekolah atau ada masa free.

Hanya 5 tahun lepas barulah saya betul-betul serius memancing sehinggalah sekarang. Boleh dikatakan saya sudah layak bergelar pemancing tegar kerana sudah memiliki bot fiber sendiri untuk digunakan ketika memancing.

 

 

UMPAN : Kenapa memilih hobi ini berbanding hobi yang lain?

LADYS : Saya tak ada hobi lain lagi selain memancing. Saya pilih hobi memancing ni bukan sebab serasa dengan jiwa saya. Saya memang suka benda-benda yang mencabar dan memancing ni sangat mencabar.

Lebih-lebih lagi kepada orang perempuan. Saya sangat suka dengan cabaran yang perlu dihadapi ketika memancing sama ada di sungai atau laut.

 

 

UMPAN : Apakah rintangan dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

LADYS : Saya tiada apa-apa rintangan untuk memancing. Tetapi dalam memancing perlu ada ritangan sebab tanpa rintangan maka hilanglah keseronokan memancing.

Saya anggap apa saja rintangan sebagai cabaran dan cubaan yang perlu dihadapi dengan tenang dan sabar. Bila bersabar segala rintangan dapat dilalui dengan mudah.

 

Harapan saya pula biarlah lebih ramai lagi orang perempuan menceburi hobi ini. Soal usia tidak menjadi halangan untuk jadi pemancing tegar.

Saya sendiri mula menjadi pemancing tegar pun pada usia 30-an.

 

 

UMPAN : Boleh kongsi pengalaman pahit manis ketika memancing?

LADYS: Pengalaman manis banyak sangat. Yang paling manis sebab dapat tarik macam-macam spesies ikan. Setiap ikan tu pulak ada keseronokan tersendiri.

Saya juga pernah kena gigit oleh ikan ketika melepaskan mata kail. Saya tak anggap itu pengalaman pahit walaupun sakit sampai berdarah tangan kena gigit oleh ikan.

Bila dikenang balik peristiwa itu ia akan bertukar menjadi kenangan manis bukannya pahit.

 

 

Pengalaman pahit pun ada juga. Saya pernah dilambung ombak ketika di laut dan pernah bot yang saya naiki tu karam.

Perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. Walaupun begitu ia tetap tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan hobi ini.

 

Sekarang ini saya lebih senang memancing secara solo. Saya juga tidak berminat untuk menyertai mana-mana grup.

Saya ada bot sendiri jadi saya boleh bebas untuk memancing pada bila-bila waktu yang saya suka.

 

Published by
Amang