PUTERI: Boleh dikatakan sejak kecil lagi saya sudah mempunyai minat untuk melibatkan diri dengan memancing. Ini adalah kerana ibu dan abah adalah kaki pancing tegar.
Apa memasuki remaja, saya mempelajari teknik pancingan dasar air tawar daripada ibu dan abah dan sering mengikuti mereka menyertai pertandingan memancing khususnya di Kolam Seri Bayu Tekala.
Kemudian saya mempelajari teknik casting kira-kira 5 tahun lepas selepas mengenali suami.
Ads
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?
PUTERI: Memancing adalah satu sukan yang menghiburkan. Ia umpama satu permainan yang mempunyai sesuatu misi. Memancing juga mempunyai misi atau targetnya tersendiri.
Tambahan pula, memancing mempunyai pelbagai teknik yang berbeza. Setiap teknik itu pula memerlukan kemahiran yang berbeza-beza. Itulah seronoknya memancing.
Ads
UMPAN: Apa pula rintangan dan harapan Puteri dalam meneruskan hobi ini?
PUTERI: Setakat ini rintangan yang paling mencabar pada saya ialah ketika memburu si Toman. Walaupun spot tersebut adalah ‘syurga’ toman, tetapi dengan faktor perlu dikaji seperti cuaca dan keadaan air. Adakalanya saya akan kumpow berdarah… hahaha!
Harapan saya, secara peribadi saya berharap sukan memancing ini terus dijadikan hobi oleh kesemua generasi dan tidak tenggelam dek zaman kemodenan.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit manis sepanjang memancing?
Ads
PUTERI: Pengalaman memancing yang manis sudah semestinya bila saya dapat menaikkan spesies-spesies dalam senarai target saya terutamanya ikan toman.
Kenangan pahit itu tetap ada tetapi kalua boleh saya tidak mengingatinya kerana ia secara tidak langsung boleh menjejaskan mood dan emosi.
Akhir kata dari saya, biarlah hobi memancing ini terus dijadikan sebagai hobi yang menyeronokan dan jangan jadikan hobi ini sebagai satu beban.
Kita cari kawan, bukan cari lawan!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
IZZUDDI: Saya meminati hobi memancing dari sejak kecil lagi. Ayah saya mempunyai hobi yang sama dan beliau mengajar saya sehingga minat saya semakin menebal sehingga kini.
Daripada saya tidak mempunyai peralatan mancing sehingga saya dapat mengumpul peralatan yang lengkap, jaket keselamatan, keperluan lain dan juga enjin bot.
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan hobi memancing udang galah?
IZZUDDI: Pada mulanya saya menceburi hobi memancing sekadar memancing ikan seperti memancing di kolam, sungai serta laut.
Secara tidak sengaja saya terlihat satu kumpulun pemancing udang galah yang sangat aktif telah menarik minat saya mencuba untuk mempelajari cara memancing udang galah.
Saya mula memancing udang galah pada tahun 2014 dan saya mengenali rakan-rakan sehobi di dalam laman sosial Facebook.
Saya cuba beranikan diri bertanya serta mempelajari selok-belok dan cara memancing udang galah sehingga saya mula akrab dengan mereka.
Pada waktu yang sama juga, seorang rakan yang saya anggap guru udang galah iaitu sifu Amin (FB: Mohamad Amin Ma) yang tidak berhenti berkongsi pengalaman dan mengajar saya.
UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang galah berbanding ikan?
IZZUDDI: Salah satu keseronokan yang saya dapat dalam memacing udang adalah memancing secara berkelompak yang boleh lagi mengeratkan silaturrahim.
Juga dari segi kepuasan apabila dapat merasai tarikan udang bersepit biru (jenggo sado). Juga dapat rasa keseronokan apabila dapat membawa hasil yang banyak dan memuaskan.
Ia juga memberi kepuasan apabila dapat membawa hasil dan dikongsi bersama ahli keluarga dengan membuat juadah udang galah yang fresh.
UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi dan apa pula haraapan anda dalam meneruskan hobi ini?
IZZUDDI: Rintangan yang pernah saya lalui ketika memancing udang buat kali pertama adalah dari segi peralatan mancing yang tidak seberapa lengkap.
Rintangan ketika memancing pada waktu malam haruslah selalu berwaspada dari segi keselamatan (life jacket jangan lupa pakai).
Pernah juga ketika sampai ke destinasi jeti memancing saya melihat keadaan fiber dan enjin yang tidak memuaskan.
Harapan saya agar saya dapat membelajari hobi dengan lebih mendalam lagi bersama rakan-rakan seperjuangan.
Harapan saya juga supaya hobi memacing udang terus berkembang dan jagalah sungai agar tidak tercemar dan ikatan silaturrahim bersama rakan seperjuangan semakin erat.
UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dengan memancing udang?
IZZUDDI: Pencapaian yang saya capai adalah pernah dilantik sebagai AJK di dalam satu event Gempak Southern Hook pada tahun 2017 di Sungai Mawai.
Terima kasih ya cip (fb: alhad abu bakar) kerana memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada saya walaupun tidak seberapa.
Saya juga pernah dapat tempat kedua udang terbanyak semasa event Gempak Southern Hook di Sungai Mawai bersama rakan sehobi (fb: saiful hisham a.k.a haji sham) yang memperoleh hadiah berbentuk pakej memancing.
UMPAN: Pengalaman manis dan pengalaman paling pahit pernah ketika memancing udang?
IZZUDDI: Pengalaman paling manis yang pernah saya lalui adalah buat kali peratamanya dapat menarik udang galah yang agak memuaskan hasil pendapatannya.
Pengalaman pahit saya pula apabila tidak dapat sebarang hasil ketika memancing… kumpow berdarah! Mungkin faktor cuaca dan air pada masa tu tidak berapa elok. Dan juga ketika memancing tiba-tiba keadaan kesihatan tidak memuaskan.
UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?
IZZUDDI: Lokasi utama memancing udang galah ialah Sungai Mawai, Sungai Semaloi dan sungai di Muar. Umpan yang sering saya gunakan ialah ruat dan juga anak udang.
Setting peralatan yang biasa saya gunakan ialah perambut pintal, size mata no. 2. Batu ladung yang selalu digunakan bergantung pada keadaan dan kelajuan air sungai. Jangan terkejut saya pernah mancing dekat Mersing batu ladung size 12!
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang buatan tangan ini?
AMY: Secara rasminya sejak tahun 2015 sehingga sekarang saya buat secara sepenuh masa. Bolehlah dikatakan say ani full time handaker/angler.
Selain itu saya juga mengajar cara membuat gewang softfrogs secara online berserta video sekali.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dalam bidang ini?
AMY: Kerana minat yang mendalam dalam dunia memancing. Selain itu saya ingin mencari peluang pekerjaan dalam dunia fishing sport game.
Sebelum ini saya telah menceburi beberapa bidang lain seperti memanah hingga mewakili Malaysia dan cemerlang dalam art of welding certificate.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
AMY: Rintangan adalah tempat untuk memperluaskan lagi perusahaan pembuatan gewang soft frogs serta peralatan yang mengikut teknologi semasa.
Harapan saya kepada anak-anak muda yang berminat dengan pembuatan gewang boleh menceburi bidang ini salah satunya menjadi side income dan dapat create sesuatu yang baru tanpa mengharapkan produk dari luar.
Dan juga dapat meningkatkan satu tahap permikiran tertinggi golongan pemancing-pemancing di Malaysia.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
Kelebihan produk Amy Froggy HandMade adalah… saya sentiasa update dan dalam setiap penghasilan gewang / produk dikaji untuk fishing game Light/Medium/Heavy.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperolehi?
AMY: Pernah diangkat sebagai ikon lure handmade di Bangkok, Thailand. Walaupun saya berasal dari Malaysia.
Ia adalah pencapaian peribadi yang besar maknanya kerana Thailand merupakan bumi penghasilan gewang froggy yang terbesar.
UMPAN: Ceritakan sedikit sejak bilakah anda berkerusi roda?
ZULKIFFLEE: Pada 2007 saya mula mengalami lumpuh fizikal selepas terjatuh dari atas bumbung ketika sedang baiki atap.
Pada 2 tahun pertama, saya merasakan kehidupan bagai tidak berguna kerana selama 44 tahun aktif tiba-tiba mendadak menjadi cacat lumpuh.
Namun atas sokongan dari isteri yang amat prihatin sedikit demi sedikit merasai bersemangat demi melihat anak-anak membesar. Hidup harus diteruskan.
UMPAN: Sejak bila dan bagaimana boleh terlibat dengan memancing?
ZULKIFFLEE: Seawal remaja minat begitu mendalam terhadap dunia pancingan. Waktu itu saya sering menemani abg ipar yang banyak ilmu nelayan.
Selepas berkahwin minat diteruskan, sanggup membeli bot fiber dan enjin 8hp. Pelbagai aktiviti dibuat seperti menjala, memukat, merawai, menekut, membento, memancing dan apa saja ilmu yang diperole dari arwah abang ipar, saya praktikkan.
UMPAN: Ceritakan RINTANGAN yang dihadapi dan HARAPAN dalam meneruskan hobi ini?
ZULKIFFLEE: Setelah menjadi cacat, saya rasa minat saya terhadap dunia pancingan makin mendalam. Terasa sangat tanpa kudrat berjalan usaha saya hanya sia-sia.
Tetapi semangat saya mengatasi kudrat. Saya mulai dengan menguatkan fizikal memasuki fizioterapi.
Bermula dengan menulis pengalaman diri dan ilmu yang diperoleh dari arwah abang ipar, saya bukukan di dalam blog. Memberi dan berkongsi ilmu kepada kaki pancing.
Mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga, saya memulakan perniagaan sarapan pagi dengan menjual roti canai.
Walaupun cacat saya sedaya upaya bersaing meniaga dengan orang normal. Namun bukan semua impian sukses.
Dengan berbekalkan minat pada dunia memancing, saya cuba mencari jalan merealisasikan minat saya.
Awalnya saya memohon permit rakit ternakan ikan sangkar, tapi dalam setahun hasil mengecewakan di mana musuh seperti memerang sukar diatasi. Akhirnya saya menukar permit penternakan kupang.
Dan sepanjang sangkar kupang beroperasi spesies ikan makin banyak menghuni rakit saya. Kepuasan memancing ikan di lokasi rakit saya benar-benar hebat.
Maka dengan sedikit duit simpanan (EPF), saya membesarkan rakit saya dan atas nasihat pegawai perikanan, ia menjadi pendapatan sampingan dengan memberi sewa kepada orang awam untuk memancing tidak salah bagi lesen rakit.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?
ZULKIFFLEE: Saya rasa beruntung mempunyai anak dan isteri yang memahami akan minat saya terhadap dunia pancing, sehingga mereka sentiasa memberi sokongan dari segi bantuan tenaga atau perangsang untuk meneruskan usaha.
Anak saya lepasan diploma sanggup berhenti kerja, semata-mata ingin meneruskan perniagaan rakit saya.
Seawal tahun 2010 saya lihat diri saya mampu keluar dari dunia terasing sebagai OKU dengan menghindarkan perasaan malu, bercampur dengan komuniti.
2010 saya tubuhkan persatuan sokongan OKU Johor yang memberi tunjuk ajar, bimbingan, bantuan kepada rakan senasib. Menjadi ikon kepada golongan OKU.
Setiap tahun dari 2012, 2013, 2013, 2014 ,2015, 2016 dan 2017 saya sering mendapat anugerah dari pelbagai agensi berupa ANUGERAH OKU.
UMPAN: Perkenalkan produk yang anda hasilkan dan bagaimana anda boleh terfikir untuk menghasilkannya?
ZULKIFFLEE: RAKIT MUARA adalah produk saya. Bagi pemancing pantai atau sungai, muara atau kuala sungai merupakan lubuk bagi beberapa spesies ikan, maka terciptalah rakit muara untuk jenama product saya.
Semoga dengan sedikit penerangan saya, ia menjadi inspirasi pada org lain untuk berkecimpung dalam perniagaan rumah rakit untuk memancing.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...