Nama Sosmed: Jade Mus EA

Asal: Jakarta, Indonesia

 

UMPAN: Boleh cerita sejak bila anda memancing?

JADE: Saya mula memancing sejak dari usia muda. Tetapi pada masa itu, saya hanya mampu menggunakan set pancingan biasa dan murah.

Setelah saya mengenali dan berkahwin beberapa tahun lalu, saya lebih serius memancing dan kami hampir ke mana saja untuk memanicng.

 

Sejak itu saya berpeluang menggunakan peralatan antara yang terbaik di pasaran (Extreme Anglers Custom Product).

Saya telah belajar dari suami, kru dan rakan-rakan. Dan saya berharap pada masa akan datang kami akan menjelajah lebih banyak lokasi padang di serata negara.

 

IKON: Lady Angler – Pemancing Ekstrem Nusantara

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?

JADE: Bagi kita yang tinggal di kampung, kita tidak mempunyai banyak perkara untuk dilakukan atau bermain. Hanya permainan kanak-kanak tradisional dan bandar utama berjam perjalanan jauhnya.

Di sini, kolam ada di mana-mana. Itulah sebabnya kebanyakan orang yang tinggal di kampung, memancing bukan sahaja menjadi kegemaran lelaki, tetapi juga untuk gadis-gadis.

Ads

 

IKON: Lady Angler – Pemancing Ekstrem Nusantara

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda bagi meneruskan hobi ini?

JADE: Tidak ramai pemancing wanita di sini, dan kebanyakan joran dibina lebih sesuai untuk kegunaan pemancing lelaki.

Terutamanya bahagian pemegang joran yang terlalu panjang. Nasib baik suami saya perkenalkan saya kepada joran custom.

 

Jadi semua joran dibina khas untuk kegunaan dan sesuai dengan ketinggian saya. Dan sebagai pemancing wanita yang sangat menyukai hobi ini, saya selalu berharap

mempunyai masa yang cukup untuk lebih banyak memancing, dan berkongsi semua pengalaman saya di FB dan media lain.

 

Ads

IKON: Lady Angler – Pemancing Ekstrem Nusantara

 

UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman manis dan pahit anda.

JADE: Pengalaman terbaik saya setakat ini ialah salah satu perjalanan saya ke Thailand untuk memburu Siamese di Bungsamran Fishing Park.

Saya mendapat tahu ada ikan di sana yang lebih besar dari saya. Memburu mereka tidak akan mudah tetapi jika mendaratkannya, aIa merupakan tangkapan seumur hidup.

Saya mengambil masa hampir 10 minit untuk saya mendaratkan Siamese carp seberat 75kg.

 

Pengalaman pahit saya tidak banyak, tetapi selalu kecewa kerana kehilangan ikan. Tahun lalu Cheow Lan Lake, Thailand saya telah berjaya strike toman yang sangat besar di Kawasan heavy cover.

Sayangnya saya menggunakan set pancingan ringan yang kurang berkuasa untuk menewaskan toman gergasi tersebut.

 

Ads

IKON: Lady Angler – Pemancing Ekstrem Nusantara

 

 

UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman anda memancing di 3 buah negara?

Di Indonesia, kami juga memiliki banyak kolam kecil. Tetapi karena seringnya terjadi banjir, sebelum sempat ikan-ikan itu membesar pada ukuran yang tepat untuk memancing, banjir itu akan menghanyutkan mereka.

Terdapat banyak juga padang pancing yang bagus seperti Surabaya, Kalimantan dan Batam.

 

Malaysia adalah tempat yang sangat bagus untuk memancing, dengan pelbagai jenis ikan di perairannya.

Mereka memiliki tasik-tasik besar dengan toman-tomannya, dan juga cobia raksasa di perairan Lumut. Sudah banyak tempat juga saya memancing di Malaysia.

 

Tetapi yang terbaik adalah di Thailand. Mereka tidak akan digelar Amazon dari Timur tanpa sebarang sebab. Ini adalah tempat yang harus dikunjungi untuk memancing.

Mereka memiliki banyak ikan predator, dan ikan air tawar mereka sangat besar. Satu-satunya halangan besar memancing di Thailand adalah halangan bahasa. Atas sebab itulah saya mula belajar bahasa asas Thailand.

 

(GALERI MEMANCING JADE)

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI