Lady Angler – Intan Tak Serik Mabuk Laut

Share

 

Nama penuh: Noor Intan Mazlina binti Abd Zarin

Nama sosmed: Intan Mazlina Zaharin

 

UMPAN: Ceritakan bagaimana boleh terlibat dan sejak bila memancing?

INTAN: Sejak ikut program dari Kelab Pemancing Wanita (WAC). Masa tu ada kelas asas memancing di Tasik Ampang tahun 2014.

So, lepas tu Mala bawa pergi Kelong Abu di Melaka. Dari situ mula minat bila dapat ikan walaupun kecik je.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?

INTAN: Rasanya dalam banyak-banyak hobi, saya rasa hobi ni banyak kelebihannya.

Contohnya dari segi belajar cara bagaimana nak control temper dan belajar tentang erti kesabaran menunggu sesuatu.

Dan memancing ni takkan habis ilmu so dari situ kita akan belajar dan terus belajar.

 

 

UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

INTAN: Cabaran tu payah nak cakap sebab lain orang lain cabarannya, kan?

Cuma bila kita minat dalam satu-satu hobi tu macam mana pun cabaran datang kita kena teruskan jugak walaupun kadang-kadang kumpau. Hahaha…

 

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit?

INTAN: Manis tentulah dapat target ikan besar-besar macam ikan layaran dah landed, so satu pencapaian yang besar bagi setiap orang.

Cuma pahit tu bila kita tumbang mabuk laut laaa… itu pun kadang-kadang bila pergi trip terjah yang ombak kuat.

 

 

UMPAN: Pencapaian yang membanggakan yang anda peroleh?

INTAN: Apabila saya dapat bertahan duduk atas bot selama 3 hari 2 malam tanpa mabuk laut, itu sudah kira satu pencapaian yang besar juga pada saya.

Begitu juga dapat mendaratkan ikan target seperti ikan layaran juga satu pencapaian yang sukar untuk dilupakan.

 

kenali juga Lady Angler: Zana – mangsa kelong roboh

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang