SITI: Bermula dari usia 8 tahun. Start memancing dekat ban, parit, sungai dan muara. Semuanya hanya untuk suka-suka saja bagi mengisi masa luang.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
SITI: Pada mulanya saya ikut ayah angkat saya tengok lembu kat kandang, sambil tunggu ayah halau lembu dengan kambing masuk kandang, saya mengail guna batang sawit.
Guna umpan cacing. Antara hasil pertama ialah haruan, keli, puyu, temekung. Start umur 10 tahun saya mula ke laut bersama arwah tokwan saya ketika hari cuti untuk menangkoi
ketam sesambil memancing spesies muara seperti sembilang, jenahak, duri, ketuka, gelama dan lain-lain.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
SITI: Bila memancing di laut, ada masa panas terik yang kuat, ribut, alun kuat… bagi bot kecik dah tentu terasa. Kadang saya tumpang berteduh di pondok terapung tengah laut sebelum menyambung semula aktiviti memancing.
Ketika cari umpan pulak antara risiko haiwan berbisa macam ulaq kapak , babi hutan dan benda-benda tajam.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
SITI: Manis dapat menciptakan rekod sembilang terbanyak dalam masa 1 jam anggaran dalam 12kg. Masa tu menggunakan umpan udang pijak.
Dapat mancing bersama family sebab mak seorang nelayan. Kenangan pahit… bila umpan banyak tapi hasil kurang menggalakkan. Cuaca tak elok… alun kuat… dan banyak lagi kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
SITI: Setakat ni yang paling syok dapat daratkan sembilang, gemang & serta barracuda. Saya tak sasarkan apa-apa pencapaian tinggi dalam memancing ni. Sasaran sebenar saya untuk belajaq banyak lagi kaedah-kaedah memancing.
MOK: Mok baru belajar memancing 4 tahun lepas selepas bapa Mok meninggal sebab colon cancer. Mok mula memancing sebab emak Mok dari muda suka pancing tapi lepas bapa Mok meninggal emak lemah semangat.
Sebab itu Mok bawa emak bawa Mok pergi pancing tepi-tepi laut cari ikan-ikan bolos dan gelama. Langsung tak tahu pancing udang galah lagi walaupun sahabat-sahabat kilang mempelawa Mok pergi pancing udang.
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan memancing udang galah?
MOK: Bermula pada tahun 2016, sahabat kilang Mok bawa pancing udang galah di Sungai Perak naik bot. Masa itu Mok tak tahu pancing udang dan umpan udang.
Pertama kali dapat tarikan kuat dari jenggo-jenggo di Sg. Perak. Mok terkejut dan berasa kelakar juga sebab guna umpan anak udang pancing udang galah. Pertama kali Mok turun tapi dapat 7 ekor jenggo.
Tak lama kemudian sahabat Mok (Azam) beritahu Mok kalau nak terus pancing setiap bulan ada Event Jjo di Teluk Intan.
Tapi Mok rasa malu sebab masih tak tahu sangat nak pancing tapi Masuk Event Jjo. Setelah banyak kali Azam ajak, Mok pun ikut dia pergi dan tertarik dengan pancing Udang Galah.
Masa itu Mok dapat berkenalan dengan sifu-sifu dan otai-otai dari Jjo yang mesra dan best. Lepas Mok ada turun beberapa kali dengan sahabat kilang masuk Event Jjo dan minta mereka turun setiap kali event tapi sebab mereka kerja shift dan tak dapat pergi.
Tapi Mok tak putus asa sebab Mok tak tahu pandu bot dan tak ada tekong. Azam beritahu admin Jjo dan admin Jjo (Abg Shah Ana) aturkan tekong Ex. Abg Zzon jadi tekong Mok.
Dari Situ Mok terus masuk Event jjo dengan bantuan admin-admin terbaik cari tekong untuk Mok turun pancing udang galah setiap kali Event.
Ramai king dalam group ajar Mok cara-cara betul pancing. Lepas itu Mok dapat dua guru hebat seperti Mie Balun dan Lie Batang ajar lebih ilmu sebab mereka nampak Mok selalu Kumpau.
Mok sangat gembira dapat ramai sahabat yang terbaik dalam Jjo yang ajar dan bawa Mok sekapal walaupun bukan masa event.
UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang berbanding ikan?
MOK: Pancing ikan Mok masih ada tapi pancing udang galah memang terbaik. Mok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dengan minat yang sama.
Persahabatan yang mesra dan terbaik buat Mok walaupun Mok seorang saja Cina tapi rasa macam keluarga dalam group.
Dalam group Jjo, Mok semakin rapat dengan admin Jjo seperti Abg Helmi, Abg Isa, Abg Shah Ana, Abg Yan dan lain-lain.
Mok gembira dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat sehobi yang baik dan dapat pancing udang galah di Teluk Intan 365 hari.
UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi & apa pula harapan anda dalam meneruskan hobi ini?
MOK: Rintangan sekarang ialah banyak sampah di Sungai dan percemaran air dari pihak-pihak yang tak bertanggung jawab.
Tapi itu tak putus harapan Mok untuk terus memancing dan harap sungai-sungai dapat dibersihkan dan orang ramai tak buang sampah dalam sungai lagi.
UMPAN: Ceritakan pengalaman paling manis & paling pahit pernah dihadapi ketika memancing udang?
MOK: Pengalaman yang paling manis ialah dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang terbaik dalam group-group pancing udang galah dan dapat naik podium dalam Event.
Pengalaman pahit ialah sahabat-sahabat meninggal dunia macam Abg Zzon. Dan juga pengalaman pahit jatuh dalam sungai sebab letih dan kasut licin
UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dalam memancing udang?
MOK: Pencapaian terbaik dapat naik podium utama juga event club. Tapi paling penting dan terbaik pencapaian Mok diterima sebagai keluarga dalam kelab-kelab pancing udang galah.
UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?
MOK: Lokasi utama Mok memancing udang galah di Sg. Perak seperti di Batak Rabit, Batu 7, Pekan Teluk Intan dan Bota.
Umpan yang biasa Mok guna apabila memancing udang galah adalah anak udang beras dan cacing saja.
Joran Exori Hunter stick (PE06-PE1) berserta machine bersaiz (500-1000), tali perambut bersaiz 15lb-20lb dan mata kail bersaiz 1, 2, 3 dan 5.
Rod dengan mesin kwn sebelah yang sama2 mancing sebelum tu baru terjun masuk kolam bahana ditarik ikan. Rod bergerak syok nak hook, karau2 naik rod dia. Yang manjanya jenahak tu masih melekat kat mata kail dia.
Man Mujib
Main popper… tuba2 debuss!!! Betul2 nampak strike toman… membenam bukan main. Tarik punya tarik sampai ke tepi toman bertukar jadi selipar jepun.
Ranger Sungai
Ingatkan pari besar bas… sekali kelambu daaa!
CheYahya Salleh
Pancing udang galah kat Nibong Tebal jam 2 pagi yang lain dah tidur. Tinggal sorang pancing tau2 dapat ikan macam ikan duri tapi seeakan muka orang siap mata boleh berkelip-kelip.
Amir Anwar
Tarik2 macam sangkut tapi bergerak… punya la berat sekali naik cadar tilam. Jahanam betul.
Jashanissyem Salleh
Dapat penyepit… tapi bukan udang galah punya penyepit tapi penyepit kueh!
Ah Fiz
Memancing dapat guni yang berisi ikan lampam. Memang susah nak percaya.
Ammar Sebastian
Saya pernah dapat keris lama masa pancing udang di Sungai Perak.
Md Yazid Yahya
Kawan mancing dapat pancing 1 set lagi. Mesin Shimano joran tak tau coz dah penuh dengan teritip. Semua dah tak boleh pakai… dah bertahun gamaknya kat dalam air masin tu.
Mohd Adam Soufie
Pernah dapat tempat sembahyang Cina yang dibuang ke laut.
Choujie Chet
Mmg banyak sgt yang pernah dinaikkan time mancing ni. Yang paling menyeronokan, yang melucukan pun ada… saya pernah naikkan seluar dalam. Paling lucu… time pertandingan pulak tu. Hahah…
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...