IKON : Lady Angler – Ikon Pemancing Muslimah

Share

 

Nama:Nur Khaalishah Abdullah

Nama sosmed : Sea Angel Khaalishah

 

 

UMPAN: Sejak bila anda mula memancing?

KHAALISHAH: Minat memancing ini sejak dari kecil lagi. Tatapi memancing pun sekadar suka-suka saja.

Bila dah masuk dewasa barulah saya lebih serius dalam memancing. Waktu itu saya lebih cenderung kepada teknik bottom.

Sekarang ini pun masih juga main bottom tetapi lebih banyak jigging dan casting. Saya lebih seronok jigging dan casting.

baca juga Lady angler Shana

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi kebanyakan orang perempuan?

KHAALISHAH : Hobi ini hobi yang sangat-sangat menyeronokkan. Satu-satunya hobi yang mampu memberikan ketenangan pada saya.

Mungkin juga disebabkan saya sangat menyukai suasana dan pemandangan alam semulajadi.

 

 

Gabungan nature dan memancing ini sangat sebati dengan jiwa saya. Saya percaya pemancing lain juga bersetuju dengan saya bahawa apabila kita memancing di lokasi alam semulajadi yang cantik dan damai, segala masalah seperti hilang begitu saja.

 

 

UMPAN: Apa pula rintangan dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

KHAALISHAH : Sebagai pemancing yang telah lama berkecimpung dalam hobi ni, banyak rintangan yang dihadapi.

Di laut berhadapan dengan keadan cuaca yang tidak menentu. Saya pernah beberapa kali berhadapan dengan ribut dan ombak besar ketika memancing di laut.

Jika cuaca elok masih ada juga rintangan lain melibatkan bot dan tekong pula. Cuaca dah ok, bot pula yang tak ok. Cuaca dan bot dah ok, tekong pula yang buat hal.

 

 

Di tasik dan sungai juga turut berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Selain itu aktiviti menangkap ikan yang melanggar aturan serta sumber ikan air tawar yang semakin berkurangan juga adalah satu rintangan kepada saya.

 

baca juga Lady angler Ain suka casting

 

Harapan saya pula… semoga hobi memancing di Malaysia semakin berkembang lebih-lebih lagi di kalangan lady anglers.

Dan saya amat-amat berharap agar lady anglers di Malaysia dapat bersatu hati untuk memajukan sukan memancing ini.

 

 

UMPAN : Akhir sekali, boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar lady angler?

KHAALISHAH: Terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang saya tempohi sepanjang bergelar lady angler.

Tetapi, walau sebanyak mana pun pengalaman pahit yang dilalui ia akan segera terlupakan apabila menerima strike ikan.

Strike ikan adalah pengalaman dan kenangan manis yang pasti tidak akan terluput dari ingatan sampai bila-bila.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

 

Published by
Amang