GINA: Saya mulai memancing dari saya bayi berumur 8 bulan. Hobi memancing diturunkan dari kedua orang tua saya… jadi, dari bayi saya sudah diajak memancing bersama orang tua saya. Sehingga kini saya masih kekal dengan hobi ini.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
Ads
GINA: Saya lebih memilih hobi memancing dibanding yang lainnya karena menurut saya hobi memancing itu unik, perlu kesabaran, dan teknik khusus untuk bisa mendapatkan ikan yang kita target.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
GINA: Rintangan yang saya hadapi sepanjang memancing beraneka ragam. Dari mulai cuaca ekstrim, medan memancing yang ekstrim, dan banyak lagi rintangan yang perlu dihadapi dengan aman.
Harapan saya… semoga saya dapat meneruskan hobi saya untuk mendapatkan rekod memancing saya yang tersendiri (personal best) atau bahkan saya bisa masuk rekod IGFA untuk lady angler. Hehe… bisa kan?
Ads
Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
GINA: Banyak pengalaman manis yang saya alami dalam memancing. Pada pandangan saya, setiap kali saya turun memancing itu pasti manis dan menyenangkan karena beragam macam cerita di dalamnya. Dan semoga terus manis tanpa ada pahitnya.
Ads
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
GINA: Saya pernah menjadi ambassador Penn dan Abu Garcia ketika aktif memancing tidak lama dulu.
Pencapaian membanggakan bagi saya adalah bisa landed ikan arapaima 120kg dengan tackle rod Penn (saya lupa sirinya) 9-15lbs, reel kingkong 2000 (reel biasa) dan line PE 1.
Untuk sasaran seterusnya, saya ingin memecahkan rekod-rekod memancing ikan lainnya… seperti mekong catfish, sailfish dan masih banyak yang lainnya.
Saya juga berharap dapat memancing luar dari Indonesia. Sebelum ini ada juga undangan dari Malaysia, Singapura dan Thailand namun saya tidak berkesempatan untuk turut serta.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
“IKUTLAH resmi ikan seluang, jangan jadi macam ikan dukang (belukang). Ikan seluang nampak biasa-biasa saja tapi amat cerdik. Orang bagi umpan macam mana banyak, macam mana mahal sekali pun semua dia makan sambil buat main-main saja.
Tahu-tahu si pemancing bila angkat joran tinggal mata kail saja, umpan dah habis, ikan tak mengena. Ikan dukang nampak bukan main bekeng (bengis), tapi baru taruk umpan murah dah sangkut kat mata kail”
Begitulah kata-kata Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika rombongan penulis bersamanya ke Tasik Kenyir satu ketika dahulu.
Menyingkap latar belakang Abdul Hadi, beliau yang popular dengan panggilan nama Ayah Chik ini dilahirkan pada 6 Zulhijah 1366H bersamaan 20 Oktober 1947 di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau diberi pendidikan awal daripada bapanya sendiri pada usia yang masih kecil lagi.
Bapanya, Tuan Guru Haji Awang Muhammad merupakan guru bahasa Arab dan politik kepada beliau. Memulakan pengajian di SK Rusila kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Marang, seterusnya ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari kerajaan Arab Saudi dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja.
Di sebalik ketokohan dirinya sebagai ahli politik, beliau sebenarnya merupakan kaki pancing tegar dan kerap mengunjungi lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara jika berkesempatan.
“Ketika keluar memancing saya gemar melihat satu-satu kejadian alam itu sebagai satu iktibar dan renungan untuk difahami bersama,” katanya.
Ini kerana, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang ini berasal dan membesar di perkampungan nelayan. Malah sejak dari kecil lagi beliau sudah menjadikan laut sebagai padang pancingnya. Jadi tidak hairanlah, beliau lebih serasi memancing di laut berbanding padang pancing lain dan turut memiliki bot sendiri bagi memenuhi hobinya itu.
Walau bagaimanapun, ketika musim tengkujuh di mana keadaan laut yang kurang selamat untuk aktiviti memancing, beliau akan beralih ke tasik seperti Tasik Kenyir bagi meneruskan aktiviti memancing apabila berkelapangan.
Selain memancing, beliau juga meminati aktiviti menjala ikan dan hobinya itu tejrus kekal hingga ke hari ini meskipun terpaksa membahagikan masa sebagai pemimpin rakyat dan keluarga.
Tambah Abdul Hadi lagi, melalui aktiviti memancing, beliau memanfaatkan aktiviti memancing sebagai salah satu platform untuk meluangkan masa bersama rakyat.
Menariknya, setiap kali turun memancing, beliau kerap ditanya apakah doa khusus untuk memancing. Jawapan beliau cukup mudah… nabi tak memancing.
Dalam erti kata lainnya, memancing bukanlah aktiviti atau perbuatan yang dilakukan oleh nabi. Maka ia bukan sunah kerana setiap perbuatan yang dilakukan nabi ada doa-doanya sebagaimana doa makan atau doa menunggang unta. Namun katanya, bolehlah diamalkan doa mohon murah rezeki kerana setiap hasil memancing itu adalah rezeki pemberian Allah
Dalam masa yang sama, beliau turut menyangkal hobi memancing dianggap sebagai membuang masa. Menurutnya memancing sebenarnya mampu melatih diri mengenal erti sabar dan syukur. Selain itu ia juga bagus untuk meredakan tekanan sambil memberi peluang berzikir.
Ketika memancing, soal solat lima waktu jangan diabaikan kerana ia tiang agama. Sebaik-baiknya adalah dirikanlah solat secara berjemaah bersama rakan trip yang lain. Ketika ini juga, beliau telah pun berkesempatan mengutip pengalaman memancing dan bertarung dengan ikan-ikan monster di luar negara seperti Indonesia, Maldives, Dubai, Oman dan beberapa buah negara lagi. Dalam hobi ini, beliau tidak menyimpan sebarang koleksi peralatan memancing khusus kerana kebanyakan peralatan memancingnya sering dijadikan koleksi hadiah oleh orang lain.
Bercakap mengenai hobi memancing ini juga, Abdul Hadi amat bersetuju dan menyokong jika ada pihak yang berusaha menaik taraf status memancing daripada hobi kepada sukan. Sebaris dengan sukan-sukan yang lain.
“Dalam hobi memancing ini, jangan sesekali melibatkan diri dengan pertandingan memancing yang ada unsur pertaruhan dan perjudian. Ia adalah musuh utama dalam keseronokan hobi ini dan perlu segera bertaubat sekiranya pernah melakukan,” katanya lagi.
AYU: Kalau sekadar memancing biasa-biasa tu sudah agak lama tetapi penglibatan secara serius dalam sukan memancing ni sejak 2012.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
AYU: Memancing merupakan hobi yang lain daripada yang lain. Ia satu-satunya hobi yang menyeronokan dan tidak pernah menjemukan.
Keseronokannya tidak boleh diceritakan tetapi boleh dirasai. Apabila ikan menyambut umpan… memang tidak boleh ditulis atau dilukis perasaan itu.
Hobi ini juga dapat menghilangkn stress bila penat berkerja.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
AYU: Rintangan yang paling besar adalah untuk membina keberanian kerana saya pernah dipukul ombak besar dan kehilangan joran semasa ikan memakan umpan (teknik bottom).
Harapan saya agar dipermudahkan rezeki untuk menaikkan ikan yang lebih besar bersaiz 50kg ke atas.
UMPAN: Ceritakan pengalaman pahit dan manis sepanjang memancing?
AYU: Pengalaman manis… ketika memancing di perairan Koh Adang, Thailand selama 4H3M dan perairan Mersing, Johor selama 3H2M (turun memancing setiap bulan di perairan Pulau Pemanggil).
Pengalaman pahit… berhadapan dengan ribut semasa di tengah lautan dan pernah tercampak ke laut dalam semasa berada di atas bot.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
AYU: Berjaya mendaratkan ikan layaran di perairan Thailand dan Mersing. Menaikkan ikan ebek, tenggiri, gerong belang dan lain-lain lagi dengan teknik jigging.
Impian saya… ingin merasai pengalaman memancing di perairan Maldives.
UMPAN: Difahamkan anda menyertai kelab memancing, boleh ceritakan sedikit tentang kelab tersebut?
AYU: Saya mula terlibat dengan kelab Lady Angler Johor Darul Takzim (LA JDT) pada tahun 2017 dan saya selaku setiausaha kelab.
Kami telah menganjurkan pertandingan amal LAJDT CHARITY FISHING CHALLENGE pada 6 April lalu.
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari pemancing wanita seluruh Johor bagi memeriahkan event ini. Penyertaan bukan sahaja kepada pemancing wanita sahaja, ia terbuka juga kepada pemancing lelaki.
Tujuan event untuk menarik seberapa ramai angler wanita di seluruh Johor agar dapat berkumpul dan mengeratkan silaturahim dan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan di sekitar Johor.
UMPAN: Ceritakan sedikit sejak bila memancing dan kenapa memilih hobi ini?
ROSDI: Saya memancing sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi zaman itu belum guna joran kekili lagi. Cuma guna serek (koyan) tin susu je. Tak kenal lagi joran dan reel.
Arwah ayah saya dulu seorang nelayan dan selalu ikut beliau pergi memancing. Jadi, dari situlah timbul hobi memancing ni.
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan pancingan muara (ikan kuku)?
ROSDI: Saya mula aktif dengan pancingan muara ni sejak 7 tahun lepas. Kira masih baru lagi dengan dunia pancingan muara ni. Sejak itulah saya baru kenal dengan ikan kuku.
Pertama kali menaikkan ikan kuku ni saya terus jatuh hati padanya. Selepas itu saya terus mensasarkan ikan kuku sebagai ikan target apabila turun memancing di muara dan kuala sungai ini.
UMPAN: Apa rintangan dalam pancingan ikan kuku dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
ROSDI: Banyak sebenarnya rintangan untuk memancing ikan kuku. Ia banyak berkait dengan cuaca dan faktor air. Contohnya bila air laut jernih, ikan kuku susah nak dipancing.
Ia juga tidak boleh dipancing pada setiap masa. Hanya pada waktu tertentu saja ia akan muncul dan pada waktu lain tidak tahu ke mana menghilang.
Selain itu keadaan di kawasan pancingan juga mencabar. Berpanas dan meniti kawasan berbatu untuk mencari port ikan kuku contohnya satu cabaran yang besar.
Harapan saya tentulah untuk melihat lebih banyak port memancing ikan kuku dibina seperti contoh benteng pemecah ombak.
Benteng pemecah ombak merupakan lokasi terbaik untuk memancing ikan kuku.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?
ROSDI: Pengalaman manis ialah ketika memancing ketika ikan aktif memakan umpan dan mendapat tangkapan yang besar besar dan banyak.
Pahit tentulah ketika terpaksa pulang dengan tangan kosong atau biasa disebut orang sebagai kumpau.
UMPAN: Sekiranya saya berminat untuk memancing ikan kuku, apakah peralatan yang perlu saya ada?
ROSDI: Peralatan untuk memancing ikan kuku ni set pancingan ringan panjang 5’6″, 2-8 lb. Reel saiz 4000. Tali ibu tangsi 25 lb, swivel saiz 8, batu ladung hidup saiz 9 gram, perambut flourocarbon 15lb dan mata kail chinu saiz 5 VMC.
UMPAN: Apakah kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemancing tebing (muara)?
ROSDI: Kriteria yang perlu ada ialah tidak mudah berputus asa. Tegar… dan ada ilmu untuk memancing ikan yang hendak dipancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...