IKON: Izzuddi Masta Jenggo Muda

Share

 

Nama penuh: Muhammad Izzuddin bin Samsuri

Nama FB: Izzuddi Isz

Usia: 30 tahun

 

UMPAN: Sejak bila anda mula memancing?

IZZUDDI: Saya meminati hobi memancing dari sejak kecil lagi. Ayah saya mempunyai hobi yang sama dan beliau mengajar saya sehingga minat saya semakin menebal sehingga kini.

Daripada saya tidak mempunyai peralatan mancing sehingga saya dapat mengumpul peralatan yang lengkap, jaket keselamatan, keperluan lain dan juga enjin bot.

 

 

UMPAN: Sejak bila terlibat dengan hobi memancing udang galah?

IZZUDDI: Pada mulanya saya menceburi hobi memancing sekadar memancing ikan seperti memancing di kolam, sungai serta laut.

Secara tidak sengaja saya terlihat satu kumpulun pemancing udang galah yang sangat aktif telah menarik minat saya mencuba untuk mempelajari cara memancing udang galah.

 

Saya mula memancing udang galah pada tahun 2014 dan saya mengenali rakan-rakan sehobi di dalam laman sosial Facebook.

Saya cuba beranikan diri bertanya serta mempelajari selok-belok dan cara memancing udang galah sehingga saya mula akrab dengan mereka.

Pada waktu yang sama juga, seorang rakan yang saya anggap guru udang galah iaitu sifu Amin (FB: Mohamad Amin Ma) yang tidak berhenti berkongsi pengalaman dan mengajar saya.

 

 

UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang galah berbanding ikan?

IZZUDDI: Salah satu keseronokan yang saya dapat dalam memacing udang adalah memancing secara berkelompak yang boleh lagi mengeratkan silaturrahim.

Juga dari segi kepuasan apabila dapat merasai tarikan udang bersepit biru (jenggo sado). Juga dapat rasa keseronokan apabila dapat membawa hasil yang banyak dan memuaskan.

Ia juga memberi kepuasan apabila dapat membawa hasil dan dikongsi bersama ahli keluarga dengan membuat juadah udang galah yang fresh.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi dan apa pula haraapan anda dalam meneruskan hobi ini?

IZZUDDI: Rintangan yang pernah saya lalui ketika memancing udang buat kali pertama adalah dari segi peralatan mancing yang tidak seberapa lengkap.

Rintangan ketika memancing pada waktu malam haruslah selalu berwaspada dari segi keselamatan (life jacket jangan lupa pakai).

Pernah juga ketika sampai ke destinasi jeti memancing saya melihat keadaan fiber dan enjin yang tidak memuaskan.

 

Harapan saya agar saya dapat membelajari hobi dengan lebih mendalam lagi bersama rakan-rakan seperjuangan.

Harapan saya juga supaya hobi memacing udang terus berkembang dan jagalah sungai agar tidak tercemar dan ikatan silaturrahim bersama rakan seperjuangan semakin erat.

 

 

UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dengan memancing udang?

IZZUDDI: Pencapaian yang saya capai adalah pernah dilantik sebagai AJK di dalam satu event Gempak Southern Hook pada tahun 2017 di Sungai Mawai.

Terima kasih ya cip (fb: alhad abu bakar) kerana memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada saya walaupun tidak seberapa.

Saya juga pernah dapat tempat kedua udang terbanyak semasa event Gempak Southern Hook di Sungai Mawai bersama rakan sehobi (fb: saiful hisham a.k.a haji sham) yang memperoleh hadiah berbentuk pakej memancing.

 

 

UMPAN: Pengalaman manis dan pengalaman paling pahit pernah ketika memancing udang?

IZZUDDI: Pengalaman paling manis yang pernah saya lalui adalah buat kali peratamanya dapat menarik udang galah yang agak memuaskan hasil pendapatannya.

Pengalaman pahit saya pula apabila tidak dapat sebarang hasil ketika memancing… kumpow berdarah! Mungkin faktor cuaca dan air pada masa tu tidak berapa elok. Dan juga ketika memancing tiba-tiba keadaan kesihatan tidak memuaskan.

 

 

UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?

IZZUDDI: Lokasi utama memancing udang galah ialah Sungai Mawai, Sungai Semaloi dan sungai di Muar. Umpan yang sering saya gunakan ialah ruat dan juga anak udang.

Setting peralatan yang biasa saya gunakan ialah perambut pintal, size mata no. 2. Batu ladung yang selalu digunakan bergantung pada keadaan dan kelajuan air sungai. Jangan terkejut saya pernah mancing dekat Mersing batu ladung size 12!

 

 

Masta Jenggo Sungai Muar

Published by
Amang