Nama sosmed : Bobby Olla
Negara : Singapura
UMPAN : Boleh ceritakan sejarah awal penglibatan anda dalam hobi ini?
BOBBY : Saya mula memancing pantai dari awal umur 10 tahun (sekolah rendah class 5). Memancing menjadi lebih dari hobi seperti darah daging.
Saya dilahirkan di Alexandra Hospital Singapore, dibesarkan di kepulauan selatan Singapura (Pulau Seking hingga tahun 1995 pulau ini menjadi pulau terakhir diambil pemerintah Singapura).
Dari kecil memang sudah terbiasa dengan laut. Seawal umur setahun kami sebagai anak pulau dilempar (campak) ke laut mengikut tradisi turun temurun, supaya menjadi sebati dan sebagai awal perkenalan kepada laut.
Dari sini saya belajar untuk sentiasa bersabar kerana teringat jelas kata dari arwah atuk,
“Sabarlah cu… pelan-pelan nanti badan kita terapung dan dapat bernafas lagi. Jangan meronta nanti lemas.”
Saya telah dididik supaya bersabar dan jangan mengelabah menghadapi sesuatu pekara atau masalah dalam kehidupan.
Dari tahun 2006 saya mendalami pancing surf casting dengan setup pertama saya rod Penn Slammer SLC2910MH10’6 dan Abu Garcia 6500cs Rocket.
Berhentinya saya dari arena surfcasting pada tahun 2009 kerana banyak bahagian pantai di Singapura mula ditutup dan dilarang untuk memancing.
Namun begitu saya up permainan saya dan mula jelajah memancing ke negara jiran seperti Indonesia, Malaysia dan kepulauan Borneo.
Saya memilih untuk belajar dan faham teknik baru seperti mengunakan jig, madai, tenya, micro dan teknik slow dan longfall.
UMPAN : Kenapa anda memilih hobi ini?
BOBBY : Saya memilih hobi ini sebagai satu cara saya menghabiskan masa lapang saya untuk menjadi satu kegiatan yang positif.
Ketika zaman sekolah, hobi ini dapat mengalih stress sebagai pelajar, dan tenangkan penat seminggu dari mata pelajaran.
Dapat tengok laut sahaja sudah menenangkan zahir dan batin). Selalu saya ucapkan kepada ibu,
“Mak, dapat 1 jam di laut jadilah untuk melepaskan rindu.”
Memang dari kecil saya dibesarkan dengan asuhan kedua arwah datuk dan nenek. Bapak bekerja di luar kota menjadi engineer kapal (InsulPack pte ltd), kalau ibu pula di housekeeping perhotelan(Meritus Mandrin).
UMPAN : Ceritakan sedikit rintangan dan harapan anda melalui hobi ini.
BOBBY : Pada 2016 saya mengambil keputusan untuk mengikut boat fishing competition yang dilangsungkan di Pulau Petong kepulauan Batam dan pada tahun seterusnya saya bersama
team dari Batam iaitu Matakail Batam mengendalikan 1st International Boat Fishing di Batam melibatkan Singapura, Indonesia, Malaysia dan Jepun.
Ia melibatkan 60 kapal bersama 300 peserta. Setalah berjayanya acara itu, kami dari Matakail Batam dijemput ke Jakarta oleh Kementerian & Perikanan Indonesia untuk penghargaan kerana berjaya membawa peserta dari pelbagai negara untuk acara tersebut.
Setelah mendapat sokongan itu, nama komuniti kami dinaiktaraf kepada Mata Kail Kepri. Majoriti komiti dipenuhi warga Indonesia, cuma saya seorang dari luar dan dipilih sebagai
humas (public relation) untuk promosi event negara jiran dan membawa event sportfishing ini ke tahap international.
Namun pada 2018 Mata Kail Kepri mengalami masalah dalaman. Saya bersama dua sahabat iaitu Pak Rony (founder Mata Kail Kepri) dan Om Limston Ameytio (kordanasi perlengkapan) mengambil keputusan keluar dari team.
Selepas itu kami AnglerParadiseFamilia (APF) yang merupakan gabungan dari Singapura dan NurahMael sebagai ketua APF.
Singapura sebagai peneraju dan team dari negara jiran seperti Malasia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun bersatu untuk support event di negara masing-masing.
Tertubuhnya APF juga kami dapat ekspolorasi lokasi-lokasi padang pancing yang ada di negara-negara jiran dengan menyertai competition yang diadakan, sharing teknik, product dan informasi. Malah kami dapat share dan support perniagaan alat pancing.
Pada 2018 juga kami dari APF dan APF Indonesia mengendalikan International Independence Day Competition pada 11-12 Ogos sambil menyambut hari kemerdekaan 3 negara (Singapura – 8 Ogos, Indonesia – 17 Ogos dan Malaysia – 31 Ogos).
UMPAN: Kongsikan pula pengalaman memancing anda?
BOBBY : Secara peribadi saya juga ketua atau founder team CIA-Croc’S Island Angler. Saya mengendali trip memancing bersama kapal local charter Pak Asiong dari Kepri Coral
Barelang Jembatan 6 ke Pulau Buaya yang terletak di daerah Daik/Lingga dalam kepulauan Riau Indonesia.
Pengalaman memancing saya terlalu banyak untuk diceritakan. Pengalaman yang paling manis tentulah bila bersama team atau teman-teman dalam satu kapal dan berkongsi teknik dan mereka dapat daratkan dengan teknik yang disarankan.
Saya juga ingin berterima kasih kepada semua. Terima kasih kepada ketua-ketua team APF (Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Filipina), boat Charters, Nurash
Ismail, Pak Rony Coertiezs, Roy Chua Sealine Fishing APF shop sponsor, Zacky Pancing community APF shop in Batam dan JayaPutraFishing APF shop in Batam, Indonesia.