Nama: Hasli Mat Seman

Nama FB: Hasli Klatey

Usia: 38 tahun

 

UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing udang galah?

HASLI: Saya mula memancing udang galah pada tahun 1999 dan secara seriusnya pada 2003 setelah memiliki bot dan enjin sendiri.

Pada mulanya saya memiliki dua hobi memancing iaitu memancing laut dalam dan juga memancing udang galah di sungai (air tawar satu arus) dan juga sungai air payau (dua arus pasang surut).

Setelah kekerapan memancing udang galah melebihi hobi di laut dari situlah saya mula meninggalkan aktiviti di laut dan fokus cuma pada satu hobi di sungai saja.

 

Hasli – Masta Jenggo Satu Nusantara

 

UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi & apa pula harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

Ads

HASLI: Kedua-dua hobi sama ada di laut dan di sungai punya keseronokan tersendiri. Antaranya dapat bertemu kawan-kawan sehobi yang terpisah sekian lama dan tentu juga yang paling utama apabila strike.

Dalam keseronokan memancing tidak kurang juga banyak rintangan yang perlu dihadapi terutamanya jarak perjalanan didarat mengambil masa yang lama untuk sampai ke lokasi pancingan.

Faktor perubahan suhu dan warna air juga banyak membuatkan emosi berubah daripada keterujaan kepada hilang fokus.

Saya secara jujurnya mengharapkan dengan berhobi ini mampu membuatkan kita semua rapat dalam berhubungan serta dapat juga memberi minat yang sama kepada pemancing-pemancing yang masih baru meminati hobi memancing udang galah.

 

Hasli – Masta Jenggo Satu Nusantara

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman paling manis & paling pahit pernah dihadapi ketika memancing udang?

Ads

HASLI: Banyak pengalaman kerana banyaknya jumlah jam beraksi di lapangan berhobi.

Setiap pengalaman manis pasti pahit yang terlebih dahulu ditempuh… pastinya dapat mendaratkan udang dengan kilogram yang banyak menjadi kenangan manis bagi setiap pemancing dan paling pahit juga pastinya rata-rata punya pendapat yang sama apabila saat memancing udang galah, sang bedal aka buaya menonjolkan diri.

Pasti kelam kabut berpindah ke spot baru lebih jauh dari tempat terdahulu namun perlu tingkatkan tahap waspada.

 

Hasli – Masta Jenggo Satu Nusantara

 

UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dalam memancing udang?

HASLI: Pencapaian tertinggi bukan ditentukan pada berapa kerap memenangi pertandingan atau event yang dianjurkan kerana semuanya bergantung pada nasib dan

Ads

rezeki seseorang pemancing cuma kepandaian dalam membaca rentak hidupan dasar itu yang paling utama atau dapat menguasai segala ilmu untuk mendapatkan hasil tidak kira la bagaimanapun keadaan air atau situasi.

 

Hasli – Masta Jenggo Satu Nusantara

 

UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?

HASLI: Banyak juga lokasi yang pernah saya cuba, antaranya Sg. Kelantan, Sg. Kuala Lipis (Pahang), Sg. Tok Gong (Terengganu), Sg. Dabong (Gua Musang), Sg. Gersik (Muar), Sg. Pekan (Pahang), Sg. Batak Rabit (Perak), Sg. Kuching (Sarawak), Sg. Klias (Beaufort, Sabah), Sg. Temerloh (Pahang), Sg. Renchong (Muar), Sg. Rasau Jaya (Pontianak, Indonesia).

Pelbagai ragam dan gaya hidup udang galah rata-rata setiap sungai punya perbezaan tersendiri. Setiap sungai juga perlukan peralatan yang berbeza cuma semuanya set pancingan ringan yang terpulang pada kemampuan individu untuk memilikinya.

Pada saya yang tahan dan mahal sedikit pun berbaloi andai dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama. Kalau yang murah dan kurang kualitinya pasti cuma ada tahap ketahanannya dan mudah rosak.

Pemilihan umpan untuk memancing udang galah juga tidak serumit mana dan senang diperoleh serta kosnya murah kerana udang galah makan semua umpan. Antaranya jantung ayam, isi ikan, hirisan sotong, usus ayam, ikan gapi, umpun-umpun, cacing dan macam-macam lagi.

Tapi paling bersih dan meminimumkan bau dan kotor pada pakaian disarankan guna umpan anak udang yang banyak didapati di tepi sungai, paya, tasik atau di sawah padi. Boleh juga dibeli andai malas menangguk sendiri.

 

Hasli – Masta Jenggo Satu Nusantara

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI