Fishing Entreprenuer – WITT Design, Lure Handmade Anak Tempatan

Share

 

Nama penuh : Mohd Faiz Bin Zakaria (Witt)

Nama FB: Mohd Faiz

Usia : 32 Tahun

Nama Produk : WITT Design Lures Handmade

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang handmade?

FAIZ: Saya bermula dalam bidang pembikinan gewang secara tangan (handmade) pada awal tahun 2015… lebih kurang 4 tahun.

Pada permulaan, saya hanya buat jumpfrog dan juga gewang untuk memikat sebarau.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?

FAIZ: Saya memilih usaha ini pada awalnya sekadar hobi masa lapang dan juga minat membuat seni kraftangan menggunakan kayu.

Pada asalnya saya membuat gewang untuk kegunaan sendiri, akan tetapi lama kelamaan, ramai kawan tahu dan mereka mula meminta saya membuat gewang untuk mereka.

 

Ada yang memberi design mereka sendiri selain dari design saya bagi membuat gewang untuk mereka.

Lama kelamaan, permintaan makin meningkat dan banyak permintaan lebih kepada gewang BIG GAME seperti popper dan juga stickbait untuk memburu GT (Giant Trevally) dan juga ikan-ikan pemangsa ganas yang lain.

Apabila saya melhat semakin ramai yang meminati dunia hanyir, maka saya membuat keputusan untuk membuat gewang sepenuh masa.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam menerusi usaha ini?

Dari segi rintangan, cuma peralatan dan masa. Mesin tidak lengkap dan saya terpaksa membuat gewang tanpa bantuan mesin.

Proses pembuatan gewang kini agak lambat dan memakan masa yang panjang. Kekangan masa juga kerana isteri saya bertugas sebagai seorang anggota tentera dan waktu bekerja

beliau tidak tentu masa, oleh itu saya perlu menguruskan hal rumah, anak-anak sekolah dan juga memberi perhatian kepada anak kecil yang masih berusia setahun kini.

 

 

Harapan saya cuma agar angler-angler (pemancing) di Malaysia sentiasa memberi support brand buatan anak tempatan, dan saya amat mengalu-alukan sumbangan idea dan

pendapat sahabat-sahabat hanyir yang lain untuk saya menambah baik hasil tangan dan kualiti gewang buatan saya, hinggalah setaraf dengan gewang buatan luar negara.

Impian saya juga agar hasil tangan saya bakal akan terkenal hingga ke pasaran luar negara.

 

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?

FAIZ: Kelebihan produk saya ialah saya ikut permintaan pelanggan yang menempah. Mereka boleh memilih warna, saiz dan berat mengikut citarasa mereka.

Kalau ada yang meminta saya membuat gewang mengikut design mereka, saya akan tunaikan juga.

Tetapi kebanyakan mereka lebih suka pada design saya. Saya juga tidak mengenakan deposit untuk setiap tempahan, malah mereka cuma bayar saya selepas gewang sudah siap.

 

 

UMPAN: Ceritakan sedikit pencapaian membanggakan dalam bidang memancing yang pernah diperolehi?

FAIZ: Perkara yang membanggakan saya adalah ada 2 group memancing yang terkenal sudi mengambil gewang saya untuk dicuba dan promosikan hasil tangan saya.

Group IPOH JIGGERS banyak support untuk gewang seperti Popper & Stickbait. Group L.U.A.T. (Lagenda Utara Anglers Team) pula banyak support gewang untuk memburu Tenggiri.

 

 

Dan Testers saya yang lain seperti Mohammad Ashraff, Joe Strangers, Tuan Dcast, Barry Chook, Muhamad Zahir Hisamudin, Mohd Zamri dan Benjamin Yaw.

Mereka ini antara yang terawal membeli gewang saya dan menjadi testers produk saya. Mereka juga tidak henti-henti memberi sokongan,membantu mencari bahan dan idea kepada saya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat mereka yang menyokong hasil tangan saya…. SEMOGA STRIKE SELALU!!

 

 

Published by
Amang