IKON: Entrepreneur – KAIL Apparel

Share

 

Nama: Mior Azian bin Mohd Ariffin

Nama sosmed: Yans Ariffin

Nama produk: KAIL Apparel

 

 

UMPAN: Sejak bilakah anda bergelar usahawan dalam industri memancing ini?

YANS: Lebih kurang 10 tahun lalu. Pada awalnya saya secara suka-suka design baju pancing sendiri. Berbekalkan modal yang sedikit… saya membeli t-shirt kosong dan mula mencari design yang tiada orang lain buat.

Saya mula serius setelah menerima tempahan dari sahabat-sahabat sehobi. Sebelum itu saya juga pernah dilantik sebagai moderator merchandise di web forum memancing (pancing.net).

 

Saya mula jual baju-baju pancing di sana selain itu menjadi pengeluar bagi semua merchandise untuk web forum tersebut.

Waktu itu baju dan topi amatlah popular dan memenuhi permintaan ramai terhadap baju-baju pancing.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?

YANS: saya memilih usaha ini hanyalah untuk menambah pendapatan sampingan selain dapat juga menambah kenalan.

Ia juga dapat memberi kepuasan pada diri saya apabila melihat rakan-rakan atau buyers memakai baju yang saya sediakan.

 

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

YANS: Pelbagai produk muncul kebelakangan ini. Namun saya anggap ia sebagai persaingan sihat disamping memberikan kelainan dalam produk dan juga memberi kepuasan kepada semua dengan kualiti dan harga yg jauh lebih beza.

 

Premis yang masih dalam proses untuk pembukaan

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pasal produk anda dan apa kelebihannya?

YANS: Saya menghasillkan KAIL apparel iaitu custom jersey, t-shirt dan juga pelbagai jenis printing sublimation dan silkscreen.

Saya juga adalah agen sah dari syarikat pengeluar produk Gildan, Orensport Malaysia, K-Jig (custom jig dari Bali Indonesia), brand sendiri.

Saya meminati custom product dari Bali ini kerana seni buatan tangannya dan bentuk sisik yang tiada di tempat lain.

Selain dari ketahanan cat dan juga kekerasan lapisan luaran yang kuat dan dapat mengelak kecacatan jig dari digigit ikan dan juga terkena karang atau batu-batu.

 

 

Kelebihan pada KAIL apparel ialah pada jenis kain iaitu saya menggunakan 100% cotton pada baju silkscreen printing , maximum 8 dengan menggunakan ‘spider’.

Bagi jenis jersey pula, ia jenis sublimation printing yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Ia sesuai disarung tanpa mengira tujuan dan aktiviti.

Dan harga jauh lebih murah berbanding brand lain disamping pembelian secara custom / pakej / pukal / team jauh lebih murah.

KAIL apparel juga membekalkan jersey memancing kepada banyak team memancing di Malaysia, Singapore dan juga Brunei.

 

UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman anda dalam memancing?

YANS: Saya lebih memberikan keutamaan kepada teknik jigging yang mana saya juga selaku admin kelab memancing di FB iaitu Malaysia Jigger Community.

Saya juga pernah bersiaran di kaca tv melalui program memancing di RTM dan Astro. Walaubagaimana pun saya tetap tidak lupa teknik casting dan teknik bottom yang sudah sebati dalam diri.

Saya mengenali dunia memancing ini sejak dari zaman sekolah rendah lagi dari bapa saya sendiri.

 

baca juga ikon udang galah

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang