Ikhtiar Mengatasi Serangan Mabuk Laut

Share

 

“Nak share cara yang boleh nak elak mabuk. Pakai ear plug dalam salah satu telinga. Telinga tempat balance point dalam badan kita. So far tak mabuk lagi tapi dah sampai darat, buang je ear plug tu… berpusing kepala pening.”

– PAYED ASYRAF

 

 

“Sebolehnya pakailah seluar yang boleh pasang tali pinggang. Sebabnya kita boleh ketatkan sedikit kat perut tu supaya tiada ruang-ruang dalam isi perut tadi berkocak-kocak. Dari berkocak-kocak isi perut tu maka akan menghasilkan gas-gas dalam perut… tu yang rasa nak muntah.

 

Jangan sesekali tidur terlentang apabila rasa mabuk pening-pening peringkat awal. Cukuplah sekadar bersandar pada tiang bot atau dinding bot yang teduh dari panas. Sebabnya kalau tidur terlentang maka ruang-ruang perut menjadi luas dan ini akan memberi peluang kepada isi-isi perut untuk berkocak. Bila isi perut berkocak maka gas-gas akan terhasil.

 

Sedikit tips dari aku sebelum turun jigging jangan makan makanan berminyak dan susu. Makan pil tahan mabuk 1 atau 2 biji setengah jam awal sebelum naik bot. Dan berharaplah supaya tak mabuk.”

– ALAN BEEPEE

 

 

“Tidurlah secukupnya sebelum keesokan hari nak pergi memancing. 3 jam pun tak apa dah. Janji nyenyak. Yang boleh tidur tu nasib la… telan ubat batuk kalau terpaksa. Sebolehnya buanglah air Besar dahulu. Buatlah macam mana pun janji ‘isi-isi yang kelmarin punya’ kita keluarkan dari sistem badan. Sebab isi-isi yang kelmarin punya akan menjadi gas dalam badan.

 

Kemudian wajib isi semula yakni makanlah makanan yang hangpa suka. Nasi ka… cucuq canai ka… kuih-muih ka… janji hampa kenyang dan agak padat dari perut yang kosong tadi. Sesudah itu ada dua pilihan sama ada nak telan ubat mabuk sebiji atau tak mau makan langsung terpulang pada hangpa. Sebab kesan makan ubat mabuk kerap tak bagus sebenarnya… sebab akan ganggu sistem buah pinggang.

 

Semasa dalam bot apatah lagi setelah bot berhenti di tengah lautan, janganlah sesekali mata terlalu fokus objek yang dekat atau terlalu melihat ke bawah. Perkara ini boleh menyebabkan hangpa merasa pening. Jadi, kalau nak ikat perambut tu better buat siap-siaplah kat rumah… kecuali yang dah jadi pemancing kebangsaan… depa pro lain la.

 

Jangan duduk diam macam tokong sayoq semasa memancing. Kalau boleh bawak-bawak la bersembang dengan rakan (mengelak stress… kalau stress boleh mabuk gak), melawak la apa-apa yang patut dan jangan menyanyi. Sebabnya ada dua. Satu, perut mudah masuk angin. Kedua, suara tak sedap… kawan-kawan menyampah dengaq… hingaq. Tekong pun tak suka.”

– YARES YUNUS

 

 

“Semua kita sama je… hanya manusia biasa yang lemah. Tak lepas dari mabuk laut… cuma dia serang kuat tak kuat je. Walau dah turun ke laut berkali-kali… mabuk pasti akan datang. Cara saya, masa tu dalam hati berdoa… ‘Ya Allah, kurangkanlah dugaan ini’ sambil ambil seceduk air beralaskan tapak tangan, sapu ke muka. InsyaAllah ok… biar kita rasa kita kecik. Allah akan tolong… tapi kalau tidur tak cukup… berbuai juga.”

– NAZLEEY KAMARUDIN

 

 

Published by
Amang