Beberapa perisa produk Original jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.
Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan roti, ia juga berkesan jika digunakan dengan palet atau dedak biji.
Bahan-Bahan Keperluan:
Perisa pandan Original
Perisa honeydew Original
Perisa pisang Original
Palet 6363 / 920
Cara-Cara Penyediaan Umpan
Langkah 1
Terlebih dahulu rendam sekilogram palet 6363 dengan air kolam. Memadai dengan memasukkan air ke dalam bekas bancuhan berisi palet.
Kemudian segera toskan dan biarkan sehingga palet menjadi lembut.
Langkah 2
Sediakan satu botol kosong untuk campuran perisa. Kemudian masukkan 100 gm perisa pandan Original, 20 gm perisa honeydew Original dan 20 gm perisa pisang Original.
Goncang botol campuran perisa itu sehingga ia sebati.
Langkah 3
Curahkan sedikit demi sedikit campuran perisa ke atas palet (campuran perisa tidak perlu dicurahkan kesemuanya) dan goncang bekas adunan sehingga setiap biji palet bersatu dengan campuran perisa.
Biarkan seketika adunan itu sebelum digunakan.
Langkah 4
Ambil perambut dua mata kail. Cucurkan salah satu mata kail dengan palet dan satu lagi dengan jajan atau keropok jagung.
Kemudian kepal palet kira-kira sebesar penumbuk pada mata kail yang dicucuk jajan. Sementara mata kail yang dicucuk palet dibiarkan bebas.
Langkah 5
Palet yang dikepal haruslah kemas agar tidak berderai ketika dilontar dan tidak pula terlalu padat kerana akan melambatkannya berderai di dalam air.
Lontarkan umpan ke lokasi ikan sering timbul. Ia boleh digunakan sama ada teknik dasar atau apung. Spesies patin, tongsan sisik halus dan rohu merupakan spesies sasaran umpan ini.
Memancing ikan pari merupakan salah satu cabaran memancing yang mengujakan. Pari boleh dipancing sama ada dengan menggunakan sampan atau bot, kelong atau juga pancingan pantai. Untuk perkongsian ini, kami berikan sedikit teknik dan taktik untuk pancingan pari di pantai.
Ketahui keadaan geografi tempat korang memancing. Jika korang memancing di kawasan landai dan berbeting, cubalah jelajah kawasan tersebut sewaktu air surut. Dengan itu korang mengenal pasti lopak yang biasanya menjadi kawasan pari berkumpul.
Waktu paling berkesan untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mula pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air timpas iaitu surut sepenuhnya. Jadi, pastikan korang rujuk jadual pasang surut air laut sebelum memancing.
Jarak lontaran umpan bukanlah menjadi faktor utama untuk korang mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga berlegar di tepian pantai. Namun lebih jauh lontaran umpan yang korang mampu lakukan maka peluang untuk strike pari agak lebih cerah terutama pada waktu air bergerak pasang yang mendorong ikan turut bergerak ke tepian.
Apabila pari melarikan tali pancing, sebaiknya korang jangan cuba menghentikan atau melawannya kembali. Biarkan ia pergi seketika dan bila ia mula menghentikan larian barulah korang mengepam joran menarik tali kembali.
Apabila pari memekapkan badan pada dasar, jangan berputus asa untuk terus memutuskan tali. Cubalah memujuk ikan tersebut dengan menjentik tali atau biarkan tali dalam keadaan kendur seketika sehinggalah pari tersebut kembali bergerak.
Pari dewasa lazimnya berpasangan. Jika korang berjaya mendaratkan seekor sama ada jantan atau betina, lontarkan umpan pada lokasi yang sama dan berkemungkinan korang bakal memperoleh pasangannya. Lebih-lebih lagi jika korang berjaya mendaratkan pari jantan yang besar maka ada peluang korang akan mendaratkan pari betina yang saiznya lebih besar dari saiz pari jantan.
Lain lokasi, lain teknik dan taktik memburu pari terutamanya penggunaan perambut. Jadi, ringan-ringan lah mulut bertanya kepada pemancing yang lebih arif di lokasi tersebut.
Dikatakan waktu terbaik ialah ketika air sedang mula surut ataupun bunga pasang. Pada waktu ini siakap dikatakan gemar berada di kawasan berstruktur seperti untuk melakukan serangan hendap. Maka lokasi yang memiliki struktur di dalam air seperti pokok tumbang, bangkai kapal atau tiang-tiang perlu dijadikan kawasan balingan gewang.
Tahap kekeruhan air sungai turut memainkan peranan. Jika air jernih, siakap akan culas untuk menyambar gewang. Jika air keruh akibat hujan pula, siakap akan bertindak pasif atau beredar ke kawasan lain. Waktu terbaik ialah ketika air tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih. Biasa disebut orang waktu air berdebu atau keruh bulu kera.
Gewang
Lazimnya gewang sesuai untuk memperdaya siakap ialah gewang yang hampir menyamai diet pemakanannya. Antara lain diet siakap adalah ikan belanak dan jenjulung. Justeru gewang berbentuk minnow yang panjang (10-13 cm) sama ada selaman dalam atau cetek merupakan gewang terbaik untuk menduga siakap. Gewang permukaan juga sesuai khususnya ketika pergerakan arus masih lemah.
Warna asas bagi gewang untuk mengilat siakap lazimnya warna yang mempunyai tona biru dan perak atau putih. Ini merupakan paduan warna asas atau warna natural. Ia dikatakan amat berkesan jika keadaan air agak jernih atau tidak terlalu keruh. Jika air agak keruh, gewang-gewang warna terang seperti paduan warna oren dan emas atau hijau dan kuning.
Teknik permainan atau karauan haruslah perlahan. Teknik karau-henti-karau atau stop and go dikatakan teknik karauan terbaik untuk memperdaya siakap yang bersifat menyedut dan bukannya menyambar mangsa. Gewang yang dikarau laju pastinya lebih cenderung menyebabkan ia terlepas atau biasa disebut miss call.
Peralatan
Sama ada menggunakan kekili menegak atau kekili mendatar, penggunaan set ringan adalah memadai. Joran kekuatan maksimum 10-20lb, tali sulam 15-30 lb dan perambut fluorocarbon 20-30 lb adalah kemestian berikutan kemampuan siakap untuk merosakkan perambut sehingga putus adalah tinggi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...