Blood bight dropper merupakan satu kaedah ikan yang paling asas. Ia berasaskan simpulan atau ikatan jerut semata-mata. Tiada langsung sebarang lilitan atau selitan yang memeningkan kepala. Dengan kaedah simpulan ini juga ia boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan terminal seperti mata kail, snap, swivel atau sebagainya lagi.
Ikatan jenis ini sangat berguna sekiranya anda menggunakan tali utama atau perambut halus kurang dari 10lb. Saya sendiri biasa menggunakan ikatan ini ketika baru belajar memancing dulu.
TUTORIAL 1
Lipat kira-kira sejengkal hujung tali utama atau tali perambut (tak perlu terlalu panjang tetapi jangan terlalu pendek.
TUTORIAL 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
Ads
TUTORIAL 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
TUTORIAL 4
Ads
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat. Simpulan ini sudah siap dan boleh digunakan terus atau boleh disambungkan dengan swivel atau mata kail.
(Ini merupakan contoh bagaimana ia boleh digunakan untuk menghubungkannya dengan swivel) Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.)
TUTORIAL 5
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
Ads
TUTORIAL 6
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
TUTORIAL 7
Sambungan peralatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Perambut perlu dipotong terlebih dahulu mengikut panjang saiz yang dikehendaki. Sebaiknya lebih satu inci dari panjang saiz yang dikehendaki bagi tujuan simpulan. Dan pastikan juga lubang cincin mata kail yang digunakan sepadan dengan saiz perambut. Pilihan terbaik mata kail dari jenis large ring.
Masukkan salah satu hujung perambut menerusi cincin melalui arah satu arah. Sebaiknya dari bawah atau belakang lubang cincin. Pastikan hujung tali yang dimasukkan sama panjang dengan teras batang mata kail.
Pegang dengan kemas bahagian perambut pada teras mata kail sebagaimana di dalam gambar.
Ambil bahagian perambut utama dan tariknya dalam keadaan tegang dan tidak terlepas bahagian hujung yang dipegang. Bila menggunakan perambut dawai anda dapat rasakan sedikit kesukaran untuk membuatnya.
Mulakan lilitan pada teras batang mata kail ke arah hujung mata kail. Ia sedikit sukar kerana kebanyakan ikatan atau lilitan terarah ke lubang cincin.
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan. Jika teras mata kail panjang bolehlah sehingga 7 lilitan dan pastikan lilitan tersebut tidak menutup sepenuhnya hujung perambut.
Akhir sekali masukkan bahagian hujung perambut utama ke dalam lubang cincin juga dari arah yang sama (belakang/bawah) sebagaimana memasukkan hujung perambut yang awal tadi.
San Diego knot atau ikatan San Diego merupakan salah satu ikatan untuk menyatukan tali utama atau perambut pada kili atau swivel.
Ikatan ini juga boleh digunakan untuk mengikat mata kail yang memiliki cincin. Ia satu ikatan yang mudah dipelajari dan kualiti ikatannya juga agak bagus.
Langkah 1
Masukkan hujung tali melalui cincin mata kail atau swivel kira-kira sejengkal atau lebih.
Langkah 2
Buat lilitan pada lingkaran ke arah lubang cincin beberapa kali.
Langkah 3
Masukkan hujung tali pada lingkaran pada lubang cincin.
Langkah 4
Masukkan pula hujung tali pada lingkaran hujung tali.
Langkah 5
Basahkan lilitan tali dan ketatkan ikatan pada cincin.
Ikatan improved / double uni knot pada asasnya ikatan yang sama (uni knot) namun ia diperkuatkan dengan menggandakan tali yang digunakan ke atas simpulan. Dengan penggandaan tali ini memungkinkan ikatan yang terhasil lebih menjerut simpulan sekaligus menyukarkan ia untuk terlerai atau lucut dengan mudah.
Tutorial 1
Sama dengan cara menghasilkan unit unit namun terlebih dulu lingkarkan dan kembarkan bahagian hujung tali kira-kira sejengkal sebelum memasukkan bahagian pusingan tali ke dalam lubang cincin mata kail atau swivel.
Tutorial 2
Buatkan satu pusingan sehingga terbentuk satu lingkaran bulat.
Tutorial 3
Lilitkan bahagian hujung pusingan tali ke dalam lingkaran yang terbentuk sekurang-kurangnya 5 kali.
Tutorial 4
Tarik bahagian hujung pusingan tali perlahan-lahan sehingga terbentuk simpulan hasil dari lilitan tadi. Ketatkan simpulan kemudian tarik bahagian tali utama sehingga simpulan merapat kejap pada bahagian cincin.
Tutorial 5
Potong lebihan bahagian hujung tali dan ikatan improved uni knot sudah pun siap dalam masa yang begitu singkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...